Selasa, 4 Disember 2012

SEPULUH SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK




Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 Disember 2012

AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama.

AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar.

SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible.

SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis?

SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?

SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN?

SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?

SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?

SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal?

Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia



--------

6 ulasan:

  1. ko nak harap kena jawap ke tu...apalah ko......baik ko tanya kasut ko kalau nak kan jawapan..jangan jadi bangang buang masa lah bro...melancap lagi baguslah dari tunggu jawapan dia ni....sekurang kurangnya ada result bila melancap....jangan tengok gambar sebelah dia ni sudah..nanti keluar darah anu ko...kakakakaka...

    BalasPadam
  2. hahaha..berbuih la mulut Najib nak menjawabnya..hahaha

    BalasPadam
  3. Cucu buruh jalan ketapi japang4 Disember 2012 pada 9:43 PG

    SOALAN 11.
    Duit pampasan untuk buruh paksa zaman jepun yang kerajaan jepun dah bagi lama dulu ada lagi tak? Kalau ada, kat mana sekarang? Kalau ada, kenapa tak bagi? Kalau ada, bila nak bagi? Kalau dah tak ada mana pergi? Kalau dah tak ada, sapa sapu?

    BalasPadam
  4. kalau tanya pasal bureet confirm boleh jawap....

    BalasPadam
  5. didi france de voyage4 Disember 2012 pada 11:29 PG

    aku potong telinga aku dan terjun sungai pahang ler kalau dia jawap.....oooo itu cuma metafora jer...bukan nya bebetul....kata kata pukimak ni aku pinjam kat monyet yang suka simpan makanan kat pipi...kah kah kah kah

    BalasPadam