Ahad, 11 Mac 2012
LAWAK HUNJUNG MINGGU DI SAMBUNG LAGI
SIAPA DIA INI?
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Saya rakyat Malaysia berasal dari KL dan menetap di Singapura sejak 1989 dan saya boleh sahkan bahawa ini adalah satu anugerah syok sendiri yang dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia sebelum pilihanraya diadakan tidak lama lagi. Singapura pun di Asia Tenggara juga. Adakah Malaysia lebih selamat daripada Singapura? Tentu tidak benar kerana Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia.
Bagi rakyat Malaysia yang pernah menetap di Singapura, mereka tentu boleh mengesahkan bahawa Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia. Mengapa? Kerana di Singapura, saya boleh keluar bersiar-siar di taman pada jam 3 pagi tanpa berasa takut. Saya boleh balik kerja lewat malam merentasi taman tanpa berasa takut. Hantu pun tak takut kerana suasananya yang bersih dan aman.
Tetapi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru saya tidak berani buat begitu kerana terlalu ramai penjenayah. Kes ragut selalu berlaku. Ramai kawan dan saudara saya yang menjadi mangsa ragut. Hakikatnya Singapura ialah tempat yang paling tak selamat bagi penjenayah kerana jika berlaku kes jenayah, penjenayah tidak ada tempat untuk lari kerana bukan sahaja Singapura ialah sebuah negara yang kecil tetapi juga kerana polis Singapura bersih, cekap dan amanah.
Contohnya, di Malaysia rakyat Indonesia yang bernama Manohara yang dianiayai oleh si Rajah Gopal tidak berani melarikan diri untuk mengadu kepada polis bila berada di Malaysia kerana dia tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh dipercayai. Tetapi bila berada di Singapura, dia berani melarikan diri daripada suaminya yang ganas kerana dia tahu polis Singapura boleh dipercayai. Kalau rakyat Indonesia pun tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh percayai, adakah rakyat Malaysia begitu bodoh tidak mengetahui perkara sebenar?
By JANGAN TIPU RAKYAT on LAWAK HUJUNG MINGGU on 3/11/12
SIAPA DIA INI?
MALAYSIA NEGARA KE -19 PALING SELAMAT – berita hairan
KUALA LUMPUR: Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH
.... i rest my case my lord.... kah kah kah
BERITA SEDIH - TUKAR TIUB BERGABUNG
KHAIRY YANG LULUS
NOTA:
untuk yang kurang ingat
projek ini diluluskan
dizamankan khairy
adalah salah dan silap
jika menuduh bahawa dolah badawi
meluluskan projek ini
jangan buat fitnah
masa itu dolah badawi
hanya tidoooo
yang meluluskan ialah khairy jamaluddin
kah kah kah
TUKAR TIUB BERSEDIH PERGINYA SAEKOR LEMBU
adalah dimaklumkan
dengan penih kesedihan
tukat tiub meneriam berita
bahawa lembu shahrizat akan meletkan jawatan
perletakan jawatan ini amatlah
merugikan pakatan rakyat
kerana perletakan jawatan ini
akan dilihat oleh rakyat bahawa
gerombolan sedia memperbaiki diri
pakatam rakyat telah kehilangan
saekor lembu untuk di sembelih
SHAHRIZAT LEMBU KORBAN
seperti mahafiruan mengundur dahulu
mengundur untuk memberi jalan
kepada mat zzz
ini bertujuan mengolah persetujuan
agar orang ramai kembali menyokong gerombolan
sebenarnya shahrizat ini
adalah saekor lembu yang amat baik
untuk dipukul sebelum pilihanraya
tukar tiub merasa amat kecewa
kerana telah lama menunggu
masa dan ketika untuk
shahrizat membuka kan kainnya
besar kemungkian
lembu ini tidak ada mulut vertikal
dengan ini tukar tiub
mencadangkan kepada semua pembaca
agar berkabung selama 3 hari
di atas kesedihan ini
NOTA:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
JADIKAN BALING KASUT SATU TREND POLITIK
MEMBALING KASUT TREND POLITIK
sistem kehakiman di malaysia ini
telah rosak punah
ini dimulakan oleh madey
bayangkan v. k lingam boleh
melantik siapa jadi hakim
kalaui baling kasut ini hina mahkamah
v. k lingam yang latik hakim itu meletupkan mahkamah
mahkamah dimalaysia ini
tak perlu dihina
SILA HULURKAN BANTUAN
DARI FACEBOOK ZUNAR KARTUNIS:
Pergi ziarah isteri dan keluarga Imam Hoslan di rumah mereka di Pandan petang tadi. Dengar cerita ketabahan seorang isteri. Dengar cerita bagaimana hakim sengaja memprovok Imam Hoslan dengan kata2 kesat. Pendedahan beliau mengenai penyelewengan wang masjid tidak disiasat, sebaliknya beliau dihukum setahun penjara. Sekarang isterinya Pn Norli terpaksa bersendirian menyara perbelanjaan sekolah dan anak2 mereka seramai 7 orang. Pn Norli hanya berpendapatan RM700 sebulan.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang ikhlas, di sini disertakan Akaun CIMB, Nooliza bt Mat Isa 12530022498528
UNTUK MENOBATKAN PRESTIJ MAHKAMAH KITA KE JALAN RAYA
INGATAN KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT
KOMENTAR TUKAR TIUB
para yb pakatan rakyat sibuk
dengan ajenda kempen untuk
menang sekali lagi
mereka yakin akan menang
gerombolan sedang merancang
2.75 bilion ringit di agih
untuk gerombolan selangor
gerombolan sedang menabur duit
ke hulu ke hilir
lihat dan tunggu
bila piliharaya?
pilihanraya akan diadakan
apabila semua perancanga beli undi selesai
bila duit telah masuk ke tangan pengundi
bila mat bangsa dan mat indon telah di daftar
tak caya tunggu
saban minngu ada saje berita
pilihanraya akan diadakan ' minggu depan'
ini adalah psywar dan misinformation
hinggakan orang besar dalam pakatan percaya
untuk rakyat piliharaya wajib di adakan
sesudah lapan tuntuan di tunaikan
jika tidak ini pilihanraya tipu
kalau 8 tuntutn tidak di tunai
kerrajaan yang abru adalah kerajaan tipu
ini amat jelas
INI BUKTI RASUAH PILIAHN RAYA
Bekas askar terima imbuhan khas – berita hairan
KUALA LUMPUR 10 Mac – Kira-kira 62,000 sehingga 80,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dijangka menerima imbuhan khas dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan...
64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000 – berita hairan
SHAH ALAM 10 Mac – Seramai 64 orang termasuk bekas polis zaman darurat dan balu mereka yang menetap di negeri ini hari ini menerima sumbangan sagu hati khas kerajaan dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis...
INI CONTOH ROTTWEILER YANG SETIA
SANTAI HUJUNG MINGGU
lihat apa kata nazri terhadap madey
inilah contoh bila tak ada kuasa
biawak pun masuk menibai sama kah kah kah
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kalu jumpa eee
kemudian jumpa madey
tibai dua dua sekali
kah kah kah
ANAK HENDAK BERANCUK PAKAI DUIT RAKYAT
RAKYAT PERLUKAN BUKTI, BUKAN SEKADAR PENAFIAN:
LAPAN BUKTI YANG PERLU DIKEMUKAKAN PERDANA MENTERI
Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012