Khamis, 12 April 2012
BACA INI DAHULU SEBAGAI AZIMAT BERDEMO DI DATARAN MERDEKA
28 APRIL – IBU SEGALA DEMO
Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 ini akan menjadi sasaran 500 ribu penunjuk persaan. Lima ratus ribu warga Malaysia akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah.
Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah IBU segala tunjuk perasaan. Ini adalah ibu segala demo. Ini adalah ibu segala bantahan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah tanda bantahan rakyat. Rakyat membantah kerana pilihan raya yang akan datang ini telah terbukti sebagai satu projek penipuan.
Pada 9 Julai 2011 tahun lalu Bersih 2.0 yang menjadi payung kepada lebih dari 60 buah Ngo telah mengajukan 8 Tuntutan. Dari lapan tuntutan ini hanya pengunaan dakwat kekal yang telah diterima. Tujuh lagi tuntutan Bersih telah dibakul sampahkan. Pengunaan dakwat kekal ini pun masih belum ada kepastian lagi.
Rakyat pada ketika ini sedang naik darah apabila diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang dengan licik untuk terus menipu orang ramai. Kepada mata orang ramai lembaga SPR dilihat sebagai satu jabatan yang sedang berkerja keras untuk memastikan kuasa kekal ditangan United Malays National Organisation.
Dalam bahasa lingo anak muda SPR ini adalah ‘kaki kencing’. Dalam bahasa yang lebih tepat - SPR ini adalah barua kepada United Malays National Organisation.
Salah satu dari cara menipu terbaru yang sedang disusun oleh SPR ialah dengan mewujudkan tiga bentuk pengundian. Pertama : Undi awal, kedua undi pos dan ketiga mengundi di hari membuang undi.
Apa bendanya yang dipanggil UNDI AWAL ini? Ini sebenarnya hanyalah taktik penipuan baru yang akan diguna pakai pada PRU13 nanti. Sebelum ini sistem ‘undi awal’ tidak wujud – yang wujud undi pos. Undi pos telah dibuktikan sebagai undi tipu. Pekara ini tidak ada dakwa dakwi lagi. Tetapi, siapa kah ‘pengundi awal’ ini?
Orang ramai diberitahu bahawa pengundi awal adalah pekerja media yang akan membuat laporan pada hari mengundi. Tetapi sebenarnya semua ini hanya satu sandiwara. Di belakang undi awal ini ialah satu rancangan sulit yang diwujudkan oleh SPR.
Pada pilihanraya yang lepas lepas SPR telah menggunakan 100,000 orang lebih tenaga kerja untuk menjalankan pilihan raya diseluruh negara. Kali ini SPR telah menambah tenaga kerja untuk menjadi 200,000 orang lebih. Jumlah pekerja SPR yang naik mendadak inilah yang akan menjadi pengundi awal.
Cis. Cis. Cis. Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Ha. Ha. Ha. Penipuan berlaku kerana semua pengundi awal ini, mengikut SPR tidak perlu dihitamkan jari mereka dengan dakwat kekal.
Mereka mengundi mungkin sehari lebih awal tetapi tidak pakai dakwat kekal. Tidakkah para pembaca terhidu betapa busuknya rancangan jahat SPR ini? Juga, mustahil kita akan tahu dimana 200,000 orang barua-barua SPR ini akan bertugas. Kerana orang ramai tidak tahu dimana mereka berkerja dan TIDAK ada tanda dakwat hitam maka.... Maka apa?
Maka mereka akan bebas ke hulu ke hilir mengundi untuk berpuluh kali. Kalau tidak – kenapa pekerja SPR ini tidak diwajibkan pakai dakwat kekal?
Mungkin masih ada pembaca yang kurang yakin tentang rancangan jahat SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mungkin ada pembaca masih was was dengan apa yang saya tuliskan disini. Jika tidak yakin, sila tanya diri sendiri : apa maknanya kenyaatan YB Mahfuz Omar di Parlimen tentang pilihan raya?
Minggu lalu Yb Mahfuz Omar telah membocorkan kepada umum tentang wujudnya ‘ task force’ yang sedang membuat kerja jahat untuk mengelurkan kad pengenalan kepada pendatang haram dan warga asing. Dengan kad pengenalan baru ini dengan serta merta pendatang haram dan warga asing ini akan menjadi pengundi.
Kenyataan Yb Mahfuz ini telah diperkukuhkan lagi dengan sidang akhbar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. Dalam sidang akhbar yang menyokong Duduk Bantahan di Dataran Merdeka, Mohamad Sabu telah menerangkan bahawa Parti Pas telah berjaya memiliki senarai nama-nama pegawai yang terlibat dalam ‘task force ‘ ini.
Mengikut Mohamad Sabu ini bukan kerja penipuan pegawai ‘ kucing kurap’ . Ini kerja bukan ‘kecik anak’. Ada diantara mereka yang bergelar Datuk. Ada pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, BTN, KDN dan Jabatan PM. Malah menurut Timbalan Pas ini alamat tempat ‘operasi jahat’ ini juga telah diketahui.
Justeru orang ramai dari sekarang perlu sedar bahawa PRU13 ini nanti adalah yang paling kotor. Ini kerana parti United Malays National Organisation semakin dibenci oleh orang ramai.
Berita telah tersebar bahawa ‘China Johor’ bukan lagi China Johor Lama. Kini China di Johor yang dulu menjadi penyokong MCA totok kini telah cabut lari. Berkapal-kapal mereka pindah lari untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Umum membaca atau melihat Youtube tentang ceramah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibanjir orang ramai. Kalau dulu hanya Melayu yang datang kali ini - dari Segamat, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pagoh – Apek, Nyonya, Amoi dan Ah Soo telah turun sama. Inilah tanda tanda bahawa hari kiamat telah sampai untuk United Malays National Organisation.
Awas! Jangan terperanjat. Ini TIDAK menjamin kemenangan Pakatan Rakyat Ribuan yang membanjari padang mendengar ceramah penerangan memang menandakan sokongan padu. Yang datang ke ceramah itu pasti akan memberikan undi mereka. Jadi kenapa tidak menang? Pakatan Rakyat akan kalah?
Pakatan Rakyat bukan di kalahkan oleh rakyat. Pakatan Rakyat akan dikalahkan oleh tipu helah SPR. Akan d kalahkan oleh undi hantu. Akan dikalahkan oleh undi pos. Akan di kalahkan oleh undi pendatang asing. Akan dikalahkan kerana ramai penyokong Pakatan telah hilang nama dari daftar mengundi.
Kalau bagitu mustahil untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran di Putra Jaya? Betul. Memang mustahil. Dalam keadaan hari ini memang mustahil.
Biar saya beri ingatan sejarah tentang Operasai Terangganu. Operasi ini telah mengalahkan kerajaan pimpinan Haji Hadi pada tahun 2004 dahulu. Caranya cukup senang – sebelum PRU11 - satu ‘task force ‘ telah membuat kerja mendaftarkan ribuan pengundi baru. Mamat dan Minah dari segala pelusuk telah didaftarkan.
Hasilnya - peratus keluar mengundi naik mendadak ke 92%. Peratus ini lebih hebat dari peratus mengundi rakyat Korea Utara di bawah Kim Il Sung atau rakyat Iraq dizaman Saddam Hussein. Operasi Terangganu ini berjaya menyingkirkan Pas dan Hadi Awang.
Pengalaman Operasi Terangganu sedang digunakan di Selangor. Malah tim yang sama juga sedang bergerak di Selangor dan di seluruh negara. Semua ini dilakukan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Ini sahaja tujuannya?
Tidak. Dalam rangka strateji gerombolan yang dipimpin oleh Najib Razak selain dari menang di PRU13 ini ada lagi satu ajenda tersuruk. Ada ajenda besar berjangka panjang. Kalau pembaca tidak bijak memerhati maka ajenda ini tidak akan kelihatan. Apakah dia ajenda ini?
Ajenda ini ialah untuk memastikan politik Malaysia kembali ke era politik China melawan Melayu. Ajenda ini akan mewujudkan persepsi politik dimana parti politik China dan bukan Melayu sedang melawan kerajaan Melayu dibawah United Malays National Organisation.
Justeru, semua penyusunan - pengundi baru, pengundi yang dipindahkan, pengundi yang dihilangkan, pendaftran pengundi pos, pendaftran pengundi kad pengenalan baru – semua menjurus ke ajenda ini. Lembaga SPR dan ‘task force ‘ sedang membuat semua penyusunan yang menghala ke arah ajenda ini.
Jika ajenda ini berjaya maka akan wujud kerajaan Melayu dibawah United Malays National Organisation dan pembangkang dari Parti Dap yang mewakili China dan bukan Melayu. Persepsi China lawan Melayu ini bertujuan menakut-nakutkan manusia Melayu. Manusia Melayu yang takut akan mencari perlindungan. Bomoh dan pawang bekerja menaburkan kesah hantu dan polong untuk menakut-nakutkan orang ramai. Gerombolan United Malays National Organisation juga akan menakutkan orang ramai dengan hantu China. Bila Melayu takut maka United Malays National Oganisation akan datang membantu.
Tidak percaya? Kalau tidak percya sila berlaku jujur dan tanya diri sendiri kenapa tidak ada ‘ gerakan gila-gila’ untuk menambah pengundi baru di Pulau Pinang? Kenapa penambahan mendadak hanya berlaku di Selangor?
Malah kes klasik untuk menyokong ajenda ini ialah memahami apa yang sedang berlaku di Subang. Kawasan Subang ini bersempadan dengan Petaling Jaya Utara. PKR menguasi Subang. Pendaftran undi baru di Subang naik mendadak ke 35 ribu. Manakala wilayah Petaling Jaya Utara - kawasan DAP - hanya ada 5,000 pendaftaran pengundi baru. Dua kawasan ini sebelah menyebelah tapi jumlah pengundi baru yang mendaftar cukup mencurigakan.
Jadi apa maknanya? Maknanya musuh utama United Malay National Organisation ialah PKR dibawah pimpinan sosok Melayu yang bernama Dr. Wan Azizah. Manakala, pada ketika ini DAP tidak dianggap musuh utama oleh United Malays National Organisation. Malah DAP termasuk ke dalam strateji untuk memperlihatkan China melawan Melayu. Justeru, minggu lalu secara terbuka Utusan Malaysia telah menuduh DAP sebagai ajen parti China PAP dari Singapura.
Justeru satelah membaca semua fakta ini. Satelah melihat semua kerenah SPR. Satelah mengetahui kerja jahat ‘ task force’ . Maka orang ramai akan naik minyak. Orang ramai tidak ada pilihan. Rancangan licik untuk menipu dalam PRU13 ini hanya dapat dihentikan jika pada 28 haribulan April nanti 500 ribu rakyat Duduk Bantah di Dataran Merdeka.
Duduk Bantah ini adalah IBU SEGALA DEMO. Jika kita tidak turun memainkan peranan kita sebagai warga negara yang bertanggung jawab maka Malaysia akan hancur. Malaysia yang dirancang oleh gerombolan lanun United Malays National Organisation akan memainkan kembali politik pecah dan perentah. Kita akan dipaksa kemabali ke politik lama - politik China lawan Melayu. (TT)
BERSAMA MEMBUAT SEJARAH
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
500 RIBU AKAN DUDUK DI DATARAN MERDEKA
500 RIBU AKAN TURUN
POKCAS : MARIA MAHU SASARAN 500,000 KE DATARAN MERDEKA - mkini
Salah seorang pengasas BERSIH Maria Chin Abdullah mempertahankan sasaran mendapatkan 500,000 rakyat turut berhimpun pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Dalam siri podkas dengan perunding media Oon Yeoh, Maria turut bercerita tentang pilihan raya umum akan datang, kegiatannya bersama NGO hak wanita Empower dan sama ada beliau akan terjun ke gelanggang politik.
Dengarkan podkas 12 minit dengan mari di sini.
http://oonyeoh.podbean.com/wp-content/plugins/podpress/podpress_backend.php?podPressPlayerAutoPlay=yes&standalone=yes&action=showplayer&pbid=0&b=115320&id=2690704&filename=http://oonyeoh
RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN
PENGUMUMAN:
saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0
kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!
buka disini:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
---------------------------------
MALAM ESOK DI LENGONG PERAK
ESOK DEMO LAWAN SANTAU RADIO AKTIF
HIMPUNAN SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA, SERENTAK DI TUJUH LOKASI SELEPAS SOLAT JUMAAT ESOK:
1. DI Masjid AL-AZIM (tempat letak kereta oum), MELAKA
2. Di Datarasn Shah Alam
3. DI Masjid AL FATAH, BATU 3, Kuantan
4. DI Tapak Are Bukit Merah, Mengelembu
5. DI Masjid Pengadang Baru, K. Terangganu
6. DI Masjid Daerah Batu Pahat
7. DI Masjid Permatang Janggus , Permatang Pauh.
NOTA:
teruskan kan demo tiap minggu
kemudian pada sabtu 28 april
500 ribu kita banjiri dataran merdeka
kita hajar mat mongol!
-------------------------------------
MALAM ESOK DI LENGONG PERAK
TIGA PULUH TAHUN KENA KENCING - BILA PAKATAN SAMPAI RAKYAT BEERJAYA
KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat selama 30 tahun menunggu
akhirnya dapat
selama 30 tahun menelan janji
selama 30 tahun tidak dipedulikan
bagimana mereka dapat?
senang sahaja caranya
baru baru ini
orang kampong telah kumpul-kumpul
tubuh cawangan pkr
orang kampong kumpul kumpul
tubuh cawangan pas
kemudian orang kampong jemput anwar untuk ceramah
kemudian orang kampong jemput mat sabut untuk ceramah
lihatlah
inilah yang dikatkan ada hikmah
inilah dia hikmah pakatan rakyat
jika tak ada pakatan rakyat
sampai mampooos geeran tak dapat
sampai mampoos air tak masuk
sampai mammpoos tak ada 500 ringgit
gerombolan sedang gelabah
ini baik untuk orang ramai
kerajaan yang gelabah
rakyat yang menuai
justeei pada 28 april ini
sila turun ke dataran merdeka
kita gelabahkan lagi
500 ribu rakyat berdemo
mat mongol kencing dalam seluar!
PENANTIAN 30 TAHUN BERAKHIR - meloya
BATU PAHAT 11 April – Penantian 200 peneroka selama 30 tahun untuk memiliki tanah yang diterokai mereka di Bukit Jintan, Parit Sulong dekat sini berakhir apabila masing-masing menerima geran tanah tersebut semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, pemberian geran itu melibatkan keluasan keseluruhan 480 hektar dengan setiap peneroka menerima tanah seluas antara 1.6 hingga 2.4 hektar.
“Ini membuktikan kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib peneroka yang sememangnya berhak menerima tanah terbabit atas usaha mereka meneroka dan mengusahakannya.
“Setiap permohonan tidak pernah diketepikan malah kerajaan ingin membantu dalam setiap permohonan terbabit. Cuma rakyat perlu faham dan sabar kerana setiap permohonan memerlukan masa kerana ada peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya semasa penyerahan geran di Dewan Balai Budaya, Kampung Separap di sini semalam.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin; Ketua Peneroka Bukit Jintan, Abd. Samad Yunus dan wakil Pejabat Tanah dan Daerah Batu Pahat, Mahdon Marnin.
Sementara itu, salah seorang peneroka, Alias Ahmad, 71, berkata, dia amat bersyukur dengan pemberian geran berkenaan setelah mula meneroka tanah tersebut sejak 1986.
Katanya, dia pernah memohon untuk mendapatkan geran sebanyak dua kali dan berkat kesabaran, akhirnya tanah itu berjaya dimiliki bersama peneroka yang lain.
“Sebelum ini, sekitar tahun 1980-an, saya menanam buah-buahan di tanah ini tetapi bermula tahun 1994, saya telah menukarnya kepada kelapa sawit kerana dusun buah-buahan terlalu banyak penjagaannya.
“Dulu saya risau dan bimbang kerana tanah ini tiada geran, takut dikatakan penceroboh tetapi setelah menerimanya, saya rasa lega,” katanya.
BILA MELAYU JADI BIJAK - RAJA GOPAL KENA CARI KERJA
APA DIA FREELOADER
Raja-raja jalan macam siput sedut.. laju lagi anak aku lari..makan tanggung..berak..dalam pampers da... Perasan darah keturunan raja konon.. merah jugak darahnya..tak pulak kuning berkilau..kentut lagi busuk dari aku...
By Anonymous on SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU on 4/11/12
BARANG HARGA MAHAL
Aku belajar overseas sekarang, dulu pernah datang satu forum kat London, Malaysian forum. Masa dalam forum semua ahli panel asyik sebut FDI, asyik sebut GDP/KDNK. Kalau baca tulisan Izzudin Yussof di TheMalaysianInsider pun (http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/is-minimum-wage-the-real-solution-izzuddin-yussof/) sibuk sebut GDP, kata letak gaji minimum, rakyat lagi menganggur.
Isunya ialah, makcik di kampung-kampung tak paham, GDP tu apa, KDNKK tu apa, FDI tu apa? Makcik, pakcik di kampung cuma tahu, hari ini nak makan apa? Harga ikan di pasar berapa? pakcik/makcik di Felda cuma tahu, "Kalo, Kak Ijat dapek RM250 juta untok belo lombu, den pon nak jugo! Den jago lombu dari kecik laie, boleh tak den nak duit belo lombu?"
Korang citer pasal Big Mac Index memang kelakar. kalau korang kerja Mcd, masa lunchbreak, manager kasik makan free satu set, tu pon ada syarat2 dia. Ni aku tahu, sebab aku memang pernah kerja McD. Yang paling kelakar, kalau korang kerja sejam kat McD pon, confirm korang tak boleh nak beli satu set Big Mac. Ni kalau ikut gaji minimum sejam yang McD tetapkan.
By Anonymous on BERAPA HARGA NASI CAMPUR? on 4/12/12
PASAL APA KITA YANG TANGGUNG
Raja-raja jalan macam siput sedut.. laju lagi anak aku lari..makan tanggung..berak..dalam pampers da... Perasan darah keturunan raja konon.. merah jugak darahnya..tak pulak kuning berkilau..kentut lagi busuk dari aku...
By Anonymous on SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU on 4/11/12
Mari kita semua kira berapa banyak wang yang telah dibazirkan oleh rakyat Malaysia untuk menanggung Rajah Gopal dan Free Loaders untuk terus makan tanggung berak cangkung: Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Makan Free Berak Cangkung 1982).
Ini adalah budget tahunan untuk Ketua Rajah Gopal yang akan dibayar secara bulanan kepada Ketua Rajah Gopal oleh semua rakyat Malaysia yang membayar cukai. Elaun untuk Ketua Segala Rajah Gopal dan Permai Suri Gopal
1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000) Setiap bulan Ketua Rajah Gopal dapat adalah sebanyak RM 52,000.
Elaun untuk Permai Suri Gopal ialah:
1. Privy Purse - RM 67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan). Jumlah sebulan Permai Suri Gopal dapat ialah RM7,400 Selain daripada tu, setiap tahun Ketua Rajah Gopal dapat lebih RM53 juta untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja.
Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100 2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880 Kita harus ingat bahawa selain dari elaun untuk Ketua Rajah Gopal ni, mereka masih dapat elaun sebagai Rajah Gopal dinegeri masing masing.
PERINGKAT NEGERI 1. Elaun Rajah Gopal – RM 52,600.00 sebulan 2. Elaun keraian Rajah Gopal – RM 15,480.00 sebulan Jadi setiap bulan Rajah Gopal ditanggung oleh rakyat negeri -negeri bergopal sebanyak RM 68,080.00
Untuk Bini Rajah Gopal pula elaunnya adalah: 1. Elaun Bini Rajah Gopal – RM 12,000.00 sebulan 2. Elaun peribadi Bini Rajah Gopal – RM 2,600.00 sebulan. Jumlah elaun Bini Rajah Gopal ialah RM 14,600.00 sebulan Elaun lain lain untuk kerabat Rajah Gopal a.k.a. Free Loaders ialah:
Rajah Gopal Muda - RM 13,000.00 Rajah Puan Gopal Muda – RM 5,200.00
Tunku Gopal Bendahara - RM 4,000.00
Isteri Tunku Gopal Bendahara - RM 1,250.00
Tunku Gopal Temenggung – RM 3,500.00
Isteri Tunku Gopal Temenggung - RM 900.00
Tunku Gopal Laksamana – RM 3,000.00
Isteri Tunku Gopal Laksamana - RM 600.00
Elaun untuk bekas Ketua Rajah Gopal dan bekas Permai Suri Gopal Setiap bekas Ketua Rajah Gopal yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Ketua Rajah Gopal & bekas Permai Suri Gopal. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Untuk Free Loaders 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Ketua Rajah Gopal dan bekas Permai Suri Gopal setiap bulan untuk seumur hidup.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.
Jadi berapa banyak Ketua Rajah Gopal sekarang yang pernah menjadi bekas Ketua Rajah Gopal dapat?
By JANGAN BAZIR WANG RAKYAT on SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU on 4/11/12
Betul cakap bro tu. Malaysia ialah negeri yang paling ramai FREE LOADERS. Patut masuk buku Guinness Book of Records. Kasihan rakyat Malaysia. Negara lain, free loaders mereka tak ramai kerana satu orang sahaja yang boleh menjadi Free Loader. Di Malaysia pula, kita rakyat yang susah ni terpaksa menanggung 9 orang yang suka makan free dan berak cangkung.
9 orang Rajah Gopal dan 9 orang Putera Gopal = 18 Free Loaders harus ditanggung. Tu belum kira bini bini & gundek-gundek Rajah Gopal lagi. Ini kes aniaya. Free Loaders terus makan free manakala rakyat Malaysia tak mampu beli nasi campur sebab Malaysia ada terlalu ramai kaki bodek yang gila pangkat macam Hassan Ali dan Ibrahim Ali.
By Aku Juga Mahu Makan FREE weh! on SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU on 4/11/12
Salam.. RAJA ADIL RAJA DISEMBAH.. RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.. http://intensedebate.com/profiles/kerusijati47
By Anonymous on SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU on 4/11/12
RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN
PENGUMUMAN:
saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0
kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!
buka disini:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
SPR IALAH SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT
TURUN JANGAN TAK TURUN
KENYATANN MEDIA BERSIH 2.0
12 April 2012
Pesuruhjaya Pilihan Raya Mesti Letak Jawatan
BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya ( SPR) meletak jawatan dengan serta merta. Ini kerana kerana mereka telah melemahkan integriti daftar pemilih. Mereka telah membiarkan penipuan dalam pilihan raya yang bakal dijalankan tidak lama lagi berterusan.
Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang wujud pada hari ini tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai dan rakyat Malaysia.
BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari 400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).
Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.
Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut adalah contoh:
1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71, code ini untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?
Hasil penyelidikan MERAP telah mengenal pasti 10 masalah pokok. Pekara ini berkaitan khususnya dengan daftar pemilih. Terdapat nama pengundi pasangan tentera/polis yang jentinanya – dari lelaki jadi perempaun kemudian jadi lelaki dan kemudian jadi perempuan kembali. Terdapat juga pengundi pos - anggota polis dan tentera - yang terlalu tua dan pasti telah bersara. Jantina pengundi yang berubah-ubah ini amat-amat disyaki.
Hasil penyelidikan ini juga memperkukuh lagi keperluan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum dijalankan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil. SPR bukannya menjamin ‘satu orang satu undi’, sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan yang diterangkan di atas.
Membiarkan ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya sekarang terus bertugas hanya akan menjadikan pilihan raya umum yang akan datang ini terkotor, tidak adil dan tidak demokratik.
Lebih memeranjatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gigih menyekat penambahbaikan pilihan raya dengan tidak menghiraukan sepenuhnya tujuh (7) lagi tuntutan BERSIH 2.0. Misalannya, SPR enggan mengiktiraf pengudi di seberang laut sebagai pengundi yang sah, dan enggan menerangkan secara jelas dan telus proses dan kriteria untuk pengundi pos dan pengundi awal. Jelas SPR tidak jujur untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya.
Oleh itu, BERSIH 2.0 menggesa ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya agar meletak jawatan serta merta. Mereka wajib digantikan dengan ahli lembaga yang baru yang sanggup bertindak untuk memastikan pilihanraya akan dijalankan secara bersih dan adil.
Dengan bangganya BERSIH 3.0 mengumumkan kempen DUDUK BANTAH nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh. Bandar raya dan bandar di seluruh dunia yang akan mengadakan DUDUK BANTAH adalah seperti dalam Lampiran 1.
BERSIH 2.0 menyeru seluruh rakyat agar bangkit dan menyertai DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka - ditempat lain dalam negara dan di kota-kota dunia pada 28 April 2012. Masa depan negara adalah tanggungjawab kita semua.
Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!
NOTA:
cukup jelas bahawa spr
adalah lembaga jahat
yang menipu dan merancang
untuk memastikan gerombolan
akan terus berkuasa
jawapan:
wajib 500 ribu turun
ke dataran merdeka
kita hajar spr
bagaiman untuk
buat baik dan adil!
RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN
RADIO BANGSAR UTAMA - RABU - AKAN MUNCUL
BAKAL: PM MALAYSIA SOKONG DEMO DATARAN MERDEKA
KOMENTAR TUKAR TIUB
ku li ini memiliki
potensi untuk menjadi pm
dia pernah kena tipu oleh mahathir
tetapi ku li ini
agak slooo sikit
baru sekarang nak bersuara
dalam politik lambat
membuat keputusan
akan kena cicir
walau apa pun
tukar tiub mengalu-alukan
kenyataan ku li
yang menyokong bersih
apa yang perlu dinyatakan
sejelas mungkin oleh ku li
ialah menggalak kan orang ramai
untuk turun ke dataran merdeka
500 RIBU DATARAN MERDEKA
KU LI NYATAK SOKONGAN PERHIMPUAN BERSIH 3.0 - minsider
KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.
Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.
“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
KU LI SOKONG PERHIMPUAN BERSIH 3.0- harakah daily
KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.
“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL 2012
DATARAN MERDEKA 500 RIBU
KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 11 April 2012
Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 perhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan disini bahawa Bersih tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan.
BERSIH 2.0 memilih Dataran Merdeka sebagai tempat BERSIH 3.0 berhimpun kerana disini adalah tempat sejarah perjuangan rakyat menuntut Kemerdekaan dan wilayah pejuangan rakyat menuntut demokrasi.
BERSIH 2.0 menekan sekali lagi bahawa AKTA PERHIMPUAN AMAN (APA) tidak boleh dipakai dan masih belum digazet. Walau apa pun BERSIH 2.0 berpegang teguh kepada prinsip bahawa Akta Perhimpunan Aman ini bercanggah dan melanggar Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warga negara untuk berhimpun.
Kami pecaya bahawa tidak ada sebab kenapa Dataran Merdeka tidak sesuai kerana banyak perhimpunan telah dijalankan di Dataran ini termasuk Sambutan 205 Tahun Polis Diraja Malaysia.
BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kami akan menulis surat kepada PDRM tentang perancangan kami. Kami berharap PDRM akan membantu perjalan lalu lintas pada 28hb April 2012 ini seperti mana yang telah dilakukan kepada beberapa perhimpuan orang ramai yang terdahulu.
Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!
RABU - RADIO BANGSAR UTAMA
PENGUMUMAN:
saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0
kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!
buka disini:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/