HARI YANG PANAS TERIK
jerebu masih ada kelihatan
panas terik
aku tak keluar rumah
MALAM KELMARIN
mencari ambience raya di chow kit
terperanjat kerana tahun ini tak gila sibuk
mungkin seminngu lagi
tapi di batu road
jelas banyak ruang kosong
tak ramai orang
malah laluan bundle
daj tutup bila kami
sampai ke sana
mungkin membeli dan membeli
di saat saat akhir
mungkin simpan duit
dah kumpul pergi olympik
di brazil 4 tahun nanti
INI PETAI TERBAIK
JERING DAN PETAI
dari lrong bundle
masuk loring sayuran
aku beli jering muda
aku beli petau tua
durian pun bayak
tapi tak selera
petai aku rebus
buang kulit kemudian
aku simpan dlam minyak zaiton
ertinya setiap kali aku makan
aku tidak pernah tidak ada petai
guhna minyak zaiton ini
belajar dari awek italian aku
yang bubuh lada dan bawang dalm
minyak zaiton
opps... tercerita pulak awek italian
batak puasa tak?
kah kah kah
JERING MUDA TERBAIK
MAKAN SAHUR RESTORAN TIKUS
aku beri nama restoran tikus
kerana lama dulu ketika
restoran ini selalu aku nampak
tikuis berlari lari
aku suka restoran tikus ini
masakan melayu
tapi yang penting banyak ulam
ada petai
ada petai rebus
ada petai bakar
jering muda
daun silon
rebus terong belanda
dan dan dan
ada sambal tempoyak
ada sambal bacang
ada sambal belacan
dan dan dan
puluhan masakan untuk
jadi pilihan
aku hanya makan gulai ikan
ulam petai
jering
peria katak rebus
terong rebus
minum air suam sahaja
harga di restoran tikus
agak demokratik
BERBUKA PETANG KELMARIN
tak nak cerita
kerana minah cun itu
tak sampai
aku tunngu punya tunggu
tapi tak datang
kemudian pagilan datang
rupa-rupanya masih diluar kl
buat janji lagi
apakah aku kecewa?
apakah aku bersedih?
apakah agaknya perasaan aku ?
UDANG GALAH DARI BERUNAI
PETANG INI
aku masak udang galah
hadiah dari kawan yang bekerja di berunai
besar dan amat besar
aku masak cara negori
kunyit tapi tak ada kelapa
tapi tidak pedas
ini intrepretasi aku
Rabu, 8 Ogos 2012
MALAM 30 OGOS KITA BERHIMPUN DENGAN JANJI BERSIH
KENYATAAN AKHBAR 9/8/12
HIMPUNAN JANJI BERSIH SAMBUTAN MALAM MERDEKA
Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.
Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.
Untuk merayakan tema ‘ JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.
Terima Kaseh
NGO YANG TURUT BERSAMA JANJI BERSIH
EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Pemuda PRM
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama
NOTA:
esok jam 11:00
sidang akhbar
pak samad dan ngo yang bersama
di dewan china kuala lumpur
RAKYAT MENUNTUT 8 JANJI
BERSIH : MENTERI CUBA TAKUTKAN PELAJAR MESIR - mkini
Amaran menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom kepada pelajar luar negara agar tidak menyokong BERSIH sebenarnya cubaan untuk menakut-nakutkan kelompok tersebut, kata A Samad Said.
Menurut pengerusi bersama gabungan reformasi sistem pilihan raya itu, pelajar-pelajar berkenaan mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana ia cara "untuk memurnikan landasan demokrasi".
"Bergantung kepada para siswa sendiri, jika mereka percaya perjuangan itu, dan bersedia menanggung risikonya, mengapa tidak (boleh sokong)?
"Kecualilah kalau kita sengaja hendak menakut-nakutkan mereka," katanya sewaktu mengulas pesanan Jamil Khir yang menggesa pelajar Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" di Mesir.
Sebelun ini, sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu ditarik balik pinjaman selepas menyertai perhimpunan di BERSIH di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...JANGAN TAKUT...JANGAN RISAU...kah kah kah..
kah kah kah...KITA BERHIMPUN SEKALI LAGI MALAM 30 HARIBULAN INI.... kah kah kah..
kah kah kah...KITA PAKAI KUNING.... kah kah kah..
kah kah kah...RAKYAT MENUNTUT JANJI BERSIH.... kah kah kah...
kah kah kah.... 8 JANJI BERSIH YANG KITA TUNTUT.... kah kah kah
NOTA:
sekali lagi radio bangsar utama
ialah radio resmi JANJI BERSIH
HEGEMONI GEROMBOLAN PECAH BILA INTERNET WUJUD
KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU
TERIMA KASEH RONALD REAGAN
Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan yang paling rancak untuk menilai sejarah. Selama satengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.
Selama lebih dari 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir satengah kurun gerombolan ini bersama kuncu-kuncunya telah berkesah bahawa merekalah yang berhak keatas bumi Tanah Melayu ini.
Dengan menjual taik kering nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini telah ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan Hidup Melayu parti siasah ini, telah mereka-reka kesah-kesah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.
Sayang seribu kali sayang. Kemunculan internet telah mengubah semua ini. United Malays National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemon yang berupaya memonopoli maklumat. Jalur naratif pejuangan bangsa tidak lagi dimonopoli oleh gerombolan ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kaseh Ronald Reagan kerana menghadiahkan internet kepada dunia.
Mitos dan kesah dongeng pertama yang telah diterbaraikan oleh internet ialah tentang naratif pejuangan bersenjata. Selama lebih dari satengah abad warga Tanah Melayu telah dikelentong dengan kesah bahawa perjuangan menuntut merdeka telah dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation telah berunding di London dengan British. Ini memang kesah hampeh. Ini cerita karut lagi marut yang ditaburkam setiap bulan Ogos semenjak tahun 1958.
Selama lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya di taburkan kerana warga tidak memiliki maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British telah disongsangkan. Tetapi melalui intenet, hari ini anak anak muda telah mula mengenal Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Hilmy, dan Ustaz Abukabar al- Bakir dan dan dan.
Anak-anak muda semua bangsa kini telah mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malay (1930). Malah turut sama berjuang melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf (1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hisbul Musmlimin (1948) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti-parti ini telah bersama PKM mengangkat senjata melawan British.
Kini anak semua bangsa telah mula mengenal Mat Indra yang mati digantung oleh British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Satelah mangkat 59 tahun dahulu , hari ini Mat Indra telah menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che Geuvera. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.
Semakin ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini : United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sebelum United Malays National Organisation muncul telah banyak parti-partyi dan kumpulan siasah yang telah lama berjuang menentang British. Gerombolan United Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti politik apabila Britsh mengharamkan PKM, API, KMM dan Hisbul Muslimin.
Malah, hingga ke hari ini nama organisasi ini - UMNO - masih lagi menggunakan nama Inggeris. Dari fakta sejarah umum mengetahui bahawa United Malays National Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila HIDUP MELAYU dan seharusnya HIDUP INGGERIS menjadi slogan perjuangan.
Pembohongan yang paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de Berenger ( 1780-1857) pembuat lagu Memula Moon. Kini telah diketahui umum bagaimana Memula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia. Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negara-ku di Malaysia. Sekarang ini fakta-fakta sejarah ciplakan yang selama ini telah cuba disorokkan telah bocor. Warga Malaysia telah mula bangun dan melaugkan yang mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan lagu Negara-ku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Regan.
Tidak cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak kini telah timbul perbincangan dikalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini telah dilihat sebagai ciplakan dari bendera Amerika Syarikat.
Melalui maklumat dari internet , oleh orang ramai telah tahu bahawa selama ini telah wujud bendera Sang Saka merah puteh yang membawa motif Nusantara. Jalur Temberang opppss...Gemilang.. nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu tidak bermotifkan roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur Gemilang bermotifkan ciplakan dari The Star Spangled Banner.
Pembohongan demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 March 2008. Sesudah tarikh ini sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak telah berubah untuk selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat dinafikan lagi. Orang ramai sedang menunggu masa untuk menghumbankan parti ini ke dalam tong sampah sejarah.
Disaat saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan - United Malays National Organisation telah cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang kini sedang berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan telah datang bertalu-talu dari laman , dari blog, dari Face Book, dan tweeter anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.
Penglekehan logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos telah juga diciplak dari Taiwan. Tetapi pada ketika itu serangan anak muda agak terhad. Tetapi kali ini serangan telah datang bergantang-gantang sehinggakan pungutan suara melalui media baru di Malay Mail - akhbar pro United Malays National Organisation - terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan ditolak.
Penolakan dan penglekehkan oleh anak-anak muda ini telah menakutkan United Malays National Organisation. Ini kerana mereka sedar bahawa undi anak mudalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU13 nanti. Dalam keadan kelam kabut ini Menteri yang berwajib telah cuba mencari jalan keluar. Menteri Kelam Kabut ini telah cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai sebagai jalan penyelesain.
Ha! Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian ini pula telah memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo 31 Ogos telah berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini telah dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi hati orang ramai pada PRU13 nanti. Tetiba laman media baru meledak dengan berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja Indonesia. Kah kah kah sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhimpab pula ke tahi lembu. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.
Disebalik semua ini apa yang sebenarnya terjadi. Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betul ke lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indononesia?
Dua soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan . Bukan logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah manifesati tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Penolakan dan penglekehan terhadap logo dan lagu ini adalah manifestasi betapa bencinya anak anak muda dan orang ramai terhadap United Malays National Organisation.
Sama ada lagu Janji Ditepati ada persamaan dengan lagu Tuhanku Maha Besar memang tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama bukan persoalan. Mungkin ada yang akan menuduh lagu gerombolan ini juga di ciplak dari Imagine lagu arwah John Lennon. Tetapi semua ini tidak penting.
Malah bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang musik. Malah mungkin ramai yang mengutuk lagu ini di Face Book tidak pun mendengar untuk membuat bandingan kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United Malay National Organisation.
Penolakan dan penglekehan ini muncul karana umum mengetahui bahawa parti siasah United Malays Natioanak Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak. Kalau kayu tepi sungai sudah condong bukan sahaja kura-kura akan memanjat malah ianya akan dijadi pangkin untuk terberak.
Hari ini kebencian telah sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangakan, apa sahaja yang diajurkan – semuanya akan ditolak. Semuannya akan diperlekeh. Malah sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib - presiden United Malays National Organisation - perkataan itu telah tidak dipercayai. Belum pun sempat Najib bercakap anak semua bangsa sudah tidak percaya. Terima kaseh Ronald Reagan.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
APA HUKUMNYA MENIPU DALAM PILIHANRAYA?
MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA
HARAM BERDOSA UNDI DAP - meloya
KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
JAM 10:MALAM PANCUTAN AIR
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... MAMAT INI ONLINE KE DENGAN TUHAN?.... kah kah kah...
kah kah kah... MAMAT NI ADA NUMBER HAMDPONE TUHAN KE?.... kah kah kah...
woit... INI SEMUA NAK JUAL AGAMA.... kah kah kah...
kah kah kah...INI SEMUA NAK TIPU MELAYU.... kah kah kah...
kah kah kah....INI SEMUA NAK TAKUT TAKUT KAN MELAYU.... kah kah kah...
woit... TOLONG TANYA TUHAN BUNUH ALTANTUYA APA HUKUM NYA?.... kah kah kah..
woit...TOLONG TANYA TUHAN REMBAT DUIT KOMISEN APA HUKUM NYA?.... kah kah kah..
woit... TOLONG TANYA TUHAN BAGI KONTREK BUAT LRT PADA CUKONG APA HUKUMNNYA...kah kah kah...
woit... TOLONG TANYA TUHAN APA HUKUM JANDA MEMNGAKU DARA?.... kah kah kah..
woit... TOLONG TANYA TUHAN TIPU PILIHANRAYA APA HUKUMNYA?... kah kah kah
8 TUNTUTAN JANJI BERSIH
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
janji bersih akan bedrhimpun
pada malam 30 ogos
jam 10:00 malam
di sebelah air pancut
dataran merdeka
sila pakai baju kuning
sila pakai kuning
JUMPA AWANG HITAM JUMPA ULAR KETUK MADEY DAHULU
AWAS JAGA JAGA BAHAYA!
KOMENTAR TUKAR TIUB
bukan kulit mereka
yang kita benci
bukan rupa mereka
yang kita benci
yang kita benci ialah
perangai mereka
kulit hitam tak ada masaalah
gobala kita benci bukan keran kulit hitam
samy veloo kita benci bukan kerana kulit hitam
tapi kerana perangai dan kerenah mereka
NOTA:
masalah orang hitam
buat huru hara dinegara ini
berpunca dari madey yang gila
nak jadi wira dunia ketiga
inilah hasilnya
tak ada beban
angkat ibrahim ali
kah kah kah
BUKAN KERANA KULIT?
NOTA:
yang ini kerana kulit
dia mengaku melayu
tapi kulit dan muka
tak ada muka melayu
ini kes lain
RM88 JUTA BELI CINTA AWANG HITAM - berita hairan
Kuala Lumpur: RM87.6 juta! Itulah jumlah kerugian warga Malaysia, sebahagian besarnya gadis dan ibu tunggal akibat menjadi mangsa penipuan sindiket warga Afrika sejak tiga tahun lalu.
SURAT NIGERIAN UNTUK MENIPU
Salam,
Saya SITI ADIZAH BINTI AKUT , saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini .
Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (GLORINE MOPOL SUPHAT) glorine mopol suphat adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
INI KULIT HITAM - TAK ADA MASALAH
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
Saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya.
Saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. Encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Wassalam
INI BERITA BAIK DARI PUNDEK PUNDEK PUNDEK
SOKONG UTUSAN , KAYVEAS DISELAR - meloya
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kenyataan sokongan Presiden PPP, M. Kayveas terhadap laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Ke mana haluan akhbar Tamil?' yang disiarkan baru-baru ini diselar beberapa akhbar Tamil sejak semalam.
Kayveas berkata, kenyataan beliau itu yang disiarkan semalam di salah satu akhbar Tamil menerusi tajuk 'Apa yang dilapor akhbar Utusan Malaysia tidak salah - kata Kayveas' telah mendapat kutukan hebat pemimpin-pemimpin pembangkang terhadapnya.
"Alasan saya menyokong akhbar Utusan Malaysia kerana mendapati akhir-akhir ini sememangnya hampir kesemua akhbar Tamil tempatan seolah-olah dikuasai pihak pembangkang.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... SILA BACA BERITA INI BETUL BETUL.... kah kah kah...
kah kah kah...INI KENYATAAN MENTERI INDIA...kah kah kah..
kah kah kah...MUNKEEE INI TAHU APA YG SEDANG BERLAKU DALAM MASYRAKAT INDIA...kah kah kah...
woit....MUNKEE INI KATA HAMPIR KESEMUA AKHBAR TAMIL TEMPATAN ADALAH PRO PAKATAN....kah kah kah..
kah kah kah...NAMPAKNYA BERITA ORANG INDIA KEMBALI SOKOMG GEROMBOLAN ADALAH SALAH..ka jah kah..
woit... SAHEH... PAKATAN RAKYAT MENDAPAT SOKONGN HEBAT.... kah kah kah...
kah kah kah... KALAU GEROMBOLAN MENANG PRU13...MESTILAAA MENANG CARA TIPU... kah kah kah
masuk kesini dulu:
https://www.facebook.com/JanjiBersih
JALUR TEMBERANG JADI JALUR AMAT MALANG
INI WAJAH JALUR TEMBERANG
TWEET NIZAR - JALUR MALANG - mSTar
PETALING JAYA: 'Tweet jalur malang' bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin, yang menghina bendera kebangsaan, boleh disamakan dengan pengkhianatan, kata Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok.
"Saya benar-benar terkejut dan jijik dengan tweet yang dibuat oleh ahli Patrlimen PAS Pasir Panjang apabila dia menghina Jalur Gemilang. Ia seperti pengkhianatan yang dilakukan seorang pemimpin PAS dengan menghina bendera kebangsaan kita," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Nizar pada Isnin telah membuat 'tweet': "Janji ditepati malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!
"Pada bulan September tahun lepas, ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan juga dengan bangganya mendakwa bahawa dia telah mengedarkan bendera DAP kepada pengundinya bukannya Jalur Gemilang dengan alasan bahawa bendera itu kelihatan lebih kepada BN berbanding rakyat Malaysia.
"Dan Jalur Gemilang kita menyerupai bendera kebangsaan Amerika Syarikat.
"Selain itu, beliau mendakwa Pakatan Rakyat akan mereka bentuk bendera kebangsaan kita apabila mereka mengambil alih kerajaan persekutuan," kata Loh.
Beliau menambah satu-satunya sebab Pakatan Rakyat tidak meluluskan cadangan DAP adalah kerana maklum balas yang kurang memberangsangkan oleh rakyat Malaysia terhadap kritikan yang dilemparkan pada simbol negara kita.
"Melihat objektif mereka menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan untuk kepentingan politik mereka telah gagal, mereka telah dipaksa untuk meminta maaf kepada rakyat atas kenyataan mereka yang tidak sensitif," katanya.
Beliau juga menegur Pakatan Rakyat yang terdesak mengadakan sambutan hari kebangsaan berasingan bagi dengan menggunakan tema dan lagu berbeza.
INI SANG SAKA TANAH MELAYU
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... MALOAN INI MEMANG BUTA MATA DAN BUTA HATI... kah kah kah...
kah kah kah...RUPA JALUR TEMBERANG MEMANG SAMA DENGAN BENDERA AMERIKA...kah kah kah..
woit...MEMANG BETUL RAKYAT MAHU BENDERA BARU.... kah kah kah...
kah kah kah...APA SALAH MALAYSIA ADA BENDERA BARU YANG BUKAN JALUR TEMBERANG...kah kah kah...
kah kah kah...BUAT SAMBUTAN BERBEZA TANDA BAHAWA GEROMBOLAN TELAH LEMAH...kah kah kah...
kah kah kah...BUAT TEMA BERBEZA KERANA RAKYAT TAK SUKA GEROMBOLAN...kah kah kah...
kah kah kah... TEMA BERBEZA ERTINYA ADA OTONOMI MENENTU HAK SENDIRI... kah kah kah..
kah kah kah... 31 OGOS IA LAH HARI MALAPETAKA UNTUK TANAH MELAYU...kah kah kah..
kah kah kah...16 SEPTEMBER ADALAH HARI MALAPETAKA UNTUK SABAH DAN SARAWAK.... klah kah kah
masuk ke sini:
https://www.facebook.com/JanjiBersih
JANJI BERSIH MALAM 30 OGOS DI DATARAN MERDEKA
NOTA: masuk sini dahulu
https://www.facebook.com/JanjiBersih
PAKAI BAJU KUNING
MENTERI : SISWA KE MESIR JANGAN TERLIBAT BAJU KUNING - mkini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom meminta pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir tidak terpengaruh dengan perkembangan politik di negara itu yang kini masih dalam "ketidaktentuan".
Beliau juga menasihati agar para siswa Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" seperti yang disaksikan di negara itu dalam kunjungannya sebelum ini.
“Nanti jangan pula ada yang memakai baju kuning... saya bukan apa... kebetulan mereka memakai baju itu dan ada suatu ketika semasa saya ke sana, kereta saya dikelilingi kira-kira 200 pelajar.
“Walaupun mereka tidak mahu hormat saya sebagai menteri, tetapi hormatlah saya sebagai orang yang lebih tua daripada mereka," kata Jamil yang tidak menyatakan tarikh insiden itu berlaku.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...INI LAH BERITA YANG KITA TUNGGU TUNGGU.... kah kah kah..
kah kah kah.... BERITA BAJU KUNING.... kah kah kah...
kah kah kah.... SELAGI TAK BAGI PAKAI BAJU KUNING SELAGI ITU KITA PAKAI...kah kah kah
kah kah kah.... SELAGI DI TEKAN SELAGI ITU KITA LAWAN.... kah kah kah..
PENGUMUMAN JANJI BERSIH
satu perhimpunan janji bersih
akan diadaklan pada malam 30 ogos
jam 10.00 malam
di kawasan air pacut dataran merdeka
sila pakai baju kuning pada malam itu