Sabtu, 25 Ogos 2012
JALUR TEMBELANG TAK ADA YANG KIBAR - SEMAKIN MALANG
JALUR TEMBELANG YANG MALANG
NOTA:
tahun ini semakin jelas bahawa
rakyat telah naik menyampah
melihat jalur temberang
semenjak diketahui umum bahawa
bendera ini diciplak dari amerika
tak sampai satu minggu sambutan
hari malapetaka 31 Ogos
tapi masih tidak kelihatan jalur tembelang
dikibarkan oleh kereta kereta
ini cukup jelas
taxi tak kibar
bas tak kibar
kereta sedniri jauh lagi
yang pasang jalur tembelang hanya
bangunan kerajaan - ini kontrek
yang pasang jalur tembelang
di rumah-rumah tapi bukan tuan rumah
yang pasang - mat bangla dan mat indon yg pasang
kah kah kah
NOTA:
tapi hanya lori pasir
yang bawa muatan lebih
ada kibar jalur tembelang
ini kerana tidka mahu kena pau oleh mata mata
atau tak mahu di saman
kah kah kah
KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU
JEMPUTAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA - KITA BERPESTA
KOMENTAR TUKAR TIUB
malam 30 ogos
ialah malam janji demokrasi
anak anak muda
pelajar dan warga
di seluruh negara di jemput
untuk memakai pakaian kuning
di kuala lumpur, melaka, ipoh
akan ada perhimpunan
pada malam janjin demokrasi
di kuala lumpur
akan berkumpul anak semua bangsa
di dataran merdeka jam 10:00 malam
pak samad akan membaca puisi
semua di jemput hadir
sila pakai apa saja yang kuning!
JANJI DEMOKRASI TAK PERLU PERMIT - keadilan daily
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Gabungan JANJI bertegas akan meraikan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini tanpa memerlukan permit.
Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin berkata, himpunan Janji Demokrasi pada jam 10.00 malam di kawasan pancuran air itu tidak memerlukan permit daripada pihak berkuasa.
Katanya, ini kerana sambutan menjelang kemerdekaan menjadi kebiasaan setiap tahun dan ia disambut di empat lokasi berbeza, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, Dataran Maybank dan Bukit Bintang.
“Jadi, kita hanya datang dan bersama-sama merayakan sambutan itu,” katanya pada sidang media ‘Janji Demokrasi’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Ia turut disokong Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan isu permit tidak timbul ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum berhubung sambutan tahunan itu.
“Bezanya peserta Janji Demokrasi disarankan untuk hadir dengan berpakaian kuning,” kata Maria lagi.
Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, SAMM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu).
Sebelum ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengugut untuk bertindak agresif kepada peserta himpunan jika ia diteruskan.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata, Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara dan peserta turut dilarang membawa kain rentang dan sepanduk serta melaungkan slogan selain laungan Merdeka.
“Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan), cuma perbezaannya kita berpakaian kuning dan Pak Samad akan membaca sajak beliau pada malam itu,” tegasnya.
Hadir sama pada sidang media itu, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa; Setiausaha Agung Mipas, S Barathidasan; Warga Aman, Raja Retinam dan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Ismath.
NOTA:
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat terkini
radio bangsar ialah
radio resmi janji demokrasi!
MALAM 30 OGOS KIT BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA
LAGI KES PENDATANG HARAM
KAD PENGENALAN UNTUK PENDATANG HARAM
Hanya ada satu cara dan satu cara sahaja untuk menyelesaikan masalah projek IC sama ada di sabah, sarawak atau di semenanjung. Caranya usir semua pendatang asing yang sah atau tidak sah, yang ada permit atau yang takde permit, yang ada visa atau yang takde visa, hentikan penggantungan kepada tenaga kerja indon, myanmar, bangla, filipina, vietnam dan seangkatannya.
Memang ada yang akan kata sapa nak angkat sawit, nak jadi amah, nak angkat sampah, nak kerja kontrak pembinaan dan sebagainya, jawabnya ialah kita rakyat malaysia yang ori ni buat semua kerja tu ini semua nak jadi tuan kerja kotor sikit langsung taknak buat,jadi pemalas nak jadi tuan aje, akibatnya pekerja asing ni umno sesuka hati bagi IC alias kerakyatan sapa yang susah kita rakyat malaysia yang ori ni yang susah pasal usaha-usaha menggulingkan umno-bn semakin hari semakin sukar.
Jadi kita kena mula insaf dan sedar diri kita sikit yang kita ni bukan tuan besar tapi kuli, tengok indon rakyatnya sanggup hidup susah sanggup buat kerja angkat tahi tapi mereka boleh control pemerintah mereka, kita yang hidup goyang kaki ni dilembukan oleh umno. Oleh itu bangunlah bangsaku dari tidur yang lena sedarlah kita kalau nak maju nak berjaya kita sendiri kena jadi kuli barulah kita boleh jadi tuan di negara kita sendiri. Selagi kita tak sedar selagi itulah umno-bn akan membawa masuk berjuta "rakyat malaysia import" supaya mereka dapt terus memerintah sampai kiamat.
Kita kena sanggup pegang tahi baru boleh pegang kuasa kalau tak ibarat anjing menyalak gunung, gunung takkan runtuh anjing yang sakit tekak. Ingatlah nenek moyang kita dulu sanggup jadi kuli kenapa kita tak sanggup. Melayu, cina, india dan lain-lain dulu jadi kuli british (kuli bukan barua)kenapa sekarang kita tak sanggup jadi kuli kepada diri sendiri. Insaflah wahai rakyat malaysia, kalau tak insaf lantak kaulah, dahlah bodoh sombong pulak tu. Adios bro and sis, semoga bertemu di lain hari. Wassalam
By big cat formerly known as pro-rakyat on KEMVBANGKAN NASIONALISMA KADAZAN MURUT - SABAH UNT... on 8/24/12
KALAU DITIPU DALAM PILIHANRAYA - WAJIB TURUN KE JALAN RAYA
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini jelas membuktikan bahawa
kerajaan gerombolan hari ini
menang dengan cara tipu
pada pru13 ini
gerombolan telah merancang
untuk menang dengan menipu
spr adalah barua gerombolan
kini mat bangla
kini mat indon
kini mat burma
telah diberi kad pengenalan segera
ini akan menjadi pengundi
pada ketika ini gerombolan sedang nazak
sokongan rakyat hampir pupus
tak percaya?
sila perhatikan hampir tidak ada
kereta yang mengibarkan
jalur temberang tahun ini
ini ertiny rakyat benci
ini maknanya rakyat melihat
jalur tembelang sebagai harta gerombolan
kalau gerombolan tak ada sokongan
macam mana mereka berkuasa?
jawabnya cukup senang: tipu
pru13 ini adalah pru penipuan!
tak caya?
nanti dan lihat
200,000 NAMA WARHA ASING DALAM SENARAI PEMILIH SABAH - keadilan daily
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.
Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC ’71′.
“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?
“Jika dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka (diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar Malaysia?
“Jika mereka dianugerahkan kewarganegaraan, bila dan di mana mereka mengangkat sumpah?” soalnya yang juga penulis buku Les We Forget mendedahkan skandal pemberian kewarganegaraan oleh kerajaan BN kepada pendatang asing.
Tambahnya, Mahathir pernah dicabar oleh Lim Kit Siang pada 2006 untuk menafikan penglibatannya dalam Projek-M, ketika Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
KENYATAAN MEDIA PKR
DATARAN MERDEKA MALAM 30 OGOS
KENYATAAN MEDIA
24 OGOS 2012
PENURUNAN HARGA KERETA: PROTON MAMPU BERDIKARI DAN BERSAING
Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang
dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
(MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara
berperingkat untuk menurunkan harga kereta.
Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan
pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.
Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan
sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta,
dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton
dan industri automotif tempatan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan
perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga
kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan
ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.
Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa
mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan
perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan
Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya
bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais
bermula tahun 2005.
Malah, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan
menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun
2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan
automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama
seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.
Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi
dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development
(R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih
baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167
dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D
berjumlah RM175 juta.
Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai
berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga
tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan
beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh
terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.
Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh
Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan
Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan
perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya
Melayu/Bumiputra. Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang
masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif
tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat
yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan
Nasional.
KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu
berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat.
Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan
kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara.,
bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong
Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan
beliau.
Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan
penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised
production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk
memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan
pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
baru.
YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
ADUN PANTAI JEREJAK