Khamis, 27 Disember 2012

APA HUBUNGAN DEEPAK DENGAN ROSMAH MANSOR




 JANJI AKAN DITEPATI

JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

woit... MAHFUZ... HANG NAK GI JUMPA AGONG KAMI SOKONG...kah kah kah..

kah kah kah...TAPI HANG  JANGAN PERGI SORANG SORANG...kah kah kah..

kah kah kah... HANG BAWAK 10 KE 20 RIBU RAKYAT... kah kah kah.....

kah kah kah... RAKYAT YANG  TAK SUKA PADA DEEPAK.... kah kah kah..

kah kah kah... DEEPAK TUDUH PM KITA BUNUH ALTANTUYA.... kah kah kah...

kah kah kah... DEEPAK PUN ADA  KATA ROSMAH TERLIBAT  SAMA... kah kah kah..

kah kah kah....INI SUDAH MELAMPAU... INI HINA PEMIMPIN MELAYU...kah kah kah..

kah kah kah...INI HINA PEMIMPIN ISLAM.... kah kah kah..

woit...KALAU MACAM INI AKIDAH ORANG ISLAM TERGUGAT.. kah kah kah......

kah kah kah... BILA AKIDAH TERGUGAT RAMAI AKAN JADI MURTAD...kah kah kah...

kah kah kah... NANTI YANG KUAT ISLAM HANYA HASAN ALI... kah kah kah..

kah kah kah...YANG LAIN MURTAD...kah kah kah..

kah kah kah.... SEMUA DI SEBABKAN OLEH DEEPAK.... kah kah kah

KETUANAN MELAYU DEEPAK

AS: Siasat dakwaan Deepak atau kami hantar memo pada Agong


PAS mengulangi gesaannya supaya pihak berkuasa menyiasat dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap Perdana Menteri,  Najib serta ahli keluarganya berhubung kontroversi kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Jika tidak, saya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar .

NONE
Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala 
Lumpur hari ini, Mahfuz mengecam Jabatan Peguam Negarak, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa berdiam terhadap tuduhan yang serius itu.

Perkara itu, tegasnya, membabit maruah perdana menteri, keluarga beliau, negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.


Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dengan Altantuya. 

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Raz





------

DEMO ADALAH BUDAYA PEMBEBASAN



LAGU 
 KEBANGKITAN RAKYAT


Kepalkan tinjumu ke awan
Nyanyi budaya pembebasan
Rapatkan barisanmu kawan
Hancurkan segala penindasan

Yo semua turun ke jalan
Lantang suarakan segala tuntutan
Hancurkan feudalisme, militarisme dan kapitalisme
Jangan ragu, ayoh bersatu
Yakinlah rakyat pasti menang
Yakinlah rakyat pasti menang!


Kepalkan tinjumu ke awan
Nyanyi budaya pembebasan
Rapatkan barisanmu kawan
Hancurkan segala penindasan

Yo semua turun ke jalan
Lantang suarakan segala tuntutan
Hancurkan feudalisme, militarisme dan kapitalisme
Jangan ragu, ayoh bersatu
Yakinlah rakyat pasti menang
Yakinlah rakyat pasti menang!


-------

SAH - DEMO TELAH MENJADI BUDAYA MALAYSIA


KOMENTAR TUKAR TIUB
madey kata demo bukan budaya kita
najib kata demo bukan  budaya kita

tapi terbukti 
demo adalah budaya politik malaysia terkini

demo terbukti lebih afdal membawa hasil

2000 warga keturunaan india tidak ada kp
mereka berdemo di putrajaya
dengan sakelip mata dapat kp

demo anti isa
isa dimansuh

warga felda turun berdemo
da[at habuan 15 ribu ringgit
pelajar berdemo
dapat 200 ringgit

rakyat ke jalan raya
dapat brim satu dan dua

akhbar arus perdana juga membantu
membudayakan demo
terutama kalau demo menentang kerajaan pakatan
demo menentang khalid ibrahim
demo menentang kerajaan selangor
demo menentang kerajaan pulau pinang
demo menentang lim guan eng
demo dihadapan pejabat pkr

semua demo ini dapat liputan akhbar arus perdana
walau pun  ada demo yang tak sampai 50 orang
ramai jumlah bukan isu
yang penting rakyat diajar untuk berdemo


Penganjur jamin Himpunan Selamatkan Felda esok aman

Harakahdaily,27 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi jaminan himpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak esok adalah aman.


Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata tujuan himpunan esok hanya mahu menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad dan mahu menyerahkan memorandum tuntutan kepada Pengerusi Felda itu sendiri.


Menurut beliau lagi, pihak penganjur juga telah meminta bantuan Unit Amal Dewan Pemuda PAS untuk membuat kawalan keselamatan.


"Kita memberi jaminan bahawa himpunan ini adalah aman dan jangan ada pihak buat provokasi. Jika ada provokasi, itu bukan daripada kita



------

PENGUMUMAN PENTING UNTUK 12 JANUARI




PENGUMUMAN PENTING
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapalterbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah bilik penginapan

sila layaru tukar tiub
sila layari radio bangsar utama
sila layari semua laman anti kerajaan
untuk maklumat terkini dan ter now

sila buat ramai
datang mendengar ceramah 
dan hasutan
pilih wilayah yang berdekatan
mari kita buat sejarah



Kenyataan Umum
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda,  akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam AdliYasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama
Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112

----

SEMUA DI JEMPUT BERSEDIA



PENGUMUMAN
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah tempat menginap

sila ikuti tukar tiub
untuk maklumat terkini
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat ter now

segala perincian akan
diumumkan tidak lama lagi


 PERHIMPUHAN JANUARI TETAP BERLANGSUNG WALAU PUN TANPA PERMIT KATA AKTIVIS 

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.

“Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.

“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.
Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.
Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.
“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.

“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.
“Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.

“Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet  Najib Razak pada saat akhir.
Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.
Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.

Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0  Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.

“Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP.


-------

SEMAKIN RAMAI MURTAD



 'Isu ada kaitan PRU-13, usaha kristiankan Malaysia'

Cetak
Kuala Lumpur: Tindakan membangkitkan semula isu kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu didakwa ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan rancangan mengkristiankan Malaysia.

Presiden Jalur Tiga (JATI),  Hasan Ali (gambar) yang juga bekas Naib Presiden PAS, berkata walaupun dinafikan, isu kalimah Allah yang dimainkan semula DAP membayangkan wujud agenda Kristian dalam barisan kepemimpinan tertinggi parti berkenaan.
Katanya, agenda itu boleh dikaitkan dengan agenda besar ke arah membentuk negara Kristian seperti yang pernah didedahkan sebelum ini dan menimbulkan polemik awam termasuk dibincang di Parlimen. 

 KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU MURTAD... kah kah kah..

kah kah kah... MENUNGGU VIDEO MURTAD HASAN ALI...kah kah ka..

kah kah kah... SAMPAI SEKARANG TAK KELUAR KELUAR.... kah kah kah

NOTA
alangkan indahnya
kalau malaysia jadi negara kristian
kita tidak  ada manusia bernama hasan ali
yang ada hanya jack hasan son of the bitch alee
kah kah kah




--------

NAJIB MULA MENYERANG MUHYIDDIN - GUNA KAN PELURU INDIA



SEMUA WAJIB BERSEDIA
 

Ambil graduan M’sia yang menganggur, bukan guru dari India »
Nik Nazmi 2

Pada minggu lepas Perdana Menteri Najib  Razak ketika lawatannya ke India mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair. KEADILAN menyokong usaha-usaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dan sistem pendidikan kita…
Dec 26 2012 /  / Read More »


Manfaat lepasan ISMP, tak perlu import dari India’

Harakahdaily26 Dis 2012
KUALA LUMPUR:Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) belum diberikan tawaran kerja.



KOMENTAR TUKAR TIUB
najib buat pengumuman dari new delhi
ini membawa beberapa makna

pertama: untuk membodek pengundi india
bukan sahaja  akan diambil guru
malah akan meloroh masuk lagi banyak
orang india kerana di buka tempat visa

kedua:  pasti telah ada syarikat kroni
yang telah merancang untuk ambil
guru india ini

ketiga: ini untuk burukkan lagi
imej muhyiddin di kalangan
ibu bapa yang menyokongh bahasa inggeris
muhyiddin amat popular di kalangan
aktivis bahasa dan guru guru melayu
najib cuba merosakkan imej muhyiddin

NOTA:
tak percaya tentang kroni?
tunggu dan nanti


NOTA:
bagaimana dengan warga
malaysia keturunan indian
yang sampai sekarang tak ada kad pengenalan?
ini yang buat GAMIS marah 
gamis: gabungan angkatan muda india sosialis




-------

SATU LAGI BUKTI SAHEH PRU13 ADALAH TIPU



SATU JUTA
ADA AMARAN
KEPADA GEROMBOLAN
jangan menipu
  KOMENTAR TUKAR TIUB
satu lagi bukti saheh
satu lagi penipuan sedang dirancang

united malays national organisation
akan menang dalam pru13 bukan  kerana sokongan
tapi kerana penipuan

ini sudah terbukti





PROGRAM KHAS AJAR ORANG ASAL PANGKAH BN - harakah daily


IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI BUKAN PEKARA BARU... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH CARA GEROMBOLAN DAPAT KUASA.... kah kah kah..

kah kah kah..KELENTONG.. TIPU DAN TIPU ...kah kah kah




-------