Jumaat, 11 Januari 2013

DASAR KERAJAAN SELANGOR TENTANG LAGU BARU TANPA ALLAH


KENYATAAN AKHBAR
9 JAN 2013
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU
 
Penggunaan kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu.
 
Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan  fatwa di bawah Seksyen  47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
 
“wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”
 
“Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
 
Beliau berkata,  DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.
 
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 


------

5 ulasan:

  1. Bro..


    Allah lanjut kan usia tuanku..nak muntah darah aku..tolong brooo...ya ampoooonnnnnnnnn

    BalasPadam
  2. TT, kau kategorikan ini sebagai seni memberontak atau seni membodek??

    mohon pencerahan.

    BalasPadam
  3. BUJANG TAPI BUKAN KAKI PEREMPUAN MACAM RAJAH GOPAL11 Januari 2013 pada 3:37 PTG

    Bagaimana kita buat lagu negeri tanpa Rajah Gopal?

    Buat apa kita nyanyi buat Free Loaders?

    Lebih baik kita ucap selamat untuk ahli keluarga dan rakan-rakan agar panjang umur terutamanya yang bekerja keras dan mencari nafkah dengan cara yang jujur.

    Buat apa kita mahu Allah lanjutkan usia Free Loaders? Lagi panjang umur mereka lagi susah kita semua sebab mereka semua makan free berak cangkung manakala kita terpaksa bertungkus lumus bekerja keras kais pagi makan pagi kais malam makan malam.

    BANGANG SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA!!!

    LEBIH BAIK KITA JADIKAN LAGU GANGNAM STYLE LAGU NEGERI.

    BalasPadam
  4. ALLAH MILIK UMAT ISLAM
    bukan milik lencana PDRM
    kahkahkah
    jadi anggota bukan Islam
    akan diberi lencana khas
    tanpa kalimah ALLAH dan MUHAMMAD....

    BalasPadam
  5. ambil rasuah bersaksikan kalimah Allah macam mana?

    BalasPadam