SEBUAH BUKU YANG AKAN
MENEMUI PEMBACA
TEORI DAN MAKNA
POLITIK JALAN RAYA
POLITIK JALAN RAYA
KUALA LUMPUR SABTU INI
Sabtu 12 Januari 2013 minggu ini satu juta
anak semua bangsa – tua dan muda
- akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini
adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat. Satu
juta rakyat yang hadir di Kuala Lumpur telah disusun oleh badan-badan Ngo
dengan kerjasama yang rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.
Pelancaran resmi HKR ini telah dijalankan pada 3 November
tahun lalu di Seremban.Pelancaran ini telah disambut oleh 30,000 warga yang tidak
berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat ini
telah dibaca sebagai ‘mood’ rakyat telah bersedia keluar ke
jalan raya untuk membuat tuntutan. Lalu angka 1 juta dijadikan sasaran.
Selama dua bulan ini para
aktivis NGO bersama pekerja dan pemimpin
Pakatan Rakyat telah ke hulu he hilir berkempen untuk meledakkan kemarahan
orang ramai. Para aktvis Ngo, perkerja dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ‘ mengocak dan mengacau’ dari negeri ke negeri – dari kota ke kota – dari
kampong ke kampong - dengan niat jujur
untuk menerangkan jenayah United Malays National Organisation.
Saya terlibat secara langsung. Tanpa segan silu saya telah memperkenalkan satu ‘terminaloji
baru’ – MENGHASUT - dalam istilah politik kontemperori Malaysia. Saya telah merampas kembali perkataan HASUT yang selama ini melalui Akta Hasutan telah digunakan untuk menindas
rakyat. Tanpa berselindung, tanpa berlapik – saya telah menjelajah seluruh
Semenanjung untuk ‘menghasut’ anak semua
bangsa – tua dan muda – agar turun pada hari Sabtu ini.
Pasti ada yang akan bertanya : apakah tujuan HKR ini akan
menghasilkan sesuatu? Apakah himpunan 1 juta orang ramai ini akan mengubah
lanskap politik tanah air? Apakah himpunan ini akan membawa apa-apa kebaikkan?
Apakah ianya akan membawa mudarat dan musibah keatas Pakatan Rakyat? Apakah
nanti himpunan ini akan ditohmah dan difitnah?
Semua soalan ini adalah soalan yang jujur. Soalan sademikian
lahir dari hati jujur penyokong Pakatan
Rakyat yang mahukan satu kerajaan dan pentabiran baru didirikan di Putrajaya. Justeru
saya wajib menjawab soalan-soalan ini dalam usaha bersama-sama untuk membawa pencerahan
dan perubahan.
Himpunan Kebangkitan
Rakyat ini adalah jalinan kerjasama antara Ngo dengan Pakatan Rakyat. Tujuan
kerjasama ini cukup jelas. Yang terlibat
dalam HKR adalah Ngo-Ngo yang partisan –
yang berpihak. Ngo yang berpihak kepada
rakyat dan kebenaran. Ngo yang berpihak ini mengajukan ‘regime change – ubah kerajaan’
sebagai induk dasar perjuangan mereka. Ini bukan gerakan Ngo yang kuntau muntau , berdolak dalik,
lembik lagi mandul dengan dasar perjuangan – non partisan – tidak menyebelahi yang zalim atau yang dizalimi.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bukan gerak kerja Ngo yang takut dengan
falsafah ‘regime change’. Atau Ngo yang
secara senyap-senyap menyamar sebagai pro-rakyat tetapi hakikatnya bersubahat
dengan United Malays National Organisation. Ngo-Ngo mandul ini berpura-pura
melawan untuk menipu orang ramai walhal, hakikatnya pengamal Ngo bentuk ini menikmati
hidup lumayan kerana bersubahat. Dengan konsep ‘non partisan’ – tidak menyebelahi
mana-mana pihak - mereka ingin dilihat ‘melawan’ tetapi hakikatnya mereka membantu
memanjangkan umur United Malays National Organisation.
Ngo sperti Anak, SAMM, UBU, Himpunanan Hijau, Royalti, GMI,
SMM, ABU, Mufakat atau Ngo anti PPSMI – adalah pendukong tegar HKR. Ngo-ngo ini
tidak menolak jalan raya sebagai kancah politik. Ngo ini menerima tunjuk
perasaan sebagai wadah politik. Ngo-ngo ini secara jelas lagi lantang mahukkan ‘regime change’. Ngo-ngo ini telah letih dan penat menghantar
memo. Mereka telah lelah dan lesu membuat
laporan polis. Mereka telah bosan ke mahkamah.
Ngo-Ngo ini telah
mengumpulkan pengalaman. Mereka melihat
memo mereka ditong sampahkan. Mereka
naik bosan berbincang tak habis-habis. Akhirnya mereka menyedari bahawa polis
dan mahkamah adalah milik United Malays National Organisation. Mereka juga
sedar bahawa SPR dan SPRM pekakas United
Malays National Organisation.
Pengalaman mereka telah menunjukkan bahawa membuat sesuatu
yang sama berulang-ulang kali dengan harapan ianya akan menghasilkan jawapan
yang berbeza adalah kerja orang gila. Hantar memo, buat laporan polis atau ke
mahkamah telah menjadi kerja bangang yang tidak membawa apa-apa hasil. Justeru
mereka turun ke jalan raya untuk mengampohkan lagi tuntutan mereka.
Jangan silap faham – Ngo ini bukan pro-pembangkang. Ngo ini
bukan alat pembangkang. Ngo-Ngo ini adalah
penyokong dan penggerak masyarakat madani yang anti-kerajaan. Menuduh Ngo ini sebagai pro-pembangkang ialah satu penghinaan. Konsep Pro-Pembangkang dengan konsep
anti-kerajaan adalah dua konsep yang berbeza-beza - gula dan garam tidak sama.
Kerana itu jika kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak menunaikan
tuntutan-tuntan ini maka semua lembaga Ngo ini akan sekali lagi bangun melawan. Justeru Deklarasi 12 Januari yang
akan dinobatkan pada malam Sabtu ini nanti akan mengajukan dan mengingatkan tuntutan
bukan hanya kepada kerajaan yang
berkuasa pada hari ini. Tuntutan ini juga diajukan kepada kerajaan Pakatan
Rakyat yang akan datang.
Apakah 1 juta dijalan
raya ini akan mengubah lanskap politik negara? Jawapannya : sudah pasti. Kemunculan
1 juta warga nanti adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa Pakatan
Rakyat dengan sokongan Ngo memiliki
kekuatan yang ampoh. Dalam bahasa asing... a show of strength...’ ini membuktikan tututan
orang ramai untuk mendirikan kerajaan baru cukup kuat lagi ampoh.
Kehadiran satu juta
dijalan raya akan menenggelamkan
segala tohmahan saperti - Amanat Haji Hadi, Murtad Nurul Izzah, kenyataan
Allah Mat Sabu, kes liwat Anwar
Ibrahim, masaalah air di Selangor dan
dan dan....Semuanya akan tenggelam dalam lauangan 1 juta rakyat.
Selama berbulan bulan rakyat melihat Pakatan Rakyat telah dibuli dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
Melalui media milik United Malays National Organisation – siang dan malam – Pakatan Raktyat telah diduku. 12 Januari ini ialah tanda noktah untuk pembulian ini.
Satu juta rakyat dijalan raya ini juga bermakna Pakatan
Rakyat ini satu gerakan politik yang ampoh
dan popular. Satu juta penyokong Pakatan sanggup turun ke jalan raya – tanpa diupah tanpa
diancam. Ini adalah petanda bahawa hari
akhir United Malays National
Organisation telah sampai.
Jumlah 1 juta ini juga akan menyedut para pengundi diatas pagar.
Tunjuk perasaan ialah menunjukkan kemarahan dan kebencian terhadap United Malays National Organisation.
Kemarahan ini akhirnya akan diterjemahkan
sebagai undi. Warga diatas pagar yang tersedut melihat 1 juta dijalan raya pasti tidak mahu
dilihat ketinggalan. Mereka juga akan tersedut untuk bersama mengundi Pakatan.
Apakah himpunan ini akan memudaratkan Pakatan Rakyat? Apakah
akan berlaku kacau bilau? Disini lebih awal saya terangkan – jika berlaku kacau
bilau, jika berlaku gangguan – semua ini adalah provokasi tersusun dan
terancang dari jentera resmi dan tidak resmi milik United Malays National
Organisation. Jentera dan pekakas resmi yang dimaksudkan ialah polis, FRU, dan
mata-mata khas yang kerjanya terlatih untuk membuat huru hara.
Mustahil HKR yang pada ketika ini masih menunggu jawapan
kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka memiliki kudrat dan iradat untuk
buat kacau. Jika kunci Stadium Merdeka pun tidak ada pada tangan jawatankuasa
HKR maka amatlah mustahil jawatankuasa
ini ada keupayaan untuk membuat onar.
Biar saya nyatakan seawal mungkin – jika ada kekacauan berlaku maka kekacaun ini pastilah kerja jahat dari jentera upahan
United Malays National Organisation. Hanya parti politik yang terdesak dan akan
terkubur sahaja yang suka buat kacau. Manakala Pakatan Rakyat yang imejnya sedang naik cemerlang pasti berfikir 200 juta kali
sebelum berfikir untuk membuat onar.
Pasti ada penyokong setia Pakatan Rakyat akan merasa cemas –
apakah akan muncul dikaca tv, di muka hadapan akhbar – berita-berita negatif
tentang Himpunan ini? Untuk pertanyaan ini saya menjawabnya dengan pertanyaan.
Semenjak bila media dan tv milik United Malays National Organisation melaporkan
berita tentang Pakatan Rakyat atau pemimpin Pakatan secara tepat dan adil?
Yakinlah - media musuh akan terus menyerang dengan pelbagai
fitnah dan tohmah tanpa henti-henti. Jangan ada apa-apa mimpi dan angan-angan
disini. Hakikatnya sama ada rakyat berhimpun atau duduk membakar jagung atau memeram telor dirumah - media United Malays National Oganisation akan
terus melahirkan berita tohmah dan fitnah.
Media musuh akan terus menyerang – ini tugas mereka.
Akhirnya kita sampai kepada niat tersirat Himpunan ini. Saya telah menjelaskan dalam hasutan saya
bahawa jumlah 1 juta yang akan datang ke Kuala Lumpur adalah satu amaran kepada
Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Mahathir. Jumlah
1 juta ini adalah amaran agar mereka
TIDAK akan menipu dalam PRU13 yang akan dijalankan tahun ini.
Abang, adik, dan pembaca – jangan salah tafsir. Jumlah 1 juta
ini bukan satu ancaman. Jawatankuasa HKR tidak membuat apa-apa ancaman. Jumlah
1 juta adalah satu janji suci dari para
pengundi - anak semua bangsa - bahawa mereka TIDAK mahu lagi ditipu dalam
PRU13. Hentikan penipuan dan jalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
Tarikh 12 Januari 2013 bukan meniru Arab Spring. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini ialah
Malaysian Durian. Durian – susah untuk
diambil isinya. Tetapi apabila terbuka
maka akan terbukalah ruang demokrasi yang isinya akan sama-sama kita nikmati. Kita
berjumpa di Kuala Lumpur Sabtu ini. (TT)
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa ingin melanggan akhar
mingguan ini sila pukul talipon
02-22-72-40-45
------
Pastikan Unit Amal atau unit yang sewaktu dengannya memantau dan menangkap mereka2 yg melakukan provokasi...
BalasPadamkerana inilah dalang utama yg menghuru-harakan sesuatu himpunan yg asalnya aman menjadi sebaliknya....
ampatttt hari lagiiiii.....let show the strength to them....aku percaya apa yang aku buat ini betul....aku 100 % PERCAYA......MARI KITA TURUN #KL112,..KITA TUNJUK APA ITU KUASA RAKYAT,...KITA TUNTUT SESUATU YANG BETUL SEBETUL BETULNYA,..KITA TUKAR REGIM YANG ZALIM..BILA SELESAI,KITA BALIK DAN CERITAKAN PADA GENERASI BARU.DAN KALAU ADA LAGI REGIM YANG SERUPA BAKAL MUNCUL,KITA HASUT MEREKA SEBAGAIMANA KITA MELAWAN REGIM ZALIM....OK...MULAI BESOK..SEGALA ISIM ISIM,AZIMAT,TANGKAL,KEPAK,TOMOI,KUNTAU,KUNGFU,SILAT,WEAPON SKILL SIMPAN DALAM KOTAK KASUT,LETAK BAWAH TILAM...KITA NAK BERPESTA BUKAN NAK BERPERANG....AMPATTT HARI LAGI........!!!!...ARAMAITIIIIIII.....
BalasPadamTT, kalau polis mengganas masa hkr 112 dan tangkap peserta, apa langkah dan panduan yg perlu dilakukan.
BalasPadamWell said dear TT.
BalasPadamJumpa sabtu nanti...
BalasPadamTT,
Kawan2 india dan saya akan turun medan untuk support PR dan ngo2 yang suci.
TT Ada lawyer service ke in the event kita kena "tangkap dia" oleh pooo lice.
Please let us know which number to inform if kena tangkap.Kita sedia kena tangkap !
Buat nak pakai lawyer dah berani sangat dok je la kat dalam baru betul betul berjuang untuk rakyat
PadamJom pakat turun wei... Kelaut takleh ribut Sona Mu mri ni... G kebun ujan banjir... Pada duk saja baik g #kl112 wei... 1juta... Bikin sejarah durian spreng... Kah...kah...kah.. Kasi mampus ini kali bah... Jgn gentar.. Semua broooo... Kih.kih.kih.... Siiioooot..
BalasPadamtukar tiub....7 fru dh standby dari shah alam menuju kl....sahih psl baru balik stadium selangor lwn ns...
BalasPadamkalau gi jalan2 kat sekitar jalan TAR, boleh lihat yg berpakaian seragam sudah mula berlegar sana sini...awal betul depa buat persediaan...
BalasPadam