Isnin, 14 Januari 2013

INI GARIS PERJUANGAN RAKYAT - KEBANGKITAN RAKYAT



 DEKLARASI HKR #KL112  
12 JANUARI 2013
STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR

Deklarasi HKR #KL112

Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.


----

7 ulasan:

  1. Namun malangnya isu kalimat Allah boleh membuatkan PR kalah, kenyataan terbaru PAS tentang kalimat Allah amat mengelirukan. Disini sy bagi sedikit klue apa yg mengelirukan iaitu sy fikir orang2 agama PAS keliru dengan perkataan "God" (G, huruf besar) dengan "god" (g, huruf kecil)... ini serupa dgn perkataan Tuhan, huruf T besar dan tuhan, huruf t kecil... selebihnya sy fikir Tukartiub kena tulis bagi pencerahan.... itupun kalu Tukartiub nak Pakatan menang pilihanraya.... kah,kah,kah,kah....

    Sebagai permulaan lihat disini (klik)

    BalasPadam
  2. Sokong - t'utama perkara 1, 3 & 4!

    BalasPadam
  3. DIDI KOTA BELUD yang sebenar14 Januari 2013 pada 4:00 PTG

    dan saya selaku mewakili kaum KADAZAN memohonlah agar bahasa ibunda saya ini di jadikan satu subjek wajib lulus bagi pendidikan sekolah rendah dan menengah di sekolah sekolah.kalau ini dilaksanakan....7 undi dari keluarga saya...confirm.

    BalasPadam
  4. Sistem pilihanraya yang adil dan bebas merupakan Deklarasi pertama HKR #KL112,

    Harap SPR jangan buat pekak badak lagi, kami tak kisah samada PR atau BN yg akan memerintah pada penggal akan dtg yg penting biarlah sistem itu adil dan bebas...

    Ramai org BN kata SPR itu bebas, cuba lihat media hasil cukai rakyat iaitu RTM1, RTM2 dan sewaktu dgnnya, hari-hari hentam PR, namun pihak PR seminit pun tidak dibagi ruang utk menjawabnya...apakah itu adil namanya?

    Harap kali ini ada pembaikan yg akan dibuat oleh SPR...tolong jgn buat pekak badak lagi!

    BalasPadam
  5. Doh terlambat bro... Beratus ribu kitab bible melayu doh kluar... Lama doh kita baham bodo..... Kalau nk baca bible tu blh tngok kat kedai berlambok doh.... Tak sibuk psl kalimah... Tolong nasihat puok Anak pemimpin tokey Arak.... Dok pyh nok jd tukang laga Agama.... Melayu Murtad bukan psl kalimah.... Melayu ni benci dgn puok jaga islam taik kucing.... 55tnh umno jaga 250 ribu daftar nok Murtad... Ape cerita... Duk sibuk ke kalimah.... Jangan jd jahil tukil bro..... Insaflah semua weiiiii.... Umno petualang Islam.

    BalasPadam
  6. Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

    untuk kakitangan swasta tak der ker?? kesian kami tak terbela...!!

    BalasPadam
  7. Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;
    kakitangan swasta siapa nak bela bro!

    BalasPadam