TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
PAKATAN PERTAHANKAN
KEMULIAAN DAN KEBEBASAN ANGGOTA KESELAMATAN
Pakatan
Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah
dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya
boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan
dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya.
Justeru,
saya membantah tindakan Najib Razak dan penipuan politik untuk
perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan
strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu
dipikul oleh mereka.
Skandal-skandal
yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan
melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota
keselamatan.
Apabila Najib Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang
mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene,
tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan
negara.
Pertamanya,
apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan
dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan
pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat
berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan
peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan
pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM,
walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan.
Sebab
itu, saya bertegas bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak ansur mengenai
rasuah dan amalan kronisme dalam pembelian persenjataan negara. Keputusan dan
penilaian kewajaran pembelian persenjataan perlu diserahkan sepenuhnya kepada
kepimpinan ATM mengikut tata kelola pentadbiran kerajaan persekutuan yang
berteraskan ketelusan dan amanah kepada rakyat. Saya yakin prinsip ini akan
menjimatkan berbilion wang rakyat yang kemudiannya boleh diperuntukkan untuk
membela kebajikan dan kemajuan anggota tentera.
Berbekalkan
peruntukan yang meningkat apabila kita berjaya membanteras amalan rasuah dan
kronisme, saya telah meneliti dan mencadangkan perkara-perkara berikut sebagai
langkah membela kebajikan anggota-anggota tentera:
1.
Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu
dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil
dan bebas mewakili anggota terbanyak. Keuntungan dan perolehan LTAT wajarlah
diagihkan dengan leih adil kepada anggota terbanyak, termasuk melalui
peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka
mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan;
2.
Kerajaan Pakatan Rakyat wajar meningkatkan jumlah caruman
yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20% daripada gaji setiap
bulan (berbanding 15% sekarang). Peningkatan 5% caruman ini perlu diuruskan
secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program
imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera (yang
berpencen dan tidak berpencen);
3.
Kerajaan Pakatan Rakyat wajar memperkenalkan Dividen Khas
kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT
setiap tahun dan caruman tambahan 5% yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Dividen Khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen
berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing;
4.
Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan paras pencen adalah
setara dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diangkat oleh Pakatan Rakyat akan
dilakukan, supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari
pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.
Saya
yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang
diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya
mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat.
Kemuliaan
dan kedudukan anggota tentera di mata rakyat adalah sangat penting kerana
mereka adalah benteng pertahanan negara. Di bawah Pakatan Rakyat, saya yakin
ATM akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA UMUM KEADILAN
23
JANUARI 2013
Kementah beli senjata secara rasuah – Bekas Pegawai Tinggi Tentera
PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).
Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.
Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.
BIODATA RINGKAS
LT. JEN. (B) ABD
GHAFIR BIN ABD HAMID
Lt. Jen. (B) Dato' Abd Ghafir
Bin Abd Hamid merupakan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera
Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2005. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai Pegawai Pemerintah Batalion
Malbat ke Namibia
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... HABIS ... NAJIB TINGGAL DUA BUTIR TELOOO...kah kah kah..
kah kah kah...BERSEDIA NAK LARI BILA PAKATAN MENANG... kah kah kah..
kah kah kah...SOALAN NYA: KETIKA LARI SANGGUPKAH NAJIB MEMIKUL ROSMAH?...kah kah kah...
Satu soalan cepu mas dari TT.
BalasPadamJawapannya,
Mat monggol tak sanggup nak pikul badak berendam. Kalu hantu Altantuya tu. ok kot!Kah..kah..kah..
Sindrom polis pencen makin berleluasa. Semasa memerintah semua takut, menikus. Bila dah pencen baru nak buka cerita. Adakah bekas bekas ini berani jawab bila ditanya: " Semasa tuan menjawat jawatan itu, kenapa tuan tidak membongkar, melaporkan dan memdedahkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa menteri?". Apa jawapan mereka? Ermm....ermm...kah kah kah. Kepada bekas bekas sekalian, lu semua POYO!
BalasPadamBro Hisham,
BalasPadamTolong siarkan berita ini di TT http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/23/presiden-mahmoud-abbas-kecam-kunjungan-najib-ke-gaza/
dengan tajuk utama
NAJIB DIKECAM OLEH MAHMOUD ABBAS KERANA MELARANG RAKYAT KRISTIAN PALESTIN DARIPADA MENGGUNA KALIMAH ALLAH?
“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.
“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.
tak thrill filem melayu ATM ni......cuba tengok cerita SHAFT lakonan samuel l. jackson bagaimana seorang polis biasa sanggup berhenti,sanggup ditukarkan dan sanggup dimangsakan oleh lanun lanun politikus...tapi akhirnya picu pistol yang membuat keadilan...BARU THRILL,,,,BARU BETUL...alahai...lemak sangat ..bertolak ansur sangat.....pi lah mampus......
BalasPadamLepas BN tumbangkan nanti waris waris tentera yang terbunuh dek salahlaku Menteri bolehlah failkan saman terhadap mereka. Kesian ibubapa yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami dan anak yang kehilangan bapa apabila kita menggunakan A4 skyhawk recond dulu. Tidak ada pilot yang terbunuh ditembak musuh melainkan angkara khianat oleh menteri yang dipertanggungjawabkan. Kematian yang sia sia bagi anak muda yang berkaliber dek manusia durjana....
BalasPadamsokongggg
PadamWah, hebatnya. Berapa banyak kuminis yang telah digeladaknya ?
BalasPadambodo lukewalker.... cai... dlu Bn kuat org takut.. leni org berani belaka doh. cai bila nok sedor... tak kan nok kena tipu sokmo... kih.kih.kih...
BalasPadam