Jumaat, 11 Januari 2013

PANDUAN PENTING - BACA IN I DAHULU



 BACA PANDUAN INI
FAHAMI
IKUTI
untuk kebaikkan kita semua


HKR112:

Panduan penting untuk keselamatan peserta

Harakahdaily,11 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan.


APA YANG PERLU DIPAKAI

Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.

Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia.

Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).

APA YANG PERLU DIBAWA

Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml.

Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.

Makanan seperti coklat, snek makanan ringan.

Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini.

Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma.

Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.

Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.

PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN

Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan.

Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.

Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.

Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.

PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN 

KIMIA (Jika ada)
Tanda-tanda terkena bahan kimia:

* Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
* Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan
* Cecair hidung keluar secara berlebihan
* Batuk dan sesak nafas
* Pening

Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit-2 jam.

Bagaimana menghadapinya:

BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.

Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. 

“JANGAN SAPU MUKA”

Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.

Sila dapatkan bantuan sukarelawan ‘Pasukan Perubatan’ yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.

Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.

* Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain.

Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.

- Sekritariat HKR



---

1 ulasan:

  1. DIDI KOTA BELUD yang sebenar11 Januari 2013 pada 10:07 PTG

    kami akan ikut dan kami akan turut....tapi kalau lebey lebey...kami langgarrrrrrrrrr.......

    BalasPadam