Rabu, 2 Januari 2013

SURAT UNTUK BANI MELAYU




INI TEKAD  RAKYAT
UNTUK TAHUN 2013

NILAI  BANI MELAYU

Mengikut Perlembagaan Persekutuan takrifan  Melayu itu adalah:  sosok yang mengamalkan budaya, bahasa Melayu dan beragama Islam. Takrifan ini cukup  senang, demoktarik dan tanpa banyak songel. Untuk saya,  dibelakang takrifan – siapa dia Melayu -  ada persoalan  yang lebih besar – persoalan nilai Melayu. Takrifan nilai ini sayangnya TIDAK dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan ssebagai cara untuk  mengenal siapa Melayu dan siapa bukan Melayu.

Takrifan siapa Melayu dalam Perlembagaan  dilakukan hanya  untuk tujuan mentadbir. Pentabiran penjajah  British  yang bertanggungjawab membawa  buruh imigran dari China dan India memerlukan sistem identifikasi. Justeru lahir konstruksi takrifan Melayu yang membolehkan sosok saperti Mahathir Muhamad, Reezal Merican atau   Azeez  Rahim menerbus masuk dan mengakui diri mereka Melayu. Walhal -  rupa bentuk , kulit dan iras sosok-sosok jelas ke Indiaannnya. Persoalannya apakah nilai yang  diamalkan oleh sosok-sosok ini  mencerminkan nilai-nilai  Melayu?

Saya menimbulkan apa dan siapa  itu Melayu kerana pada hemat saya pada tahap  ini Bani Melayu sedang menghadapi  krisis  yang maha besar. Bani Melayu hari ini menghadapi krisis identiti diri.  Krisis identiti ini membawa Bani Melayu kepada krisis nilai.  Justeru krisis nilai Bani  Melayu inilah yang sedang kita lihat dalam politik kontemperori Malaysia hari ini.

Nilai muncul dari punca ekonomi. Nilai tidak muncul dari mimpi atau angan-angan. Pada satu ketika dahulu Bani Melayu keseluruhan  adalah kaum tani, nelayan atau pekebun kecil. Kedatangan penjajah British memunculkan sosok-sosok Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, anggota polis, askar dan guru-guru.

Ramai juga Bani Melayu sebelum kedatangan British menjadi pelaut yang hebat-hebat. Dalam sejarah dan cerita-cerita rakyat ada tertulis juragan dan saudagar Melayu yang berniaga di kepulauan Melayu. Si Tenggang adalah contoh juragan dan saudagar dari Bani Melayu. Tetapi dengan kesampaian juragan dan saudagar dari India dan China  yang memiliki jaringan perniagaan yang lebih luas telah  membuka   persaingan. Akhirnya  kerana persaingan sengit kumpulan juragan dan saudagar  Bani Melayu ini pupus.

Seratus tahun dahulu Bani Melayu tidak mengenal duit dan dinar. Ini berbeza dengan kaum imigran India dan China yang tamadunya  ribuan tahun mendahului tamadun Melayu. Justeru nilai Bani Melayu adalah nilai kaum tani.  Nilai Bani Melayu  adalah nilai masyarakat pertanian-agraria. Nilai kaum tani dipasak oleh setiakawan yang intim, kejujuran kata-kata, janji yang ditepati dan paling ampoh adalah nilai bergotong royong. Nilai-nilai ini tidak pernah diukur dengan dolar dan dinar.

Nilai Bani Melayu ini muncul kerana keperluan bertani dan mencari kehidupan. Adalah tidak tepat  jika kita menganggap bahawa nilai -  apa yang dianggap salah dan apa yang dianggap  benar -  muncul dengan kedatangan Islam.   Bani Melayu adalah mualaf  yang baru berumur lima ratus tahun. Nilai salah  benar – apa yang baik dan apa yang salah- telah wujud dalam roh  Melayu sebelum sampainya juragan dan sudagar Arab di Melaka.  Nilai keterbukaan fikrah Bani Melayulah yang menyambut  saudagar dan  juragan Arab.

Dunia berubah. Pembuatan dan pekerjaan untuk mata pencarian berubah. Asas ekonomi berubah. Bentuk-betuk ekonomi  berubah. Semua ini membawa perubahan nilai.

Dari asas ekonomi pertanian dan nelayan Bani Melayu telah dipaksa oleh ekonomi  kapitalis yang bernabikan jual beli  dan berkiblatkan keuntungan. Awalnya resapan ekonomi kapitalis ini agak lunak.  Sistem ekonomi kapitalis masuk secara teratur dan tidak menggangu gugat  ketenteraman Bani Melayu. Walau pun sistem ekonomi kapitalis ini membawa budaya  sendiri yang jelas berlawanan dengan budaya agraria Bani Melayu – mereka tidak merasa terancam.

Nilai kapitalis diukur dengan ringgit dan dinar. Tenaga kini bukan lagi diminta bergotong royong untuk bersama-sama membuat talian sawah atau bersama-sama membaiki pemetong. Tenaga dalam sistem ekonomi kapitalis boleh dihitung untuk dipukul harga.

 
Awalnya Bani Melayu tidak menyedari ini. Perubahan ekonomi telah membawa perubahan politik. Kuasa politik yang dimiliki oleh United Malays National Organisation mula disedari sebagai lompong. Kuasa politik tanpa kuasa ekonomi hanyalah  mimpi yang dimimpi-mimpikan. Mimpi ini pecah membawa kesedaran apabila ianya ini diasak oleh  kekalahan parti Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu pada tahun  1969.   Kekalahan besar parti  United Malays National Organisation ini telah memuncul satu dasar ekonomi yang baru.

Dasar Ekonomi Baru telah memaksa Bani Melayu  masuk ke dalam kancah jual beli  ekonomi kapitalis. Selama 40 tahun kebelakanga ini Bani Melayu telah dipaksa untuk menerima sistem nilai budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini. Justeru krisis politik yang kita  lihat hari ini adalah menifestasi dari nilai-nilai ini.


Pergolakan politik yang berlaku lebih dari satu dekad ini adalah  manifestasi  bekecamuknya  nilai Bani Melayu. Kalau dulu kata-kata dari mulut Bani Melayu adalah janji yang terikat. Hari ini kata-kata tidak boleh lagi  diterima tanpa tanda tangan dan surat akuan peguam. Bulat air kerana pemetong bulat manusia kerana mufakat tidak lagi menjadi asas kemasyarakatan Bani Melayu.

Setiakawan dan semangat kekitaan kini dinilai dengan keanggotaan kelab ini atau parti itu. Budi dan bahasa   hanya ucapan-ucapan kosong kalau ianya tidak disadur dengan ringgit dan dolar.

Dalam masa satu jenerasi Bani Melayu telah dipaksa untuk menerima nilai yang amat asing.  Banyak jalur-jalur nilai ini tidak berakar umbi dalam  pembudayaan salasilah agraria Bani Melayu.

Perkembangan siasah terkini  membuktikan  dengan jelas  tesis bahawa Bani  Melayu sedang dilanggar krisis identiti. Krisis identiti ini ialah krisis nilai.  Nilai yang saya jadikan contoh kajian  ialah –  bagaimana satu kumpulan Bani Melayu sanggup menerima dan  menobatkan Najib Razak sebagai pemimpin mereka.

Pada satu ketika dahulu jika ada  Raja Melayu yang zalim saperti Raja Bersiong atau saperti Sultan Mahmud maka tidak dapat tidak, walau pun dalam budaya feudal – raja yang zalim ini akan dinyahkan. Raja zalim ini akan dihalau atau dibunuh. Ini nilai budaya salah benar Melayu – tanpa peguam atau akuan bersumpah.

Saya perhatikan krisis nilai ini  menjadi lebih tenat. Dalam masyrakat agraria salah dan benar  adalah salah dan benar. Tidak berdulak dalik.  Tidak perlu peguam atau surat aku janji. Tetapi nilai yang  sistem ekonomi kapitalis  yang dipaksakan ke atas Bani Melayu ini telah menjadikan sosok Melayu ini hilang punca.  Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu kini telah tidak dapat lagi memisahkan mana yang salah dan mana yang benar.

Untuk memahami krisis nilai ini mari kita lihat dengan lebih dekat kes  contoh - pembunuhan  Altantuya. Dalam kes ini Razak Baginda telah dituduh bersama dua orang anggota PDRM.  Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung manakala dua anggota polis ini didapati bersalah. Tidak cukup dengan ini pihak peguam Negara tidak pula membuat  rayuan agar Razak Baginda dibicarakan sekali lagi.


Perangai Peguam Negara ini  amat berbeza dengan kes 4 Orang Mahasiswa UKM yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam politik.  Peguam Negara dengan pantas telah membuat rayuan agar 4 Mahasiswa UKM ini  diulang bicara. Kes bunuh Altantuya tidak ada ulang bicara. Tetapai dalam kes politik Mahasisawa UKM Peguiam Negara meminta ulang bicara. Inilah tanda bahawa Bani Melayu telah sesat nilai.

Kes pembunuhan Altantuya ini membuktikan  tesis saya bahawa ada satu kelompok besar  Bani Melayu  yang telah tidak lagi memiliki  nilai salah  dan benar. Bani Melayu ini yang bernabikan jual beli dan berkibalatkan keuntungan  telah tidak lagi memiliki  keupayaan untuk menilai  mana  yang salah dan mana yang benar. Mereka hanya memiliki keupayaan untuk menimbang nilai  untung dan rugi.

Justeru, krisis nilai ini ditenatkan lagi dengan ajaran agama.  Islam telah mengajar  Bani Melayu yang mualaf ini  untuk menjadi manusia yang jujur. Untuk menjadi umat yang berani berkata benar dan bangun menentang kemungakaran dan kebatilan. Semua prinsip ajaran agama ini hancur berderai apabila kita jadikan kes pembunuhan  Altantuya ini sebagai bahan rujukan


Dua minggu ini Bani Melayu telah mendengar temu bual dan pengakuan  Deepak Jaikishan.  Saudagar permaidani ini pernah mengakui  Rosmah Mansor sebagai kakak angkatnya. Saudagar ini juga memiliki hubungan yang intim dengan suami Rosmah.  Dari temu bual saudagar  ini jelas menunjukkan bukan sahaja Najib Razak yang terlibat dalam kes Altantuya ini malah Rosmah Mansor juga terlibat sama. Awas! Bukan setakat  laki bini sahaja yang terlibat  -  adik  Najib Razak juga terlibat sama.

Pada satu ketika dahulu ada Bani Melayu  bingar melauan-laungkan Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-Raja  Melayu dan Islam kini  meraka senyap tidak berkata apa-apa. Tidak ada mufti, tidak ada imam, tidak ada Tok Kadi , tidak ada Ustaz atau  Ustazah yang berani bertanya : betulkah apa yang dikatakan oleh Deepak ini?

Tidak ada pun seorang pemimpin kerajaan, tidak ada Menteri Besar Bani Melayu, tidak ada  Menteri Bani Melayu malah tidak ada Raja Melayu yang dikatakan sebagai kepala Agama Islam yang cuba berani bertanya – apakahn ‘ tuduhan dan pengakuan’ Deepak benar atau salah.

Untuk saya apabila  Bani Melayu ini senyap maka ini  membuktikan  tesis saya bahawa mereka sedang sakit tenat dan  mengahadapi penyakit ketidak tentuan arah nilai. Untuk saya – semuanya jelas -  Bani Melayu ini telah kehilangan nilai – salah dan benar. Bani Melayu ini tidak dapat legi mengenal hitam dan puteh -  yang pada satu ketika dahulu dimiliki oleh datuk nenek moyang mereka.hadapan.(TT)


INGATAN:
Tulisan ini telah keluar
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila 
pukul talipon 03- 22-74-40-45










-------

11 ulasan:

  1. Well said TT!

    Article ini very critical dan agak berat for some. Kalau umno dungu bebudak upahan baca mmg tak paham punya - jenis tu bagi 10 ringgit suruh baling cat reti lah.

    aku yakin umno akan pupus sbb umno didokong oleh org-org yang dungu. yg cerdik pandai dlm umno just keep quiet sbb jaga periuk nasik. dungu + periuk nasik = mampos umno

    BalasPadam
  2. Seratus tahun dahulu bani melayu tidak mengenal duit dan dinar maaf cakap ini satu kenyataan yang tidak tepat bangsa melayu dah wujud beribu tahun tamadun seperti funan,langkasuka,champa,srivijaya dan kedah tua berusia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun takkan tak guna duit untuk berdagang dengan pedagang dari cina,india,arab,rome,greek dan lain-lain. Paling tidak pun kerajaan melayu samudera-pasai dan kesultanan melaka menempa duit syiling sendiri. Kenyataan ini merendahkan ketamadunan melayu. Harap penulis jangan main hentam keromo. Walau bagaimana pun ini satu tulisan yang baik untuk menyedarkan bangsa melayu tentang kepincangan yang berlaku pada hari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulang baca, cuba fahamkan, lihat apa yg tersirat di sebalik yg tersurat. Kau akan mengerti apa yg TT maksudkan. Salut!

      Padam
  3. and don't forget the cleric also bisu kah kah kah

    sbb tugas ularrrmak is to make sure you malays don't try to be funny with freeloaders and the system....

    sistem kapitalisme yg telah merobek nilai melayu utk jadi ummah bertopengkan iblis dgn terma arab yg songsang !!!!

    syariah yg dilaungkan cuma utk kes ikan bilis.. bila jadi sekunder sedarlah siapa kamu wahai bani melayu.jika setakat guna udg-udg thogut Lord Reid lebih baik mengaku kuffar awal-awal lagi supaya senang Hadi nak tarik balik amanatnya.

    jika bani melayu berani singkap kain para-para lanun yg bisu, lu akan nampak muka tt kat situ kah kah kah !!! tt, the real honest melayu depicting your own colour!!!

    BalasPadam
  4. melayu di m'sia adlah bangsa yg paling pelik dlm donia. ada mat saleh muka negro? melayu ada. ada jepun muka eee? melayu ada. ada negro muka cina? melayu ada. pendek kata muka melayu macam2 ada.

    BalasPadam
  5. Bro TT, sepatutnya lekatkan sekali gambar "picture of the year" pada akhir artikel ini, dengan soalan, "Sila jawab dengan jujur, adakah ini muka Melayu?" barulah artikel TT nih kelihatan padat dan lebeh jelas....kah,kah,kah,kah....

    TT izinkan sy copy n paste artikel "Kapitalisma" TT ke blog sy - Matrojak

    BalasPadam
  6. maeh1st saya nak cakap,si penulis FAILED gila soal sejarah..kalau tak tahu soal sejarah tak payah cakap..Strait to the point je.

    Masyarakat melayu zaman dahulu kala adalah kaum agraria?FAILED!Orang Melayu dahulu adalah seafearest aka Masyarakat Maritim..itu cakap kalau tak tahu apa2 jangan cakap.

    Lagi satu,soal keturunan Arab dan india yang menjadi Melayu ini sering dipersoalkan..saya juga sebagai Melayu Jati aka Pribumi asal semenanjung juga ingin mempersoalkan soal Melayu anak dagang aka Melayu keturunan indon yang bersepah di negara ini dan menguasai negara ini..Saya berpendapat Melayu2 keturunan indon ini jangan terlalu over dan memberi laluan kepada pribumi asli semenanjung aka Melayu jati untuk menguasai negara ini.

    Nik aziz adalah adalah pilihan yang tepat kerana beliau adalah pribumi jati Kelantan.

    P/S..UMNO adalah sebuah parti Melayu keturunan INDON bukannya parti untuk pribumi asli semenanjung..Hanya penduduk kedah,kelantan dan pahang adalah pribumi asli..yang lain semua keturunan indon..Jawa,bugis,minang,acheh,banjar dan bla,bla,bla mohon sedar diri anda adalah keturunan indon.

    BalasPadam
  7. DIDI KOTA BELUD yang sebenar2 Januari 2013 pada 4:12 PTG

    i dont care pasal artical u tt..all i care is aku sumpah ghani patail mati cepat......mmmm..puas hati aku.....tq.

    BalasPadam
  8. Elok jugak sekiranya ada mana-mana mahasiswa/i di IPTA di Malaysia atau luar negara yang boleh menghasilkan tesis tentang Deepak atau Atlantuya sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah dalam bidang Sains Politik mereka.Kajian tentang Deepak dan Atlantuya juga boleh dibuka sehingga peringkat master atau Phd dalam bidang Sains Politik atau Sejarah. Tesis seperti ini mungkin boleh dijalankan setelah PR mentadbir putrajaya nanti serta diletakkan sebagai tesis terulung di semua library IPTA di seantero dunia.

    BalasPadam
  9. ARtikel yg menarik, TT. Budaya kapitalis itulah yg menghancurkan nilai2 murni Bani Melayu. Kini, nilai2 murni tsbut telah digantikan dgn wang ringgit dan jualbeli. Yang miskin bawahan kena hukum, yg kaya raya terlepas walaupun bersalah. Sesetengah puak2 agama pun buat bisu je dgn benda tu. Kalau ada agamawan yg berani lawan, dia akn ditekan atau dibunuh kapitalis. Jadi, kita kena kembali kepada semangat nilai murni dan latih anak2 kita supaya jgn berkiblatkan wang.

    BalasPadam
  10. JANGAN SABOTAJ MELAYU...JANGAN HINA MELAYU..DAN MELAYU JUGA JANGAN BANGGA SANGAT JADI MELAYU....MASA UNTUK MELANGGAR TELAH TIBA...KITA LANGGAR #KL112....AKU PUN SUMPAH GHANI PATAIL MATI.....

    BalasPadam