Selasa, 22 Januari 2013

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN KE JALAN RAYA


TIPU PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA

 500 RIBU SATU AMARAN


Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untuk mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000  anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di Stadium Merdeka.  Saperti biasa media milik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dan dongeng.

Dari awal lagi telah dijangkakan  Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah yang hadir.  Sama ada 700 ribu atau 500 ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak.  Ini bukan peraduan  mengukur berapa kilo  berat badan Rosmah Mansor.  Yang  saheh dan penting ialah  500,000 warga – tua dan muda – anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian mereka bangun melawan  United Malays National Organisation.

Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh  telah memecah  urat kentot  berfikir untuk  menganjing HKR112.  Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya berkeupayaan untuk menamakan HKR112  ini dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar  ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua Penerangan United Malays National Orgaisation.

Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang memerentah  hanya ke tahap  ‘himpunan shamsidar’  maka jelas negara Malaysia kita ini sedang berada dalam bahaya.  Percubaan bangang saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari  bahawa negara kita kita sedang dikemudikan oleh Mamat-Mamat  Remeh bin Temeh  yang memiliki lubang kosong diantara dua telinganya. Paling menyedihkan ada diantara  Mat Remeh ini telah berjaya  menyamar sebagai Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.

Justeru, mari kita lupakan  jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.

Saya telah merayau dari pekan ke  kampong untuk  mengelodak,  mengecar dan menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu berjaya. Tim menghasut  - dari parti politik, Ngo dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur.  Saya tepok dada tanda puas hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.

Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat:  yang capek mamakai tongkat, yang pekak tertanya-tanya, yang buta diheret  teman, yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang  Cun dihurung Balak,  Yang  Cool membawa spanduk  -  semua berjalan untuk memasuki Stadium Negara.

Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan bedebar-debar bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai orang  yang datang.  Saya akui disini jumlah 500,000 yang turun ke Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang  menakutkan ialah  kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan berpagar.

Saperti yang telah saya tuliskan dahulu,  bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang bagitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal.  Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.

Manakala si Najib pula telah  mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar resmi yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah  satu penghinaan kepada Orang India.  Utusan Malaysia   dengan bangga  tetapi bodoh telah memaparkan gambar Orang India sedang  berebut-rebut untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.

Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa  berebut-rebut menghulur tangan untuk mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej  ‘ kebuluran’ dalam negara dunia ketiga yang selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.

Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat  memukul gendang  -  United Malays National Organisation terpaksa menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.

Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan  cecair kimia?  Malah ada  anak-anak muda merasa HKR112 ini ‘kureeeng cool’ tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.


Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru. Turun berdemo ke  jalan raya ini bukan ombak politik baru di tanah air kita ini. Dizaman British lagi Hisbul Musliman, Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak pelajar, agamawan  telah mengunakan jalan raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National Organistion sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.

Wajib juga saya surahkan disini – ketika abang adik – kyusuk mendengar ucapan dari pemimpin Ngo dan Parti Politik -  sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam Stadium Merdeka  Sabtu lalu adalah hasil dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta mata, patah tangan, patah  kaki, dipenjara , malah ada yang telah ditembak mati  ketika berdemo.  Sabtu lalu adalah penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan  di jalan raya. Hak ini ditulis jelas  dalam perlembagaan.  Tetapi selama 54 tahun  ini United Malays National Organisation telah menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam   Perlembaaagn Malaysia.

Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani  keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas,  kimia, penjara dan mahkamh  telah digunakan untuk menakutkan orang ramai.  Bertahun-tahun orang ramai telah berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah  ditakut-takutkan dengan konsep ‘menggulingkan’ kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan  dengan konsep ‘menjatuhkan’ kerajaan. Orang ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.

Tersenyumlah -  kerana semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi yang takut untuk menggulingkan kerajaan.  Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya.  Telah saheh turun ke jalan raya untuk  berdemo telah menjadi budaya politik kita.

Jumlah  500,000  adalah 500,000 yang mewakili  anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan bersetia dengan  membaca Deklarasi 12 Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National Organisation  dan kuncu-kuncunya  jika Barisan Nasional menang dengan jalan menipu dalam PRU13 ini.

Amaran ini amat jelas terpampang besar  untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk yang tidak berada dalam stadium, untuk yang dirumah atau diluar negara  ‘Kain Rentang Amaran’ ini boleh dilihat dalam puluhan rakaman gambar dan klip video  yang sedang mengampoh di alam maya.

Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu -  ayat inilah yang tersirat dan tersurat. Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan kata-kata diplomasi.  Amaran ini dinyatakan dengan  jelas dan terang. Amaran ini  ditujukan  kepada United Malays National Organisation. Inilah amaran HKR112.

Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat  orang ramai yang turun ke jalan raya telah memberi amaran agar mereka tidak lagi  akan ditipu saperti dalam pilihan raya yang lalu.

Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan pelbagai Ngo. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam penggumpulan kesemua kemarahan,  kesemua ketidak puashatian dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka  telah ditipu dan ditindas  oleh United Malays National Organisation.

Malah,  tuntutan dari Ngo-Ngo ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis Ngo sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup masih ada walau pun kerajaan Pakatan yang berkuasa. Bagitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah orang  kampong di Pengerang  akan terus dirampas   walau pun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa – rakyat melihat dan memerhati.

PRU13 ini dijadikan sasaran induk  kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang saheh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu.  Benteng akhir pertahanan United Malays Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara untuk Barisan Nasional menang.

 
Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan  konsep ‘ non partisan’ atau tidak menyebelahi mana mana pihak.  Untuk rakyat tertindas, untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampong halaman dirampas – untuk kesemua ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian.  Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah  tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga.  Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak.  Bunga durian ini bukan hanya 500,000 jumlahnya  - malah berjuta akan turun ke jalan raya.

Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat  arahan   dari United Malays National Organisation – sila lihat  dahulu gambar-gambar dalam klip YouTube tentang  HKR112.  Bertenang dan fikirkan -  yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu janji. ( TT)


 
NOTA:
tulisan ini terlah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
  
  


------

8 ulasan:

  1. tentang, mari lah tentang.. bersama sama..

    BalasPadam
  2. haa.. berita macam nie la TT yg gue nak baca. berita kejayaan perjuangan. berita steady dan jelas.

    nik aziz vs harun din, satu lagi cerita pening dari blog pakatan rakyat baca ni :
    Bernista Bersumpah Bersurah

    bila lah nak nak steady dan jelas.

    BalasPadam

  3. Woit TT,
    orang pr Tak perlu turun ke jalan raya.
    Beri lah chan untuk pembangkang lepas ge13 turun ke jalan raya.
    Mereka nak rasa mineral cannon truk,baton charge,kena tendang, gari2 ,kena tangkap, duk kat lokap,dll yang orang pr dah mengalami.
    Sekerang turn bn lepas ge13

    BalasPadam
  4. Aku bukan takut orang ramai datang.....Cuma yang aku takut studium runtuh kerana terlalu...terlalu ramainya orang yang datang. Semasa DS Anwar laungkan "MERDEKA" meremang semua bulu aku mendengarnya.....Walau bagaimana pun jika niat nya baik....maka jadi baiklah akhirnya.....

    BalasPadam
  5. adoyaaaiii apsal laa tt letak pic skerap hangus last2 skali tu....huhuhu tak lalu nak nenen 3 hari 3 malam,,...suey ko tt

    BalasPadam
  6. SPR dan kerajaan hari ini perlulah faham rakyat skrg bukan mcm zaman 80'an dulu...

    Dulu tipu PRU pun rakyat buat tak tau jea sebab dulu tak ramai sgt rakyat yg celik politik...

    Abg Mat nak buat himpunan pun tak jalan sebab tak sampai 300 org nak ikut pada masa tu...

    Tapi skrg tidak lagi, harap PRU kali ni SPR dapat melaksanakannya dgn adil dan bebas...

    Rakyat tidak kisah PR mengambilalih kuasa atau BN mengekalkan kuasa, itu semua tidak dikisahkan, yg penting biarlah kemenangan sesebuah kerajaan itu dgn cara bermoral dan bermaruah tanpa adanya sebarang penipuan...

    BalasPadam
  7. Ayat lazim yg biasa sgt diberikan oleh org umno/bn bila rakyat menuntut sistem pilihanraya yg bebas dan adil ialah :-

    "Kalau sistem pilihanraya itu tidak bebas dan adil, kenapa PR berjaya memerintah di 5 buah negeri..."

    Jawapan org PR pula adalah :-

    "Kalau sistem pilihanraya itu bebas dan adil, sudah lama umno/bn menjadi pembangkang di negara ini"

    Pengalisis pula berkata, PR berjaya ambilalih 5 buah negeri pada PRU 2008 kerana lonjakan sokongan tinggi yg luarbiasa sehingga berjaya 'menimbus' sebahagian penipuan yang dijalankan...

    Apa pun analisis atau jawapan, pada kali ini rakyat tidak kisah siapa yg akan jadi kerajaan samada BN atau PR, yg penting Sistem Pilihanraya itu perlu dijalankan dengan adil dan bebas...

    BalasPadam
  8. menitik ayaq mata jantan aku bila baca tulisan TT kali nih..

    BalasPadam