Selasa, 15 Januari 2013

UCAPAN TERIMA KASEH



UCAPAN PENGHARGAAN
 DAN TERIMA KASIH

Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10. Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
  
Hj Muhammad Sabu
Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat


-----

8 ulasan:

  1. Ala.jgn bank in kat mat sabu dowh.dia tgh nak usha abby abadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahfuz omar dah berduet dgn dia sebelom HKR.. terus pandai menyanyi Mahmuz mlm tu

      Padam
  2. Bro...tolong sampaikan pada brader Mat Sabu sedekahkan duit tu sikit pada sedara Daud Abdul Manan yg terbabit dgn accident dan terlantar dihospital selepas balik dari perhimpunan HKR ari tu.

    BalasPadam
  3. tak ada ke pimpinan pakatan yg pergi melawat peserta kita dr pahang yg terbabit dgn kemalangan motor semasa pulang dr hkr112 tempoh hari?...sedih.

    kalau ada sila terbitkan gambar mereka melawat brader kita yg terlantar di hospital itu ya....dan spt dicadangkan oleh luv_ima..silalah sumbangkan sedikit dr kutipan derma tempoh hari kpd beliau...
    pengorbanan brader ini perlu pembelaan dr pihak penganjur...betul tak? kalau tak aku pun rasa cuak nak gi demo lagi.sekian.

    BalasPadam
  4. Ahh..cibai ah lu..sembang dlm blog bergegor anak muda harus berani melawan tp hampeh diluar! Apa yg lu laungkan semua tu reotrik semata! Lu punya ego dgn baran ja lu taw?? Apa ingat anak muda suka sgt ka dgn lu? Phuuiii...xguna la hasut orang tapi lu pun sama ja dgn politikus cibai

    BalasPadam
  5. jgn syak kat mad sabu.
    mad sabu tak sapu.
    tapi aku syak hisam tt.
    mcm ada sesuatu yg fishy.
    tuhari tt tulis kutipan 262,000.
    tapi harini mad sabu umum 268,802.10
    kenapa ada beza 6,802.10?
    mungkinkah cubaan tt menggelap dan menghilangkan 6,802.10 tu?
    mungkin 2.10 tu utk cover balik duit sarapan tt pagi sabtu sebelum hkr tu, secawan teh-0 dgn sebijik roti najib?
    yg 6,800 tu utk apa pulak?
    mungkin nak cover bayar sewa rumah tt dah 6 bulan tertunggak?
    atau mungkin utk tt letak down payment beli motor skuter atau scrambler???
    jawab tt, jawab,
    kami semua akan listen, listen, listen..!

    BalasPadam
  6. DIDI KOTA BELUD yang sebenar15 Januari 2013 pada 10:05 PTG

    pen merah pen biru....mat sabu,i love you....hahahahahaha

    BalasPadam
  7. Molek cadangan bro... Bgtau Alamat... Harap HKR tolong bantu saudara kita... Tunjukkan Kebaikan kita. ... Hidup Rakyat. Hidup Pakatan.. Harap tukar tiub ambil perhatian.. Terima kasih....

    BalasPadam