Sabtu, 9 Februari 2013

BERSEDIA ! GEROMBOLAN SEDANG RANCANG BUAT KACAU



MALAM INI DI GEMAS

Ketua Polis Negara harus pecat Pegawai Polis terlibat mesyuarat kekecohan



9 Febuari 2013

PDRM HARUS NYATA PENDIRIAN DAN PECAT SEGERA PEGAWAI POLIS TERLIBAT MESYUARAT RANGKA KEKECOHAN


Telah ditemui dalam laman YOUTUBE beberapa akaun yang menyiarkan video rakaman satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg. Tengi, Selangor yang jelas merangka untuk membuat kekecohan bagi mengganggu ketenteraman awam. Kacau ganggu ini dirangka bagi menghalang program sebuah organisasi yang dikenali sebagai ANAK yang menampilkan Mazlan Aliman, selaku Pengerusinya sebagai penceramah.

Perbagai entiti dikesan dalam video tersebut iaitu Perkasa, Majlis Belia Felda dan perbagai organisasi termasuk Mic. Amat malang sekali disebut oleh Pengurus Felda yang mempengerusikan Mesyuarat mengenai kehadiran Ketua Polis Daerah dan sokongan PDRM untuk kacau ganggu awam ini diadakan dan polis bakal melindungi.

Ini satu perkara serius, satu pengkhianatan terhadap amanah dan tanggungjawab. Ia satu penghinaan terhadap gelaran Polis DI RAJA Malaysia itu sendiri. SAMM mengajak rakyat memandang serius perkara ini dan meminta Ketua Polis Negara menyatakan pendirian segera dan tindakan memecat Ketua Polis Daerah tersebut dan pegawai lain yang terbabit harus dilakukan.

Ini satu perkara penting parlimen juga seharusnya dipanggil untuk satu persidangan tergempar untuk membahaskan perkara ini. Jika ini bukan perkara terpencil maka berapa banyak lagi mesyuarat menjelang PRU ke 13 (yang dimana umum ketahui PRU yang paling sukar bagi Bn) maka polis diperguna untuk melindungi keganasan. Patutlah banyak kejadian gangster upahan Umno Bn membuat kacau tetapi tidak ada tindakan diambil, rupanya keberanian gangster upahan ini hanya kerana diberi jaminan dilindungi polis.

SAMM yakin dan percaya PDRM kini terbelah dua, ramai yang mula sedar untuk duduk bersama rakyat mempertahankan keutuhan dan keluhuran undang - undang, tetapi masih wujud lagi 'kejahatan' dikalangan beberapa pegawai polis. SAMM mohon Ketua Polis Negara segera bertindak menyingkirkan pegawai tersebut segera dengan bermula dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang terbabit dalam mesyuarat yang dirakamkan ini.

SAMM juga mengajak rakyat memandang serius kepada kenyataan Muhiyuddin yasin selaku TPM iaitu kekecohan kerana keputusan PRU. Memandangkan Bn yang makin hilang sokongan dan sememangnya trend bertindak ganas untuk mengalihkan masej PR ini berleluasa dan rakaman diatas membuktikan ia terancang, maka nampaknya Bn sendiri yang sedang merangka keganasan dan hura - hara.

Mohon ketegasan Ketua Polis Negara dalam perkara ini dan rakyat harus sedar satu undi untuk Bn beerti kamu memberi kepada sebuah regim yang merestui tindakan ganas dan gangster terhadap rakyat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia





--------

7 ulasan:

  1. pi mamposss dengan umno

    BalasPadam
  2. sepupu didi kota belud9 Februari 2013 pada 2:50 PTG

    kuar kenyataan kene ada tindakan.dan tindakan yg paling sesuai ialah jadikan video itu satu fenomena sepertimana video correct 3x linggam dgn listen!! 3x zohra..sekadar pendapat..

    BalasPadam
  3. Mmg tlh terbukti sebelum ini semua gangguan yg dilakukan oleh barua2 umno dibiarkn oleh polis. Dgn terdedahnya rakaman ini sahlah polis lindungi anjing2 ini.

    BalasPadam
  4. Itu dipanggil salah guna kuasa. Sepatutnya polis menjaga keamanan tetapi pilis di sini menggalakkan keganasan @ kacau ganggu. Cuba tanya harussani apa hukum duit yang dia dapat untuk beri makan anak bini tu.

    setuju sangat kalau video tu diupload dan disebar meluas sama seperti 'lisen, lisen, lisen" dan "korek, korek, korek". Biar rakyat tahu temberang umno.

    Kalau bn kalah, samseng umno jangan buat huru hara ye. Dengan segala hormatnya, datok najis dijemput ke penjara sungai buloh ye.

    BalasPadam
  5. Semua jenayah yang dilakukan oleh semua samseng felda dan polis terbabit mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa/ polis. Tak ada tindakan pun tak apa. Lepas PRU13 barulah tindakan akan dimulakan seperti biasa dan mereka yang terlibat mesti dihukum termasuklah hukuman gantung sampai mati.

    BalasPadam
  6. malah polis pun turut terlibat. tak caya tengok geng2 beg sandang. mrk tu sb /polis berpakaian biasa.
    buat perhimpunan 1juta di felda...

    BalasPadam
  7. kalau pdrm dok sokong umno.. lama doh mampus.... nok wat gane... pala jnji masuk... kerja halal haramjadah apa saja sapu.. jnji poket isi... jenis laknatullah.... Harap PDRM ambil tindakan.. Pulihkan imej kakitangan kerajaan yg jujur... ingat kamu bukan mainan politik haprak umno banjingan.... PTR. Pertubuhan Tentera Rakyat... Daftar sekarang...

    BalasPadam