KOMENTAR TUKAR TIUB
semakin dekat pru13
semakin banyak berita pelik
berita pelik melik
tak banyak muncul sebelum ini
ada penyanyi pop nak kena bunuh
tapi konsert tak batal
terus berjoget pulak
ada pendatang haram masuk
dengan senjata
tak mahu berundur
Polis jumpa 177 peluru hidup
dalam beg plastik di Ipoh
February 18, 2013
IPOH, 18 Feb — Polis menemui 177 peluru hidup dalam beg plastik yang disorok dalam timbunan pasir di luar sebuah rumah di Anjung Bercham Megah di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak, A. Paramasivam berkata polis menyerbu rumah itu kerana disyaki sebagai tempat memproses dadah sebelum menemui 149 peluru hidup jenis 9mm dan 28 biji peluru jenis .22, kira-kira pukul 2 petang.
“Serbuan itu sebenarnya untuk mencari alat-alat digunakan untuk memproses dadah, namun pemeriksaan di dalam rumah tidak menjumpai sebarang dadah.
“Pemeriksaan juga dibuat di luar rumah dan terlihat timbunan pasir dalam keadaan tersorok,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata polis telah melakukan pemerhatian ke atas rumah setingkat berkembar selama seminggu dan mendapati rumah itu sentiasa tertutup.
Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut mengenai penemuan peluru masih dijalankan.
“Rumah ini telah dibeli oleh orang asing dan terdapat beberapa lelaki kelihatan di rumah itu tetapi kebiasaannya tiada penghuni,” katanya. — TIEWNAMA
NAJIB MEMECAH TRADISI
PERDANA MENTERI PERTAMA
TAKUT DENGAN PENJUAL KARPET
------
Polis membuat pemerhatian selama seminggu tapi rumah sentiasa tertutup dan tiada penghuni? tapi polis buat serbuasn jugak.
BalasPadamBijak-bijak PRDM NI..
Kah..kah..kah...memang bijak & berani - cuma berani menyerbu rumah kosong! Di Lhd Dtu ada 100 jantan b'senjata menceroboh negara - tapi masih blm diserbu pon!
BalasPadamlol.. suatu pementasan yang hebat
BalasPadamMurah dan Mudah betul nak sorok senjata ni. Ada tokan jual senjata ke sekarang?
mari kiat periksa sekeliling rumah kot2 jumpa senjata kat longokan sampah hahahah
TAKUT KENA SAMAN ORANG ASING LE TU....ORANG ASING KAN TAHU UNDANG 2....TAK MACAM LOCAL DAN TAK MACAM PDRM LOCAL.....TAKDER BUDGET NAK BAYAR SAMANLAH TU...MMMMMMMM.....AKU RAMAL YER...AKU RAMAL....MINGGU DEPAN AKAN KELUAR BERITA.....PANTAU SEBULAN RUMAH TU....SERBU.....JUMPA NEGRO SEDANG MAKAN PIZZA......HEHEHEHEEEEH....LAST LAST JADI KES IMEGRESEN......HEHHEHHEHEHEHH
BalasPadamBaca blog king of goblok.blogspot tajuk huru hara di kk.ada story berkaitan..
BalasPadam