Jumaat, 22 Februari 2013

MUKA MUKA YANG AKAN DICARI UNTUK MAKAN KENDURI


INGATKAN MUKA MUKA INI
BILA PAKATAN AMBIL
ALIH KERAJAAN
KITA JEMPUT MEREKA
MAKAN KENDURI
BANTAHAN KEGANASAN SAMSENG UMNO TERHADAP MAHASISWA DI PARLIMEN PEKAN

Seperti yang dimaklumi, kumpulan mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) telah mengadakan program 'Mahasiswa Turun Pekan' pada 11-17 Febuari 2013. Program berbentuk kemasyarakatan ini tidak lain bertujuan memberi pendedahan mengenai informasi terbaru yang senario politik dan pentadbiran negara di samping membuka ruang pendidikan politik kepada mahasiswa serta rakyat amnya.

Namun, apa yang dikesalkan program yang sepatutnya berlangsung dengan lancar dan harmoni itu dicemari dengan beberapa insiden yang memalukan pentas demokrasi negara kita. Perbuatan ugutan dan serangan samseng terhadap mahasiswa di Pekan tempoh hari  boleh dikategorikan sebagai intimidasi politik. Kami di peringkat GM13 mengecam sepenuhnya perbuatan intimidasi politik dan keganasan terhadap mahasiswa yang berlaku di Pekan baru-baru ini.

Parlimen Pekan merupakan Parlimen yang ditandingi serta dimenangi oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia seharusnya menjadi tempat paling selamat, harmoni serta menjunjung nilai demokrasi dan mengamalkan politik matang. Namun sayangnya mahasiswa yang turun membawa harapan serta ingin berkongsi inspirasi bersama dengan rakyat setempat dihalang, diugut serta lebih parah dibelasah. Paling memilukan sehingga ada siswi yang dikasari dan ditarik tudung. Ini adalah perbuatan yang sangat tidak beretikan serta sangat jauh dengan nilai ketamadunan sesebuah negara.

Kami berpegang teguh kepada paksi Hak Kebebasan Bergerak rakyat telah termaktub dalam artikel ke-9 Perlembagaan Persekutuan iaitu semua rakyat berhak bergerak secara bebas di dalam persekutuan Malaysia dan tinggal di mana-mana bahagiannya. Lantas tanggungjawab pihak PDRM ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengambil tindakan terhadap pelanggar undang-undang.

Justeru, kami GM13 menerusi memorandum ini menggesa pihak PDRM menjalankan siasatan dengan segera, profesional, telus serta menjunjung nilai keadilan. Sekalipun kumpulan yang disyaki sebagai suspek itu adalah dari parti pemerintah dan melibatkan kawasan Perdana Menteri Malaysia, ia bukanlah alasan untuk pihak PDRM untuk mengabaikan laporan dan memorandum ini.

Bersama dengan ini kami sertakan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan untuk rujukan pihak PDRM menjalankan siasatan.

Akhirnya, besar harapan kami untuk kes ini dipandang serius, dibicarakan dan dengan adil serta mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. ini semua demi melihat panji keadilan ditegakkan serta nilai demokrasi kembali dipelihara.

Yang Benar

Syis Abd Kadir,
Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13)


---------

7 ulasan:

  1. samseng jalan kebun, si lahabau Hang Kebun mana??

    BalasPadam
  2. gambar dr atas sampai kebawah dapat kat aku mmg makan terajang...perangai mcm haramjadah.. melayu harprak semua tu...

    BalasPadam
  3. Broooo, mana lu dpt gambar anak babi negara tu tu broo?

    BalasPadam
  4. Broooo, mana lu dpt gambar anak babi negara tu tu broo?

    BalasPadam
  5. Saudara tertinggal satu lagi gambar....gambar ADUN yang garang tu...harap-harap dia tak mampus selepas PRU13 nanti...Bukan apa...dah tua tapi tak cerdik-cerdik lagi. Bolehlah kami bagi dia makan kacang cerdik nanti!!!!Mana mau lari haaa!!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. SAMSENG....."AH INI ANAK BUAH DATUK NAJIB...JANGAN NAK MENGEGADA.....KAU..MARI SINI...OK....KITA ESKORT DORANG NI SAMPAI GAMBANG...KORANG BALIK...."........MAHASISWA..." SAMPAI GAMBANG JE...AKU DUK JOHOR...HANTAR SAMPAI KOTA TINGGILAH...SAMSENG APA NI...TAKDER DUIT MINYAK......SAMSENG ...INI BUKAN SAMSENG...INI SAMSUNG NI....JENIS SKRIN TOUCH NI......HEHEHEHHEE..."...TENGOK...KORANG TENGOK.....EH EH HE DIO BOLEH BELAWAK PULOK....INGAT MAHASISWA TAKUT KE....HAHAHAHAHA........SAMSUNG GALAXI CAP TANGAN NI...MANALAH KENA CURI NI........

    BalasPadam
  7. Kah..kah...kah.... Molek siar muka banjingan umno ni.. Puok setan dikenali.. Lps pru ajk kenduri... Kih.kih.kih... PTR.. Tentera Rakyat...

    BalasPadam