DAPAT KAN SEKARANG
dari
RADIO BANGSAR UTAMA
Buka Akses Media Perdana
untuk Penerangan Manifesto Rakyat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak agar kerajaan UMNO/BN agar membuka akses media perdana untuk Pakatan Rakyat membuat penerangan tentang Manifesto Rakyat yang telah dilancarkan pada hari Isnin yang lepas.
Pemimpin UMNO/BN tidak payah melempar pelbagai tuduhan yang tidak berasas atau memburuk-burukkan dasar bersama Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Manifesto Rakyat. Adalah lebih produktif sekiranya kerajaan UMNO/BN membuka ruang media perdana seperti televisyen dan radio sepanjang satu jam untuk membuat penerangan yang selanjutnya.
Atau dengan mengadakan debat perdana berkenaan dengan Manifesto Rakyat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN, maka dasar-dasar tersebut boleh diperbincang dengan lebih mendalam. Tambahan pula budaya debat juga merupakan salah satu elemen asas dalam sistem demokrasi yang diamalkan.
Di samping itu, AMK ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak yang memberi respon serta kritikan yang membina ke atas Manifesto Rakyat yang baru dikemukakan. Walaupun manifesto tersebut bukannya sempurna, tetapi atas prinsip demokrasi dan penyertaan orang ramai, Pakatan Rakyat tetap menerima semua kritikan dan cadangan dengan hati yang terbuka serta membuat perubahan yang perlu.
Sebenarnya kesemua usaha ini adalah untuk memastikan semua rakyat dapat selamatkan Malaysia serta mengembalikan pembangunan negara kita ke landasan yang betul.
Manifesto Rakyat adalah satu titik permulaan yang penting di mana masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat kian lama kian teruk. Selepas 55 tahun UMNO/BN diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah, akhirnya harapkan pagar, pagar makan padi.
Maka, rakyat telah menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Orang ramai telah lama dahagakan perubahan sistem serta tekad untuk mengadakan reformasi yang tulen.
AMK menegaskan bahawa sebuah manifesto yang baik adalah berasaskan kepada pelbagai cadangan penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi oleh rakyat. Hanya dengan ramuan yang betul, barulah penyakit tersebut boleh sembuh.
Manifesto Rakyat bukan satu retorik politik atau janji kosong malah ia adalah harapan rakyat untuk masa depan yang lebih baik. Lebih penting, manifesto tersebut adalah terbuka untuk cadangan dan kritikan orang ramai.
Sekali lagi, AMK mengalu-alukan maklum balas orang ramai terhadap Manifesto Rakyat. Hanya dengan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13, barulah manifesto tersebut boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
MALAM ESOK
DI SHAH ALAM
laporan langsung dari
radio bangsar utama
---------
LEE KHAI LOON....ENKO NI BUDU KE BELACAN.......APER ENGKO MINTA NI....INI BUKEN MASA MEMINTA INI MASA BERFINDAK....APA PUNYA KETUA PENERANGAN KO NI.......KETUA PENERANGAN JANGAN BUDU MACAM RAIS LE LEE KHAI LOON.......LU PUNYA BUDU TU KANG BERJANGKIT...BIKIN PANAS LU LEE KHAI LOON.........MINTA DENGAN MANGKUK HAYUN.....HAHAHAHHAHA....KASI BAGUS SIKIT KO PUNYA MINTA MINTA TU LEE KHAI LOON.....CERDIK SIKIT...JANGAN SELALU MAKAN KUETIAW KONG FU....NANTI BUDU.....HAHAHAHHAHA.....BIKIN PANAS......REVOLUSI TAK PAYAH MINTA MINTA....ACTION SAJA......APALAH...ITU PUN AKU MAU AJAR KA......
BalasPadam