MEMERHATI UNTUK MENIPU
Pada 22 Disember 2008 saya telah sampai ke Dhaka. Saya ke Dhaka kerana telah dijemput ke
Bangladesh untuk menjadi Pemerhati Pilihanraya Umum Bangladesh 2008. Saya
adalah sebahagian dari delegasi ANFREL – Asian Network For Free and Fair
Election.
Tim ANFREL adalah sebahagian dari beberapa
tim yang diterima sebagai Pemerhati
oleh Lembaga Pilihanraya Bangladesh. Ada tim dari Eropah, ada tim dari
PBB, dari Amerika dan ada tim dari
Bangladesh sendiri. Dari ANFREL kami telah diberi taklimat oleh Lembaga Pilihanraya
Bangladesh. Kami berbengkel, berbincang dan kemudian dihantar ke wilayah yang
ditugaskan.
Bunyinya cukup gah. Tetapi sebenarnya Pemerhati Pilihanraya
ini adalah penipuan besar. Tugas besar
pemerhati pilihan raya ini ialah untuk menghalalkan penipuan pilihan raya yang
telah selesai dijalankan. Bunyi ayat saya ini agak kasar. Tetapi inilah hakikatnya.
Biar saya jelaskan disini kenapa saya mengatakan Pemerhati pilihanraya ini adalah
satu penipuan.
Pada PRU13 ini Suruhanjaya Pilihan Raya telah bersetuju untuk
menerima Pemerhati. Penerimaan ini bukan kerana SPR telah menjadi lebih telus
dan bersih. Jauh sekali. SPR adalah badan yang telah merancang sistem pemilihan untuk memastikan ‘tuannya’
menang. Lembaga ini akan terus menjadi barua setia kepada United Malays
National Organisation.
Apa yang memaksa SPR menerima Pemerhati ialah kerana dalam PRU13 ini nanti yang
akan menjadi ajenda berita dunia ialah ombak jalan raya.
Ombak jalan raya telah menjadikan PRU13 sesuatu yang wajib diberi perhatian
oleh ajensi berita dunia. Jika tidak ada ombak jalan raya tidak ada sesiapa ambil ‘pot’
tentang pilihanraya yang akan berjalan di Malaysia. Siapa pernah ambil pot pilihan raya di Pulau Mauritius, di Senegal atau di
Singapura. Khalas.
Kalau di Tunisia tidak ada demo kita semua tidak sedar bahawa
wujudnya First Lady Tunisia yang perangainya
sama macam perangai Rosmah Mansor. Jika
tidak ada demo di Medan Tahrir , maka kita tidak sedar rupa-rupanya Presiden Mesir
Hosni Mubarak serupa macam
Mahathir Muhamad memerintah dengan zalim
selama lebih dari 20 tahun.
Demo di Tunisia, di Mesir, di Jordan , di Bahrain – telah
menjadikan ajenda peralihan kuasa satu ajenda dunia. Anak-anak muda yang turun
ke jalan raya di Dunia Arab telah menjadi contoh perjuangan melawan kezaliman.
Penipuan demi penipuan dalam pilihan raya di Mesir yang telah dibongkar. Berita penipuan
pilihanraya ini menjadi berita dunia.
Semua ini memperngaruhi iklim dan suasana politik di Malaysia.
Sesudah PRU tahun 2008 kelihataan
jelas kuasa hegemoni United Malays National Organsiation telah retak dan menunggu masa
untuk hancur berderai. Elit politik dan elit ekonomi Malaysia sedar
bahawa satu lagi ombak besar dijalan raya pasti akan mengkebumikan mereka
semua.
Elit Ketuanan Melayu mula
merancang. SPR sebagai barua yang setia mula menjalankan tugas. Justeru, ajenda besar SPR ialah ‘ memastikan’ orang ramai dan rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13 ini nanti. SPR juga
mahu masyarakat dunia menerima keputusan pilihanraya kali ini. PRU13 kali ini menjadi perhatian dunia ,
justeru wajib dilihat telus dan bersih.
Justeru, SPR menerima kedatangan Pemerhati dan Pemantau pilihanraya.
Ini sebenarnya adalah adalah sebahagian
dari taktik dan straterji untuk mengolah persetujuan orang ramai.
Kita semua sedar kerajaan hari ini adalah kerajaan haram yang
ditubuhkan melalui undi tipu dari Sabah. Bakal pengundi dan orang ramai tahu melalui penipuan United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah menang dan akan
menang lagi. Mereka menang bukan kerana sokongan rakyat. Mereka menang dalam PRU13
nanti bukan kerana rakyat yakin dengan kepimpinan mereka. United Malays
National Organisatiohn menang kerana undi tipu.
Justeru para Pemerhati dan Pemantau akan menjadi alat terbaik untuk ‘menghalalkan’ penipuan
ini.
Bayangkan, sebelum ini , setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil diadakan pelbagai badan NGO
tanah air telah meminta untuk memantau. Semuanya ditolak. Semuanya diperlekeh
oleh SPR. Tetapi kenapa kali ini – dalam
PRU13 - tetiba SPR
berbesar hati menerima Pemerhati. Ini bukan kerana ada undang disebalik batu. Ini kerana ada Mat Najib
tersorok dibelakang bontot Rosmah.
Kita diberitahu bahawa
ada Pemerhati dari Negara Asean. Kah kah kah... kita ketawa besar bila mendengar
nama ASEAN disebut. Membawa Pemerhati dari Asean ini samalah saperti membawa
Pemerhati dari Saudi Arabia. Semuanya hampeh. Mustahil Pemerhati dari
negara-negara Asean ini akan berani bekata
‘ada penipuan dalam pimilihan’. Mustahil Pemerhati ini berani
menyuarakan bantahan.
Pemerhati dari Negara Asean ini ini adalah tamu kepada SPR –
bermakna tamu kepada United Malays National Organisation. Yang datang menjadi Pemerhati ini pastilah
pegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan. Mustahil Tan Seri
Lee Lam Tye atau Datuk Vilapan atau Tun Ahmad Sarji akan berani berkata “
pemilu di Indonesia ini tipu...’
atau ‘ pilihan raya di Thailand ini tidak telus....’
Mustahil.
Malah para Pemerhati
ini sebagai tamu SPR akan bekerja keras
ke hulu ke hilir membuka mata – memerhati. Kerana mata letih memerhati maka
kaki mereka akan diurut siang dan malam oleh tukang urut dari Kazakhtan di
Bukit Bintang. Inilah seronoknya menjadi Pemerhati.
Sebelum Pemerhati Asean ini telah pernah Malaysia membawa Pemerhati Dari
Negara Commonwealth. Ini lagi lawak.
Mamat Mamat dari Afrika ini cukup
seronok datang bercuti dan bershopping di Kuala Lumpur. Laporan mereka lagi lawak: ‘ ... We witnessed a free and fair erection... oops
election in Malaysia...’. Ini
kenyataan Mister Wadunga Wadungi dari
Kenya.
Jelas disini Pemerhati dan Pemantau ini akan digunakan sebagai ‘ juru cakap’ baru. Ini kerana cakap SPR sendiri tidak lagi
dipercayai oleh orang ramai. Pada malam
sesudah pengiraan undi berjalan SPR akan membuat pengumuman. United Malays
National Organisation akan diistiharkan menang lagi. Seluruh
negara akan ketawa kah kah kah. Tidak ada sesiapa akan percaya.
Maka disinilah peranan Pemerhati dan Pemantau. Para Pemantau dan
Pemerhati akan muncul di kaca tv. Mereka akan sibuk ditemu bual oleh Media.
Pemantau dan Pemerhati akan membuat kenyataan bahwa bahawa TIDAK ada penipuan dalam PRU13.
Untuk menyedapkan cerita si Pemerhati ini juga akan mengatakan bahawa
ada beberapa ‘.... ada gangguan telah berlaku di Kampong Sana.... ada pengundi
yang hilang nama di Kampong Sini... tetapi keseluruhan PRU13 ini adalah adil ,
telus dan bersih...’
Untuk terus meng - aji no motokan kenyataan mereka Pemerhati
dan Pemantau ini akan membuat beberapa cadangan. Contohnya: Payung hendaklah
disediakan kerana kemungkinan hujan akan berlaku. Contohnya: Tandas wajib disedia berhampiran tempat
mengundi dan dan ....seribu satu macam
cadangan remeh lagi temeh untuk memastikan mereka dapat diurut sekali lagi oleh
China Doll.
Dua badan NGO Malaysia -
National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) dan Transparency
International telah menarik diri dari menjadi Pemerhati. NIEI telah menolak jemputan
SPR kerana badan ini tidak mahu dilihat bersekongkol dengan SPR untuk menipu rakyat Malaysia.
NIEI membocorkan kepada umum
bahawa sebagai Pemerhati dan Pemantau mereka
tidak dibenarkan membuat kenyataan kepada akhbar melainkan telah dipersetujui isi kandungan kenyataan itu oleh SPR. Para
Pemantau dan Pemerhati tidak dibenarkan mengambil gambar kalau ternampak ‘duit
beli undi’ sedang bertukar tangan. Gambar hanya boleh diambil sesudah
mendapat persetujuan SPR. Pemantau dan
Pemerhati tidak boleh bercakap dengan orang awam. Laporan akhir
akan diberikan kepada SPR bukan kepada Rakyat Malaysia atau media.
Pemerhati dan Pemanatu ini akan
dipaksa menanda tangani Aku Janji untuk
patuh kepada SPR. Untuk menjadikan lawak
bodoh ini lawak seram – para Pemantau ini akan pula di pantau pula oleh SPR.
Kah kah kah.
Apa yang saya tulis ini bukan
fitnah. Ini adalah sebahagian dari syarat yang telah dikenakan oleh kepada
Pemerhati dan Pemantau. Justeru kerana inilah saya amat yakin bahawa Pemerhati dan Pemantau ini adalah
alat untuk menghalal keputusan PRU13
yang akan dimenangi oleh United malays National Organisation dengan jalan
menipu.
Sila tersenyuam apabila saya
nyatakan bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Federation of Chinese
Association of Sabah ( FCAS) adalah diantara 16 badan yang akan menjadi
Pemerhati dalam PRU13 ini. Meminta MBM
mengeluarkan kenyataan tentang penipuan undi Pendatang Haram di Sabah samalah saperti meminta Mokhzani Mahathir
mengeluarkan kenyataan bahawa meniaga
arak itu haram untuk Orang Islam. FCAS
ini pula kalau di Semenanjung ianya samalah saperti MCA. Justeru mustahil MCA sebagai Pemantau akan mengakui bahawa ada penipuan
berlaku dalam pilihan raya.
Dua
minggu
saya bertugas sebagai Pemerhati di
Bangladesh. Kehadiran saya sebagai Pemerhati dan Pemantau tidak membawa apa-apa
perubahan struktur kepada sistem ekonomi Bangladesh yang semakin parah. Malah
saya bersubahat untuk memberikan
ilusi kepada warga miskin Bangladesh
bahawa dengan mengundi maka perubahan akan berlaku.
Hanya
satu bezannya Pemerhati di Bangladesh dan di Malaysia. Di Bangladesh saya tidak menanda tangani
apa-apa AKU JANJI. Jika saya menanda tangani Aku Janji maka tidak mungkin
tulisan ini akan lahir. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
-----------
Bodohlah lu sham,kalau ada penipuan tunjukkan bukti dan bawalah ke tengah.Setakat lu cerita macam tong kosong,pariah jual botol pun boleh.
BalasPadamKes pengundi hantu pun lu tak boleh bagi bukti,tahan bas sana,tahan bas sini macam bangang tapi akhirnya malu sendiri.
Apa kata PRU13 ni lu kerja kuat sikit cari bukti.Zaman sekarang bukan semua orang bodoh macam lu,semua maklumat dihujung jari.Teknologi berada dimana2,taik sebesar gajah tak boleh ditutup dengan kertas surat khabar suara keldaian la dey.Kalau betul ada bukti penipuan baru orang boleh percaya.
Wei sham coward...RCI sabah bercakap dah lama lah...kata it punya budak..hujung jari....apa .....tara baca kah........oh ya...itu bukan bukti kan....itu capati...aleh...mcm puok ko selalu cakap...dicapati....isham....tolong tambat seekor ni...terlepas condo ni.......taik berjurit........
PadamDey....itu ic ada kasi itu sana sabah punya..itu madey kasi tatak kila bukti ka.eyooo.
Padambangang bangang bangang binatang yg pakai
BalasPadamsham x-pelarian(coward) berkata...
woitt respeklah
tabik spring kat Pak TT pernah masuk ISA, masuk penjara kat India, Rusia, Australia dll sbb berjuang utk rakyat tertindas di dunia. Pak TT pernah ke Lebanon utk perjuangan Palestin, bukan dtg melawat sehari dua ja.
Pak TT berani bukan mcm Najibah menteri wanita
kahkhkahkah pencacai sudah takut
sudah kecuttt
pencacai, kau sembahlah mahafiraun tu, bersyahadahlah UMNO ITU PARTI PILIHAN ALLAH MEMERINTAH MALAYSIA DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA
setakat jadi pemerhati pilihanraya asia je...lain le kalau naib presiden konglomerat a/bngsa... maap cakap no!!!sikit pun tak leh nak respect kat tt...tau pun dia ni manusia pelarian n tetap berjiwa pelarian berjiwa panas dlm perjuangan... org lari bukan tenteram (penat n hilang akal)... byk idealogy yg masuk kepala... last2 jadi sewel...Tak tau nak beza yg baik n buruk (perjuangan le kata kan) dari tahanan isa.. jadi pelarian seantario benua ( semua kuda dia tunggang - dari india ke eropah n yg special tu tok arab lebanon yg mata biru)...last2 blk dok bawah ketiak DSAI...last2 tikam kawan dlm PR
BalasPadamPALUI LA LU SHAM EX PEROGOL.
BalasPadamINI URANG SABAH MAU CAKAP. MEMANG KAMU ORG MALAYA SPESIS UMNO ADA GELARAN TERSENDIRI DI KALANGAN KAMI. TIDAK SUSAH WOH MAU SEBUT...KAMI PANGGIL MELAYA PUKIMAK SAJA.
KAU BILANG TIADA BUKTI? HABIS KAU PUNYA BAPAK AYAM UMUR 200 TAHUN NAMA MAHATHIR TU APA YG DIA MENGAKU????
KAH KAH KAH KALAU DI MELAYA, PANGGIL "NYANYUK", KALAU DI AMERIKA PANGGIL SENILE....KALAU KAMI PANGGIL ORANG TUA LALI NDAK PANDAI MATAI...KAKAKAKAKAKAK MATAIIII!!!!
KAU PUNYA GOD FATHER OF HELL MAHATHIR LAH PUNCA SEGALA MASAALAH DI NEGERI KAMI. JAHANAMMMMMM...BERAMBUS KAMU KELUAR, NAIK KEPALA...BLOODY AUTHORITARIAN!! INI NEGARA DEMOKRASI LA MULAUUUU, KALAU MENGUNDI SELAIN UMNO DI ANGGAP DERHAKA, BAGUS INI NEGARA JADI MCM BRUNEI, SISTEM MONARKI. KAU LANTIK LA ORG TUA UMUR 200 TAHUN TU JADI SULTAN...DAUPALATTTT MAHADEATH!!
SIA TATAP UNDI PR, PIGI MAMPUS LA KAMU MELAYA DI SANA, FIXED DEPOSIT FORESKIN DATUK KAU!
melayu...melayu....melayu...
BalasPadamjiwa hamba...betul...hamba pd tuhan jer..bukan pd manusia atau bayangan Allah...
syahadah pencacai:
1.aku naik saksi bahawa tiada tuan yg disembah melainkan tuanku, bayangan Allah di muka bumi.
2.aku naik saksi bahawa yg maha mulia tak ada dosa salah Tun Dr. Mahathir Mohamed a/l Iskandar Kutty adalah khalifah Allah
3.aku naik saksi bahawa hanya UMNO parti pilihan Allah memerintah MALAYSIA DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA.