Jumaat, 29 Mac 2013

AKAN SAMAN DALAM MASA 7 HARI - KINI SUDAH 7 MINGGU





KOMENTAR TUKAR TIUB
setiausaha agong
united malays national oprganisation
berkata bahawa tian chua akan disaman 
dalam masa 7 hari

kini telah 7 minggu
kenapa saman tak sampai

NOTA
tahu takut
tok ezi
kah kah kah
kah kah
kah


WARGA FELDA MENUNNGU 
NAK LIHAT BILA  TENGKU FRAU
KAN SAMAN TIAN CHUA

 Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak


Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2. 

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri. Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia




-------------

3 ulasan:

  1. diorang sumer dah tak pandai mengira. tu la pasal 7 hari, 7 minggu, 7 tahun pun tak reti nak bezakan.

    tu la pasal jugak tak bubar2. dan dah terbubar pun tak payah taruk date ngundi lagi. 60 hari, 90 hari ke berapa pun, dah pasti lagi la tak reti kire kalau 7 hari pun gagal...

    BalasPadam
  2. K L, March 29 — A motorist was killed and another seriously injured when their cars were damaged in a mishap involving a support column for the railtrack of the LRT extension project along the Subang airport road.
    The Malaysian Insider has confirmed the incident with the Kelana Jaya Police Station but was told that the authorities are still compiling details of what transpired during peak rush hour at 7.30pm.
    The source added two cars were badly damaged by the falling column. Traffic has been diverted from the area.
    Subang Jaya Fire and Rescue Department operations commandant Hazinan Md Yusof was quoted as saying by The Star Online that they received the distress call at 7.40pm and rushed to the scene to find that one person in a Nissan vehicle, identified as A. Vijaya Sigam. The 34-year-old had already died from the force of the impact, which crushed the roof of his vehicle.
    "Another person in a Hyundai Sonata suffered serious injuries but survived the impact. We managed to extract him safely around 8.20pm before rushing him to hospital.
    "The body of Vijaya was extracted 10 minutes later and sent to the Universiti Malaya Medical Centre for a post-mortem".
    Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said investigations were ongoing into how the construction equipment had fallen. He said no one had yet been detained over the incident.
    LRT operator Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) said it regretted the incident at KM15 of Jalan Lapangan Terbang Subang.
    "We have stopped all works involving the particular contractor on this section of the LRT Line Extension Project (LEP) and are working with the authorities to facilitate investigations of the incident.
    "Safety has always been our priority," Prasarana group director for project development Zulkifli Mohd Yusoff said in a statement.

    ayat serupa gak dicanang utk mengolah persetujuan pakcik makcik bila Kera U-BN nak bina loji nuklear /kilang nadir Lynas!

    BalasPadam
  3. bhai, itu samm sudah terang2 kritik pimpinan pkr negeri, maknanya memang ada something wrong somewhere dalam pkr negeri itu sendiri.

    disaat samm bertungkus lumus menyebarkn propangandhi dan menghasut,tanpa sumber dana tetap, ke mana pergi amk itu?

    Adakah kepimpinan pkr negeri takut dengan bayang2 sendiri?takut dengan aura che gu bard dan samm yang lebih rajin bekerja tanpa memikirkan pulangan kerusi dan kedudukan?
    kalau Tian Chua sendiri boleh diboikot,kemana arah tuju politik ini? bukankah ini tiada beza dengan ubn yang membawa budaya cantas dan tikam belakang?kita rakyat menyatakan sokongan demi perubahan, tapi mereka di dalam masih mengamalkan budya ubn?kalau ditakdirkan pkr negeri mengambil alih pemerintahan selepas pru13, tidak kah corak pimpinan itu tiada beza nya dengan yang ada sekarang?

    pada pkr negeri,cermin la diri anda sendiri sebelum anda menilai orang lain.

    pak TT, mereka ini lah contoh terbaik ular yang keluar dari lubang...

    Salut gua untuk chegu bard n the geng.hasta la victoria, siempre.

    BalasPadam