Rabu, 27 Mac 2013

BACA INI UNTUK TAHU PENIPUAN SPR










BARUA DAN JENTERA DAULAH

Saya wajib menerangkan   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut Parlimen SPR ialah satu lembaga  bebas dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku.  SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya  bertugas untuk  menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis  kita hari ini telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. 

Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman -  mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas  berasaskan  Perlembagaan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah  untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman  juga telah menjadi barua kepada United Malaya National Organisation.

Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang.  Barua lebih  rendah tahapnya dari   seorang perkerja yang membuat kerja  untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh  barua ialah kebijaksaan Sang Barua  membodek.

Saya  wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah.  Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami dengan jelas apa itu barua.  Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.

Daulah ialah perkataan  Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah ‘state’   atau negara. Negara  yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia tetapi  struktur, simbol dan lembaga-lembaga yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.

Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera  adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah.  Lembaga dan jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera ini Malaysia tidak akan wujud.

Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang ramai – kepentingan  awam  - didahulukan dari kepentingan individu. State atau daulah wajib  menjalankan  dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan  individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah  yang tidak berganjak sama ada di Timur, di Barat,  Utara atau Selatan.

Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya  menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan  oleh individu-individu. Individu yang mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan  orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.

Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah dan jentera  daulah ini dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan.  Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty  teknik untuk melahirkan barua ini telah menjadi satu seni.

Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah.  Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia.  Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok yang bermasalah.  Sosok yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua ini.

Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman  sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan   sejarah lembaga kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa. Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru,  muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul  V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirklan watak paling baru  bernama Tan Sri  Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.

Adalah  rahsia umum bahawa  ada diantara hakim-hakim ini ‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay  Ayam, oleh Towkay lendir,  oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah. Perangai suka ‘ berdangdut’  ini telah menjalar dari mahkamah rendah hingga  ke mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah. Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.

Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’.  Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana  semakin dekat PRU13 – semakin jelas  dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan   ketahap gaban. Laporan kepada pihak polis tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays National Organisation telah tidak  dipedulikan. Serangan demi  serangan  menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah dibakul sampahkan.

Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua,  meyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap  Mat Sabu atau Ci Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah barua United Malays National Organisation.

Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana  mahkamah telah dijadikan barua.  Saya bukan bercakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah mengatakan bahawa mereka  membuat kerja bunuh kerana makan upah.

Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda  dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7 Pelajar Berdemo dan Kes  4 Siswa UKM –  bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja  barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti yang langsing dan ramping.

Akhirnya kita sampai ke pada SPR.  Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang dalam PRU13.  Sebagai bukti - semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara  mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar,  Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk.  Bila dilaporkan -  SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.

Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi  telah kehilangan nama mereka dalam daftar mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Kes kehilangan nama pengundi dan  pengundi yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.   Mahkamah telah  menolak permohonan YB Charles Santiago  untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti  yang jelas. Justeru , daftar ‘penuh penipuan’ ini akan  digunakan dalam PRU13.

Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya  telah dan sedang   dijadikan barua oleh United Malays National Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang berkerjasama.   Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah  dalam PRU13 ini.

Lembaga-lembaga daulah ini sedang  menjadi benteng dan tembok untuk mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok-sosok yang mengendalikan SPR  – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi  Pakatan Rakyat.  Ketua Hakim Negara  dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasa telah lama sampai.  Malah Pegawai Polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.

Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar  apa akan terjadi kepada  mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh  Hitam dan Musa Hasan.

Tetapi masih ada satu kumpulan kecil  yang masih  berdegil.  Sang Barua ini  cuba mengviagrakan  United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari  Lebai Google  satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)


ANAK MUDA
BERSEDIA!
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini  sila pukul talipon:
03-92-21-40-45 


GAMBAR KLASIK

30 APRIL 1975

BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA 
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA


-----------

12 ulasan:

  1. 1.dah rasa Pr akan kalah teruk pada pru 13 kecuali kawasan majoriti cina!
    2.sibuk cari kambing hitam untuk cari alasan kekalahan!!
    3.macam team bola rajagopal !!kalah jee cari belbagai alasan!!dah memang lemah !!tak payah cari alasan la oii!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barua umno..

      Padam
    2. Klau dah rsa kuat sangat... suruh la piem takubin ko tu bubar parlimen cai. Itu pun x blh pikir ke. Bangang tul la ko. Sian ko. KAH KAH KAH KAH KAH KAH......

      Padam
  2. memang sah muka-muka barua lahanat ! ABU saja penyelamat negara !

    BalasPadam
  3. Hasil tulisan pakar teori evolusi Darwinas

    BalasPadam
  4. Begitu hebatt penipuan amno, masih takoot nak bubar parlimen???
    Takat barua amno upah 2hengget buat kacau kat blog nih bagi kat penyokong pakatan ajer la. Kita ajak minum dulu.

    BalasPadam
  5. Penyokong umno adalah makhluk paling bodoh dalam dunia

    BalasPadam
  6. kalau ditakdirkan ubn kalah pru 13, mamat2 anon 12:49 ptg dan 1:03 ptg bakal dilihat cuba menaiki helikopter di pejabat perdana menteri sama seperti dalam gambar di saigon itu..

    BalasPadam
  7. betul.semalam barua barua digunakan untuk menyekat kehadiran treler PAS di Kamunting.siap buat sekatan di semua jalan ke Kamunting.sampai ke treler pun umporno takut.

    BalasPadam
  8. di vietnam mao dan marx boleh salute tapi di sini....manai, longlai, bongsai kah kah kah

    madey still king!!!

    TT, u belong to wrong place, wrong race.

    Bongsai already doomed the moment ameno was resurrected.

    Simplylooked at those who grab for the BR1M, pathetic of the 1st degree.

    U need no smart leaders to lead them but corrupt paria kah kah kah

    BalasPadam
  9. Bodoh betul kan mamat 1:03 dan 12:49 ptg..dh tau barua umno p laa komen dkt blog barua umno mcm hampa jgk..apa yg selenge sngt?kah kah kah..

    BalasPadam
  10. Перевозка грузов из Китая в Россию по выгодным ценам. Направьте свою заявку на расчёт стоимости перевозки на нашу электронную почту.

    BalasPadam