Khamis, 21 Mac 2013

KANG KONG PENCEN SAMA MACAM AYAM PENCEN


PERKATAAN
PALING DI TAKUTI 
OLEH ISTERI ROSMAH
 KOMENTAR TUKAR TIUB
united malays cukup terdesak
terpaksa pakai berok pencen
terpaksa pakai kang kong pencen

macam macam pencen 
kena buat sokongan

tak ada ke profesor
yang tak pencen
yang tak kang kong
yang belum bersara

yang bijak bistari
yang bukan kaki bodek
yang bukunya bertaraf antarabangsa
yang tulisannya menjadi rujukan

yang bukan nordin kardi
yang bukan shamsul amri
yang bukan bukan dari ukm
yang bukan dari um

Tukar kerajaan bukan tindakan bijak - Penganalisis

KUALA LUMPUR 21 Mac - Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.
Penganalisis politik, Zainal Abidin Borhan berkata pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Menurutnya, dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

"Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan," katanya.

Zainal Abidin, bekas profesor madya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Wan Mahmood Pawanteh berkata apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

"Sebagai bekas pesara kerajaan, saya selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti," katanya.membantu rakyat belum tentu diteruskan," katanya. - TIEWNAMA

ULAR SUDAH KELUAR DARU LUBANG
DARI LUBANG MANA?



--------

12 ulasan:

  1. Profesor-profesor kad Malaysia ni bukan semua boleh pakai.Ada yang bagus tapi ramai yang kangkong.Wan Mahmod tu Presiden Persatuan Kakitangan Pencen.Tak ada satu habuk pun dia buat untuk orang pencen.Kerja dia asyik mengampu kerajaan aje.

    BalasPadam
  2. salam bro tt..

    rancang la kempen internet bubar parlimen dengan bloger2 lain & sume web news.

    buat macam kempen tahun lepas " malaysia internet blackout day".

    BalasPadam
  3. Kang kong pencen ini jenis spesis yang tinggal di zon selesa. Spesis di kawasan zon selesa ialah spesis yang tidak mampu untuk maju ke depan, takut menghadapi cabaran dan dan lebih selesa berpuas hati dengan apa yang ada sementara menunggu saat kematian.

    Di Jepun, spesis jenis ini amat sikit bilangannya dan kebanyakannya akan mati dengan cara membunuh diri. Di Uganda, spesis jenis ini amat tinggi peratusannya dan kebanyakannya masih bercawat kerana takut menerima perubahan atau sebarang bentuk anjakan paradigma.

    Spesis kang kong di zon selesa ini banyak diternak di Malaysia oleh pemimpin umenobn yang tujuannya menakut-nakutkan rakyat untuk menerima perubahan anjakan paradigma selaras dengan pembangunan global. Tujuan lain spesis kang kong di zon selesa ini diternakbiakkan adalah untuk melahirkan masyarakat yang bertulang lembik, berlidah kontot dan bermindakan ketakutan hingga mudah dicucuk hidung.

    Jika kita bertemu spesis seperti ini, tidak banyak yang kita mampu buat. Memadailah jika kita mengkahakkannya sahaja.

    BalasPadam
  4. Wahai profesor madya yang bodoh....
    Tatkala kamu tidak mahu menukar kepada yang baru, tolong bagitahu isteri rosmah jangan laungkan TRANSFORMASI.

    Wahai profesor madya yang bahalol....
    Tatkala kamu masih ingin memegang "benda" yang lama, cadangkan sahaja negara ini perlu kekal negara mundur dan miskin, tak usah ubah kepada maju.

    Kerana adanya profesor bebal sebeginilah negara ini memiliki stadium runtuh, flyover runtuh, jambatan runtuh dan astaka runtuh. Kenapa? Kerana tidak berani memperlajari, menguji dan membina tamadun sendiri.

    Sampai ke hari ni teknikal malaysia takda standard sendiri. Mesti guna dari british, us, german, jepun. Kenapa? Sebab di universiti ada profesor bangang bertingkat macam ni la.

    BalasPadam
  5. Buletin 12mlm tv3 td, muhyudin sampaikan hadiah kpd penuntut2 yg cemerlang spm, tapi yg aku terkejut ada eee penang berdiri sebelah tpm, sapa lagi kalu bukan si reezal. Bodek nak kerusi kot!

    BalasPadam
  6. Mengumumkan pembubaran parlimen sama seperti mengumumkan pembubaran umno/bn.

    Tu sebab dia buat-buat lupa pru13. Kahkahkah

    BalasPadam
  7. yang dah tua-tua, yang dah berpencen tolong duduk diam-diam. korang nak undi 'barang lama' itu hal korang.

    kami anak-anak muda, dah tak nak dgn 'barang lama'.. kami nak 'barang baru'

    tak payah susah-susah nak nasihat,
    kami tetap undi PR!! khalas.

    kalau nak kami hormat korang, tolong hormat hak demokratik kami.

    BalasPadam
  8. Kangkong kalau goreng dengan ikan masin...fuhhhhhh....cedapppp.....rabit suka kangkong sebab ia mudah dihidangkan dan dicernakan....nama rabit tu ialah najib......hahahahahahaa....lepas rabit tur makan....kangkong tu pun jadi taik......taik rabit tu pulak sebiji sebiji macam taik kambing....yang suker menipu pulak...diambilnya taik tu ...dikeringkan...dibungkus dan dijual 1.50 sen sebagai makjun kuat....hahhahahahaaa...kangkong kangkong...dari hidup sampai kemati takder faedah.....hahahahaa.....

    BalasPadam
  9. ayam pencen kalau tak berfungsi biak jual kat bangla hang ni hidup zaman bila tak usah kan amerika yang maju boleh tukar pemerintah thailand yang negara ketiga pun tukar malah ekonomi dia lebih bagui dari malaysia yang bergantung yang bergatung pada takuk lama iaitu sumber asli sumber boleh deplete oii tak akan sustain malah bhat tahi lbh kukuh dari ringgit malaysia dari hang bagi 500 baik hang jgn tebang balak tu kot ramai lagi pelacung asing masuk tgk hutan virgin malaysia

    BalasPadam
  10. Itu profesor kangkong tu hanya profesor Madya, profesor level ni boleh di beli, Universiti kat sebelah utara ni kalau dulu main golf sama VVIP dah boleh dpt Profesor Madya...Tak perlu buat kajian banyak.

    BalasPadam
  11. bodoh la org amerika nun..selalu tukar kerajaan..patut la negara mereka mundur dan miskin

    BalasPadam
  12. ada sorg bos aku pun ckp suh sorg kawan dia main golf.

    kawan dia tu tak bos setinggi dia.

    baru aku tau apa gunanya golf neh.

    aku ni lembab sket bab2 ni

    BalasPadam