Jumaat, 8 Mac 2013

KENYATAAN PENUH AYAH SAIFUL BUKHARI



BILA KAPAL NAK TENGGELAM
BANYAK TIKUS LARI
MENINGGALKAN KAPAL
BANYAK TIKUS AMBIL INSURAN 

Kenyataan penuh 

bapa Saiful Bukhari

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Setapak-20130308-010071. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB  Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap  Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

ZAMRI IDRUS?


6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap  Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada  Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.


8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

KHAIRIL ANNAS



9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)


----------

10 ulasan:

  1. Ni mesti kes tak MASYUKKK! Lancau laa. Dah bersekongkol buat sumpah laknat dah mintak ampun ke belum?

    Tuan punya diri yg kena liwat apa cerita?

    BalasPadam
  2. Apah yeney money heh.....son already took heh....what a shame......son already spend a money heh...apah got yelek...apah good men. otherwisek....son is want to be tanggang heh.....what to do...55 year erkh....sistem teaching heh.......money come first....respect coming leter leter.....uncle tt heh...chek kerk apah reasson heh...no banana grow twicerk.....son alredy married divorce..maried divorce serk...who know..you know..i dont know...but be very carefulierk...this like sembilung...the weapon of the sea people...once you hitedd...you yale..you cry..you yale again and dieerkkkk.....

    BalasPadam
  3. Bapak Saiful dah buat kenyataan dan minta maaf kepada DSAI.Adakah Hadi Awang,Stopa Ali dan Harun Din tetap maukan Ku Li jadi PM?

    BalasPadam
  4. http://amnomore.blogspot.com/2008/07/mohd-saiful-bukan-gay-malaysiakini.html

    ada muka zamri idrus tu bro

    BalasPadam
  5. TT, aku percaya lepas ni mesti ada puak PR usung bapak saiful ke hulu ke hilir untuk berkempen.

    puak PR ni kadangkadang mmg bangang banyak.

    saiful dah nafikan kenyataan bapak dia. kita tak payah laa nak kecoh lebihlebih. biar dia anak beranak bergasak. fokus kita pada PRU!

    lagipun kita pegang pada keputusan mahkamah, anwar tak bersalah! period! bab rayuan tu cerita lain.

    ini semua kes tak masyukkkk.

    BalasPadam
  6. nmpk mcm bodek nuar le plk...pakcik oiii...

    BalasPadam
  7. setuju dgn tanpanama 11:29ptg

    depa (deepa, bala, bapak anak bawak bala tak mandi 3 hari, dll) biarlah depa sanasini sendiri bagi settle isu depa, atau guilty conscience depa, sbb depa sendiri yg cari pasal mula2 tu, bukan anwar ke pakatan ke yg suruh depa bikin drama.
    tolong sikit2 boleh la, supaya depa tak lah terkonteng2 sorang2. macam johari abdul tu tolong iring ke, latheefa koya tolong defend ke, etc.
    tapi pastikan jangan ketengahkan depa sebagai main item pkr dan pakatan, samada dlm roadtour ceramah2, dlm dialog/debat, dsbnya.

    ingatlah, orgramai cuma rasa loya je dgn isu2 depa ni, liwat la, altantuya la. isu2 yg lebih ingin didengar dan diberi perhatian serius oleh orgramai adalah isu2 ekonomi negara, ekonomi rakyat, peluang kerjaya, peluang pendapatan, peluang niaga, peluang rekacipta, pemasaran dan harga komoditi, peluang pembelajaran dari peringkat rendah hingga tinggi, khidmat dan bayaran kesihatan, kemudahan pada golongan pesara/ oku/ ibutunggal/ miskin/ menengah, keselamatan awam, keselamatan negara, khidmat pengangkutan dan hubungan/toleransi antara pelbagai sektor penduduk.
    jika pr mampu meyakinkan orgramai tentang isu2 ini, dah tentu u-bn dihumban jauh dalam longkang kehinaan

    BalasPadam
  8. Macam ni punya u turn pun korang percaya ke?

    BalasPadam
  9. kan aku dah kata. bala balik membawa bala....

    BalasPadam
  10. saya juga sokong tanpa nama 9 mac 2013 2:38 pg. noted.

    BalasPadam