Rabu, 6 Mac 2013

LAHAD DATU PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN



INI MAKNA LAHAD DATU
  LAHAD DATU 
RANCANGAN UNTUK 
MENGOLAH PERSETUJUAN


SANDIWARA  AL - LAHAD DATU

Untuk sementara waktu saya meminta  para pembaca jangan ketawa apabila  terbaca berita bahawa Lokman Adam sebenarnya  ialah penasehat Sultan Sulu. Pemimpin Tertinggi  Pemuda United Malays National Organisation ini memang sosok yang hebat.  Malah si Lokman Adam ini telah dianugerahkan oleh Sultan Sulu satu derajah kebesaran.  Derajah yang bernama  Datuk Seri Panglima ini pada hemat saya lebih tinggi derajatnya dari  Kampong Datuk Panglima Garang di  Jalan Kebun.

Saya juga meminta para pembaca untuk melupakan seketika  berita tentang Datu  Akjan Ali Muhammad yang hendak dibuang keahlian dalam  parti  United Malays National Organisation. Atau gambar Najib Razak  bersama Sultan Sulu yang menjadi tamu Najib. Sultan Sulu tekah dijemput hadir ke  Perhimpunan  Agong United Malays National Organisation tahun lalu.

Saya juga meminta para pembaca agar jangan marah  atau naik berang dengan  kenyataan terbaru  dari Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Anak Lelaki Iskandar Kutty ini baru sahaja membuat seruan kepada Najib Razak agar ‘penceroboh’ di Lahad Datu diberikan ‘tendangan  lebih keras’ untuk menghalau mereka keluar. Wal hal yang memberikan kad pengenalan segera kepada  ‘peceroboh’ ini  adalah Mahathir sendiri.

Apa yang saya ingin lakar kali ini ialah pelbagai SANDIWARA telah dipentaskan dalam negara kita. Kes-kes yang akan saya lakarkan disini semuanya melibatkan siasatan oleh pihak berkuasa. Kes–kes ini tidak ada babak penamat – goncang-goncang tapi tak pancut. Maka saya masukan kes-kes ini  ke dalam jilid : Sandiwara Akan Disambung  Hari ini  terbukti sandiwara-sandiwara yang  telah dipentaskan  bertujuan untuk mengolah persetujuan dan merancang ajenda politik pada ketika ianya dipentaskan.

 
Sebelum saya pergi jauh biar saya terangkan apakah maknanya sandiwara dalam konteks politik. Minggu lalu saya telah menulis tentang memasang bendera salah atau ‘false flag’. Ini taktik  yang dilakukan oleh lanun. Mereka melanun  dan merompak tetapi  kapal mereka memakai bendera orang lain.  Yang lain buat kerja jahat yang lain akan dituduh.

Saya gunakan SANDIWARA  agar semua Mak Cik dan Pak Cik Felda akan faham. Tak perlu guna bahasa pelik-pelik. Jika saya tulis  - sandiwara - maka semua orang  tahu bahawa sandiwara ini dilakunkan. Dalam sandiwara penulis skrip dan ada pengarah lakonan. Sandiwara bukan betul-betul berlaku. Tujuan asal sandiwara untuk menghibur.  

Tetapi dalam  istilah politik moden Malaysia – sandiwara dipentaskan -   bukan untuk menghibur tetapi untuk mengolah persetujuan orang ramai. Sandiwara dipentaskan agar satu ajenda politik dapat dilahirkan diakhir pementasan. 

Contoh jelas pada tahun 2003 Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan. Ini sandiwara. Tujuan Mahathir   menangis ialah untuk meraih simpati dari Bani Melayu.  Jangan kita lupa Mahathir  ini sering menangis.  Mahathir sering buat muka sepuluh sen. Semua ini sandiwara untuk menipu Bani Melayu agar Mahathir dapat terus merompak harta kekayaan negara ini.

 
Untuk mamahami makna mengolah persetujuan, saya membawa pembaca ke awal tahun lalu.  Apa  yang berlaku pada  9 Januari  2012 dahulu?  Pada hari tersebut tiga butir bom telah meletup di hadapan mahkamah Jalan Duta.  Bom  jangka ini meletup satu persatu sebaik sahaja  mahkamah membuat keputusan kes liwat Saiful. Suasana di hadapan pekarangan mahkamah dimana ada 15,000 orang berkumpul menjadi gempar. Ledakan bom ini memusnahkan kereta YB Elizebeth Wong dan beberapa buah kereta yang lain.

Apa sebenarnya makna ledakan bom ini? Bom jangka ini dipasang oleh ajen-ajen upahan United Malays National Organisation. Mungkin kerja polis. Mungkin kerja  Special Branch. Mustahil ini kerja Angkatan Muda Keadilan.  

Tujuan bom ini diledakan jelas untuk menyediakan  peluang kepada Utusan, Berita Harian, TV3 dan dan dan...  memburukkan penyokong Pakatan Rakyat  yang berkumpul dihadapan mahkamah. Ajen-ajen dan burua-barua upahan ini menjangkakan  Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Bila Anwar  didapati bersalah maka penyokong Anwar akan meledakan bom sebagai bantahan.

Sayang sekali sandiwara ini gagal kerana Anwar didapati  TIDAK bersalah. Tetapi bom jangka  yang telah dipasang waktunya. Maka ledakan berlaku. Maka  rancangan ‘pasang bendera salah ‘ ini menjadi lawak. Mustahil penyokong Anwar akan meledakan bom kerana Anwar telah dibebaskan. Adalah kerja bodoh untuk membuat kacau apabila  telah dalam tangan. Sandiwara mengolah pesetujuan ini gagal meleset.

 
Kes ledakan 3 butir bom  menjadi  sandiwara klasik. Pihak polis membuat kenyatan bahawa kes ledakan ini akan disiasat dengan rapi. Pooorah. Sampai hari  satu hampeh pun tak ada laporan atau tangkapan. Mustahil  Mamat Lanun akan membuat siasatan keatas  Mamat Perompak. Mustahil Rahim Tambi Chik akan berani menuduh Rais Yatim sebagai perogol.

Satelah memahami apa itu sandiwara dan apa makna mengolah persetujuan maka saya hendak membuka surah tentang apa yang sedang  berlaku di Lahad Datu.  Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lahad Datu ini adalah sandiwara yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation. Sandiwara  ini  saya nama Sandiwara Al-Lahad Datu. Ini untuk mengingati sandiwara Al-Maunah yang dipentaskan pada tahun 2001.

Satu Malaysia menjadi Hairan bin Pelik apabila hanya  polis yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa  polis yang dipanggil dan bukan soldadu dan tentera? Kenapa si Penulis Skrip ini memerlukan  polis dan tidak askar?  Pada hemat rambang saya mungkin kerana hanya polis yang memiliki pengalaman dalam hal rasuah merasuah.  Pihak tentera tidak tahu menahu hal rasuah. Manalah tahu,  mungkin ‘orang dalam’   gerila Sulu ini boleh dirasuah. Jika ini berjaya dilakukan  maka akan selesai dengan aman. Atau kerana semua  ini perancangan dari 'mata-mata' suruhan. Atau Najib lebih percaya pada Lidah Pendek dari Mat Jawa?

 
Hari ini apa yang jelas ialah tujuan sandiwara ini dipentaskan. Latar sandiwara ini ialah PRU13.  Seluruh negara tahu bahawa sokongan warga Sabah terhadap United Malays National Organisation telah pupus.  Rakyat Sabah telah mengeluarkan slogan – ini kali lah. Kerajaan Barisan Nasional hari ini hanya menang dengan undi tipu dari Sabah. Jika undi Sabah lari maka kerajaan haram United Malays National Organisation akan  runtuh.

Justeru sandiwara ini dipentaskan untuk membuat onar dan kacau di Sabah. Tujuan akhir sandiwara ini ialah untuk menggantung pilihan  raya di Sabah.  Lihat  apa yang sedang berlaku. Suruhanjaya  Siasatan Di Raja tentang kes kad pengenalan palsu telah ditangguhkan kerana apa yang berlaku di Lahad Datu. Wal hal Suruhanjaya Siasatan Di Raja ini  didengar di Kota Kinabalu  yang  beratus-ratus batu jauhnya dari Lahad Datu. Tetapi sandiwara ini telah berjaya  mengolah persetujuan orang orang ramai  agar Siasatan Di Raja ini di tangguhkan. Orang ramai telah menjadi  bebal sehinggakan TIDAK bertanya  berapa  jauh Lahad Datu dari Kota Kinabalu?

Saban malam dikaca Tv Najib Razak telah bersilat lidah dan menelan sebotol Viagra untuk menegakkan sandiwara Al-Lahad Datu yang semakin lembik. Mengikut lojik Najib,  mustahil apa yang berlaku di Lahad Datu ini kerja orang dalaman kerana wujudnya  kematian.  Ada polis telah terkorban. Dari lojik Najib kalau ada yang terkorban maka ini menandakan  bukan sandiwara.

Kah kah kah. Biar saya terangkan disini. Dari tahun 2003  hingga ke 2007  pihak Polis DiRaja Malaysia telah merakamkan 1535 kematian. Kematian ini berlaku dalam rumah pasong, dalam lokap, dalam pusat serenti dan dalam kem tahanan  imigrisen. Ada Najib peduli dengan jumlah kematian ini? Kenapa dengan tetiba Najib tersedu sedan dan meraung menangis tergolek terguling apabila mendengar ada kematian di Lahad Datu. Kah kah kah.

 
Saya tidak mempertikai kematian itu. Untuk mereka yang gugur dan terkorban  kita hulurkan Al-Fatihah. Tetapi  saya tidak  sanggup menahan kentut apabila melihat Najib menangis sedih mendengar kematian di Lahad Datu.  Najib mahu orang ramai percaya  yang berlaku di Lahad Datu ialah benar dan bukan sandiwara. Najib menangis untuk mengolah persetujuan.  Lalu saya bertanya adakah Najib meraung menangis apabila diberitahu yang kekasihnya Altantuya yang sedang mengandung 3 bulan telah dibunuh dalam hutan di Puncak Alam? Hanya Rosmah seorang yang dapat menjawab soalan saya ini.

Para pembaca wajib sedar bahawa gulungan kaya , kaum pemodal, elit politik dan kaum pemerentah tidak ambil peduli  siapa yang mati dan siapa yang selamat. Dalam mementaskan sandiwara untuk tujuan politik  ‘kematian’  hanyalah angka statistik.

Sila tanya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty kenapa dia percaya ledakan WTC  9/11 adalah kerja CIA dan Orang Dalam. Ledakan WTC  itu bertujuan untuk mengolah persetujuan warga Amerika agar bersetuju untuk menyerang Afghanistan  dan Iraq. Tujuan akhir sandiwara 9/11 dipentaskan ialah  untuk menaklok semua telaga minyak di Timur  Tengah.

 
Lebih dari 3,000 warga Amerika terkorban pada pagi 9/11 itu. Kemudian hampir  1 juta warga Iraq mati akibat serangan tentera Amerika.  Bush, Clinton, Dick Chenny dan  dan dan tidak pula menitiskan air mata kerbau. Malah mereka tersenyum  melihat kejayaan sandiwara yang mereka pentaskan. Telaga minyak menjadi milik syarikat Amerika. Negara Arab tunduk. Dan kempen ‘war on terror’ di teruskan. Jika Mahathir percaya 9/11  sebagai sandiwara kenapa di Lahad Datu  ini bukan sandiwara.

Akhirnya satu soalan untuk Najib. Ajenda pertama telah berjaya -  Suruhanjaya Siasatan Di Raja tentang kad pengenalan segera  telah ditangguhkan. Peranan  jahat  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memberikan kad pengenalan kepada pendatang haram telah ditutup dari telinga umum. Justeru, apakah Najib akan meneruskan babak kedua sandiwara ini : Menggantung pilihan raya di Sabah?  (TT)

KERJA ORANG DALAM


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40 45



------

18 ulasan:

  1. Aah...tu semua aku tak peduli. Politik ke hape ke pegi mampus..! Yang aku nak penceroboh Sulu tu kena sula dulu..! Berani nak tuntut Sabah. Wa hal Sultan Sulu dulu yang gadai kat omputih.Pastu terhegeh-hegeh nak claim balik. Pegi mampus la..! Lepas settle hal ni baru la citer balik politik-politik ni.Ptuihh..!

    BalasPadam
  2. DIDI KOTA BELUD YANG SEBENAR6 Mac 2013 pada 2:13 PTG

    Ohhhh gitu......mati mati aku ingat aper tadi....jadi kemungkinan bom yang meledak 4 butir aku tahu mcm mana dorang buat....sebelum subuh...puok ni tanam 4 biji bom jangko...paginyer...jet dari langkawi disuruh lalu je....nampak je jet lalu...terus tekan swiss....KABOOOOOOMMMM......itu pasal takder yang mampus....hahhahhahaa...buli tahan aku berteori....heheheeh...aku ganti hishamudin hussin lah....hehhehehe.......terkikikikiki...adzimudin kiram hisap kretek pilipin tengok....hehehehehehe

    BalasPadam
  3. Aku salute TT di atas tulisan nih. Memang nampak sangat Najib dah gabra. Harap2 UMNO BN bungkus dalam PRU nanti. Woooiii pok jib, bila nak bubar parlimen?

    BalasPadam
  4. Mamposs jadi rakyat Mlysia, dah kena tanggung makanminumkongkek 9 raja, sekarang nak tambah 1 lagi raja sabah. Tak cukup susah, beras makanminumkerja terpaksa berebut dgn pendatang. Amno rembat duit rakyat mcm hantu hisap darah, semua budget kira round figure. Jambatan Pekan Semerah saiz 30'x80' harga 5juta, buat jalanraya 1km harga 5-6juta. Aku haramkan tangan aku pangkah dacing.

    BalasPadam
  5. KEPALA OTAK HANG !!!!!!!

    Aku dah lama geram tengok hang ni ..artikel panjang2 siap ada "DAN..DAN,,DAN " awt hang gagap ka ..
    mcm MB Selangor -Khalid Gagap.

    Hang jng duk jadi sombong bodoh sangat Tukartiub oi ... jng hal org lain hang masuk campur .. tapi perihal dalaman dikalangan hangpa hang tak berani nak cerita .. PUIIIIIII g jahanam MAMPOS ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ADIK DIDI ABANG DIDI6 Mac 2013 pada 6:12 PTG

      Terlampau baca blog orang dah tu tadak yang layan....ini lah kesannya.....jiwa kosong dan kesunyian....kikikikikikiki....gi kawan kah kah kah kahlid...gi...dio bakal IG.......hhehehehe.....HATI SEPI SEORANG PERINDU.....kakakkaakkakakak

      Padam
  6. Humban tetap humban

    BalasPadam
  7. setuju TT ..mmg semua ini sandiwara perawok belaka. pada pakcik2 makcik kampg n felda. terima kenyataan ini. yg saya kesalkan disini pada pakcik2 n makcik kmpg n felda. mereka harus lebih dibagitahu. untuk anak2 remaja m'sia, mereka dah tahu dgn olahan politik m'sia n dunia.

    BalasPadam
  8. Harap lebih ramai yang akan cerah dengan tulisan TT ni.

    TT, you are the best :)

    BalasPadam
  9. Kesian kat Talk With Hand bukan Tak With Head. Apasal tak 'cakap dengan kepala otak'?

    BalasPadam
  10. kalau Amerika buat sandiwara 9-11, akhirnya dapat jugak dia alasan untuk serang Iraq dan Afghanistan. kalau dah dapat serang Iraq dan Afghanistan tentulah Amerika dapat pula telaga minyak dan sumber gas asli di Iraq dan Afghanistan....kalau dah dapat kuasai telaga minyak dan sumber gas asli....maknanya Amerika dapat menguasai dunia....sebab dunia tidak dapat bergerak tanpa minyak dan gas asli...ini memang logik dan masuk akal.

    tapi kalau BN buat sandiwara al-lahad datu, apa yg BN dapat? dapat gantung PRU Sabah? kalau BN gantung PRU Sabah lepas tu apa yang BN dapat? Dan sampai bila dia nak gantung? Lagi lama dia gantung lagi marah rakyat Sabah...kalau rakyat Sabah dah marah...hilang la undi untuk BN dan kalau dah hilang undi maknanya hilanglah juga kuasa BN!

    membuat sandiwara lahad datu untuk gantung PRU Sabah supaya BN terus dapat berkuasa, itu tak logik sebab kalau PRU Sabah di gantung, bukan setakat orang Sabah marah, malah seluruh Malaysia akan marah dan ini tentulah akan mengurangkan undi rakyat kepada BN. jadi tak logik untuk BN nak buat sandiwara lahad datu sebab sandiwara yang dibuat ini akan menggali kubur BN itu sendiri!

    jadi bila say fikir balik hujah abang TT ni saya rasa tak logik sandiwara...sebab akhirnya apa yang BN dapat ialah kehilangan kuasa! tidak seperti sandiwara 9-11 yang akhirnya Amerika dapat ialah menguasai sumber alam terpenting dunia!

    susah nak terima la hujah abang TT kali ni. kecualilah para strategis politik BN ini terlalu bodoh sampai tak le nak fikir sebab banyak sangat makan duit rasuah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afghan dan negara teluk ada minyak maaaaa...sabah tadak minyak kerrr...sabah ada minyak sama 2 juta suluk.....fikir maaaaaaa.....masuk ansur ansur maaaaaaaa.........

      Padam
  11. TALK WITH HAND TU APASAL? KECEWA KE SAMA TULISAN TT. OR DIA TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN YG TT POST? PASTU KOMEN TARAK POINT LANGSUNG. BUAT SEMAK KOMEN BOX AH LU TALK WITH HAND! TULA LAIN KALI CAKAP PAKAI OTAK, BIOL!!

    BalasPadam
  12. kahkahkahkah
    soalan:selama mana pilihanraya akan digantung?
    jawapan:sehingga krisis sabah selesai.
    kahkahkahkah
    soalan:bila krisis sabah akan selesai?
    jawapan:kan dh cakap UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA
    kahkahkahkah

    BalasPadam
  13. macam sial UMNO BN buat drama -lahad datu, sauk, memali. Mahathir bapa drama swasta yg bahlol pasal bagi idea yg sama utk skrip DRAMA UMNO BN LAPOK.

    BalasPadam
  14. tugas polis dan tentera yg memburu saki baki 'penceroboh' amat sukar.

    mcmana nak kenal muka penceroboh?
    muka memang melayu, boleh menyamar pakai mcm org biasa dan dan dan ada IC biru!

    takkan nak tembak pengundi sendiri??

    kah kah kah padan muka

    BalasPadam
  15. kah! kah! kah! Kelebihan pencacai pkr adalah spin.... org bodoh jer kot yg percaya penulisan ni! bawak2lah bertaubat, hidup bukan lama sangat dah....

    BalasPadam
  16. Bab 3

    TT kena tangkap kerena menghasut

    bukan terpancut....

    dgr2 org kuat army darat masuk PKR..

    adakah ini tanda "sesuatu" x sedap berlaku dlm army sikalang???

    Adakah akan ada lg org kuat army rata2 dari koler merah masuk PAKATAN??????

    Tunggu.........hanya org dalam spender army tahu cerita kain dalam army...kihkihkih

    BalasPadam