Selasa, 12 Mac 2013

LAPAN EKOR PENYAMUN NEGARA


LAPAN EKOR PENYAMUN
CABAR UMNO GUGURKAN PIMPINAN 

YANG TERPALIT DENGAN RASUAH, DISIASAT SPRM


Perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran 
Umno/Barisan Nasional di negeri-negeri yang
dikuasainya bukanlah suatu perkara
baru. Pengurusan hasil balak di negeri-negeri 
yang ditadbir Umno/Barisan Nasional 
yang terpalit dengan rasuah 
menjadi buah mulut rakyat dan 
pelbagai siasatan oleh pihak berkuasa.

Contoh yang baik ialah pengurusan balak 
di Terengganu di bawah YAB
Dato’ Seri Ahmad Said. 
Saya dan YB Dr Syed Azman Syed Nawawi
 telahmendedahkan modus operandi 
bagaimana syarikat-syarikat yang ingin
turut serta di dalam tender mengeluarkan 
hasil balak dipaksa untuk
membeli syarikat RM2 pada 
harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.

Hari ini, saya menampilkan bukti bayaran
 bagaimana syarikat yang
menjadi mangsa terpaksa membayar deposit 
sebanyak RM1 juta kepada
penama yang dipercayai mewakili
 kepentingan politik Umno di Terengganu.

(Sila rujuk cek dan resit yang disertakan bersama)

Malah, penyelewengan pengurusan 
hasil balak di Terengganu ini telah
menjadi satu isu besar sehinggakan 
beberapa siasatan rasmi telah
dibuat oleh SPRM sendiri.

Saya sertakan dokumen penyiasatan
rasmi yang mengesahkan bahawa 
SPRM telah membuka fail dan 
menjalankan siasatan atas beberapa aduan yang diterima.

(Sila rujuk dokumen rasmi SPRM 
mengesahkan bahawa kes ini telah
disiasat oleh SPRM)

Sehingga sekarang, tidak ada sebarang 
maklumat atau pendakwaan
walaupun bukti pembayaran 
adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yang
ditandatangani secara jelas 
mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan
tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu.

Malah, saya tidak mendapat apa-apa 
maklumbalas pun dari Dato’ Seri Ahmad Said 
sendiri mengenai skandal balak ini, 
yang berlaku di bawah
pentadbiran beliau dan 
banyak keputusannya 
ditentukan oleh beliau sendiri.

Siasatan dan skandal terbaru yang 
melibatkan Dato’ Seri Ahmad Said ini
hanyalah satu dari beberapa 
siri yang mengaitkan pimpinan Umno. 
Selain beliau, pimpinan-pimpinan tertinggi 
Umno yang berikut adalah terpalit dengan 
tuduhan rasuah atau siasatan SPRM bersabit rasuah:

1.      Dato’ Seri Shahrizat Jalil, 
Ketua Wanita Umno
2.      Dato’ Seri Musa Aman, 
Ketua Menteri Sabah
3.      Dato’ Seri Nazri Aziz, 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
4.      Dato’ Seri Mohamad Hassan,
 Menteri Besar Negeri Sembilan
5.      Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, 
Ketua Menteri Sarawak
6.      Dato’ Seri Ahmad Said, 
Menteri Besar Terengganu
7.      Dato’ Awang Adek Hussin, 
Timbalan Menteri Kewangan
8.      Dato’ Seri Shafiee Afdhal,
 Menteri Luar Bandar

Jika Dato’ Seri Najib benar-benar jujur 
untuk meletakkan calon yang
bersih dan boleh diterima rakyat, 
maka dia harus memberi komitmen
untuk menggugurkan pemimpin 
Umno ini dari menjadi calon dalam
pilihanraya akan datang – 
bukan sekadar menghantar nama 
untuk disemak oleh SPRM.

Jika Umno tidak bersedia untuk 
menggugurkan pimpinan ini, terbukti
bahawa Umno tidak serius untuk 
meletakkan calon yang bersih dan 
boleh menang (winnable) seperti 
yang disebut-sebut Dato’ Seri Najib sendiri.

 RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
12 MAC 2013


--------

11 ulasan:

  1. Salam TT,

    Gambar "Kepala Penyamun" perlu diletak di atas sekali.

    BalasPadam
  2. Ini lapan ekor beroklah TT.Kah..kah..kah.

    BalasPadam
  3. Species berok2 nj bukan boleh percaya.. Silap hari tak dipilih jadi menteri.. Berok2 ni boleh padam si najib terus...

    BalasPadam
  4. dalam geng2 perampok ni, ada yang bakal jadi pm di masa depan selagi bn terus berkuasa? malaysia bakal jd negara tercorot dalam asia tenggara or even sama level ngan negara2 afrika pada 2020.no wonder makin tenat kes brain drain. semua pakat2 x nak balik cni pas belajar oversea sbab perampok2 ni dah pangkah dulu. adussss.....

    BalasPadam
  5. berok najib pun tak tau lg samada dia akan dicalonkan atau tidak - moonyetdin

    BalasPadam
  6. Nak suruh najib buang calon rasuah??? Baik suruh EEEE makan kari. Najib sendiri tak dpt mandat jadi PM, dia pakai mandat Paklah yg dah expired 08/03/13. Tapi najib tak sedor2, sibuk mantat memanjang. Kulu kelior tunjuk jari "satuuu (malas ya)".

    BalasPadam
  7. ini la dia penjajah melayu yg dah takde parti.

    di bawah parti mamak mereka boleh sondol walau pd siang hari.

    peliknya bongsai tak mampu nak humban dia org sbb melayu hidup bertongkat di tanahair sendiri.

    soalan kurun ini: jika umno kalah sapa nak jaga melayu???

    nak jaga melayu ialah lanun sulu kah kah kah

    BalasPadam
  8. STRUKTUR KERAJAANG PERPADUANG

    1) RAJAWANG
    2) BANGSAWANG
    3) AGAMAWANG
    4) HAMBAWANG

    BalasPadam
  9. Ali Rustam, Adnan Pahang, Ghani Johor masa bila pula mereka ini suci?

    BalasPadam
  10. Ini semu askar jepun ni....macam mana nak buang.....kalau di buang takdelah nama kepala dia dipanggil SI BUANG......nasib baik SARJAN HASSAN GERILLA.....lihat melayu hassan...ejen dia cina si AH LIANG.....melayu buang jadi ejen jepun...pui.......nasib baik ada CIK SALMAH......dapat juga pecah lobang dengan cincin kirim kat ah liang untuk hassan.....mati si buang kena dek hassan.....heheheheheh...INI BUKAN HASSAN ALI LAH...INI SARJAN HASSAN ALIAS P. RAMLEE ALIAS ANWAR IBRAHIM.......SI PEMBUNUH TALI BARUT JEPUN JEPUN NI........SI BUANG ALIAS SALLEH KAMIL ALIAS NAJIB LER.....HEHHEEHHHE....KENA KUAT IMAGINE BARU DAPAT FAHAM CERITA AKU NI....HEHEHEHEHE

    BalasPadam
  11. In one company, Malaysia security threat level has been grouped with those from...
    Algeria, Angola, Azerbaijan, Bahrain,
    Bangladesh, Bolivia, Burundi,
    Cambodia, Congo, Ecuador,
    El Salvador, Eritrea, Guatemala,
    Guinea-Bissau, Honduras, Indonesia,
    Iran, Jamaica, Kenya, Kosovo,
    Kyrgyzstan, Laos, Lebanon,
    Madagascar, Mexico, Nicaragua,
    Nigeria, Pakistan, Peru,
    Philippines, Rwanda, Saudi Arabia,
    Sierra Leone, Sri Lanka, Togo,
    Tunisia, Turkey, Turkmenistan,
    Zimbabwe

    BalasPadam