PENGUMUMAN PEMBERIAN PERMIT TEKSI BUKTI PROGRAM PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK
Pengumuman Najib Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.
Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.
Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.
Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Najib Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Najib Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional. Ucapan beliau berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah “bai’ah” (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.
Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri. Sebaliknya, Dato’ Seri Najib Tun Razak menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Najib Razak tidak berani berdebat secara terbuka dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi. Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.
Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini. Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
25 MAC 2013
TEKSI ATAU BAS
YANG PENTING
TURUN KE JALAN RAYA
Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu
KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.
Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
SATU JEMPUTAN
------------
bagi permit, tapi pd masa yg sama terpaksa tanggung hutang kereta. sampai bila la pemandu teksi nak senang?
BalasPadamKah.kah.kah.... BN.... Bapak Najib.. Bapak Niru.. Bapak Nipu... Kalau gni baik ambik mu belaka buku jingga... Tiru Belaka je.. Cissss... Muka Niru... Suwey.... Suwey... Suwey... Najib... Kih.kih.kih... PTR.. Hidup Rakyat
BalasPadamsengal gak najib ni..agak2 la nak ugut pun..masalahnya pemandu2 teksi ni tak rugi apa2 pun kalo BN kalah..sbb permit tu akan diberi jugak oleh PR bila dah menang nanti..haha..nak ugut pun pandai la sikit...kahkahkahkah
BalasPadam