Khamis, 21 Mac 2013

RAKYAT MALAYSIA WAJIB DI BERITAHU TENTANG TUNTUTAN FILIPINA




RAJA MUDA SULU, AGBIMUDIN @ AZZIMUDDIE KIRAM ADALAH RAKYAT MALAYSIA & KAKITANGAN AWAM

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Najib Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

(Sila rujuk dokumen Senarai Kakitangan 1975 yang disertakan bersama)

Dengan maklumat ini, Najib Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1.      Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2.      Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3.      Kenapa Najib  Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan  Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Najib Razak dan Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong




------------

5 ulasan:

  1. pic.twitter.com/ac3c45MEGz <- selingan jap isham.

    Pelik bila Melayu pun mula ingin menjadi eeeee....

    BalasPadam
  2. makk aii
    bekas ketua SB Sabah pun dah joint Pakatan
    kahkahkahkahkah
    kapal bukan nak tenggelam tapi dh mula tenggelam nih kahkahkahkah

    BalasPadam
  3. Semalam sempat bersembang dengan Bajau Sungai dan rumah dia didepan tempat tembak menembak.Katanya IC di sana tak perlu susah2 naik turun Pendaftaran....orang Pendaftaran yang turun jumpa pemohon.Yang aku terkejut beruknya Shafei Afdal pun org Filip jugak.Terang2 dia cakap Mahathir punya angkara.
    YANG AKU MENYAMPAH DENGAR NYA...SI BAJAU NI MASIH SOKONG BN...
    Kesimpulannya...metod penerangan PR tak sampai ke akar umbi(yang bangang)

    BalasPadam
  4. Suluk kawin mamak...melayu...ehhhh bukan...kalau jantan mamak...bangsa eh MAKLUK....kalau jantan suluk....bangsa eh LUKMAM....OHHHH MAKLUK TU NAMA LUKMAN ADAM....hhhahahhhaha

    BalasPadam
  5. patutlah najib masih belum bubar kabinet,
    rupa2nya dlm diam dlm takde telor tu, sinajib ni bijak licik gak,
    tapi mesti kepala pemikir sinajib ni sebenarnya laki dia kak imah...

    sebenarnya depa dok tangguh2 pru13 selagi depa belum dapat cekup telor mamakhateer,
    sebab mamakhateer pengacau nombor 1, jauh lebih bahaya dan berkesan daripada pakatan termasuk anwar,
    selagi depa tak dapat neutralize mamakhateer, selagi tu najib kecut telor nak panggil pru...

    jadi mmg ada asas utk berpikir, peristiwa sulu ni mmg dirancang sebagai sandiwara yg akan mencekup telor mamakhateer...
    ugut2 kat anwar dll (termasuk tian chua) tu hanya pengalihan pandangan je, sementara kak imah terenot2 pergi berdiri tersergam membusut depan simamak yg dah tua kerepot dah lembik fizikal tu...

    dan terbukti ops sulu berjaya mencekup simamak yg dah terkepung tak terdaya nak lari, betul2 kt telor hitam dia!

    buktinya, kelmarin si mamak dengan penuh kemaluan terpaksa mencemar duli melutut depan kak imah - jadi kuli batak kak imah lancarkan buku autobiografi dia! tak cukup setakat tu, si mamak terpaksa pulak buat kenyataan cadang buku kak imah diletak di sekolah2!

    kahkahkahkah kemaluan hitam si mamak dalam genggam si gemok!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam