KES AL-MAUNAH
ini jaafar
dia ditangkap
sebagai anggota al-maunah
MEMASANG BENDERA SALAH
Pada bulan Jun 2001
saya telah dibawa ke Kamunting sebagai
tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri. Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan
tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah.
Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya. Dalam budaya sekolah asrama penuh mereka ini di nobatkan sebagai ' senior gentelman'.
Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga
Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit
Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5
tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke
Bukit Jenalik - tempat perkhemahan
kumpulan Al-Maunah – satu kumpulan silat.
Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, tweeter atau face book. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak’
kesah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya
versi United Malays National Organisation.
Lawak seram dan sandiwara Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata 5 tan
boleh dimasukkan kedalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib
Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan
bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya. Maka sandiwara ‘rompakan’ ini diulang pementasan sekali lagi
di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan
kerana Orang Melayu pada ketika
itu telah berani turun ke jalan raya
untuk menyingkirkan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty.
INI JAAFAR SEDANG DI TAHAN
bersama anggota al-maunah
lihat dibelakang
ada soldadu berdiri
Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu
agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun
berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh
hendak melawan Yang DiPertuan Agong.
Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem
Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang
dipanggil kerana ada program ceramah
agama. Ada yang dipanggil kerana hendak
buat latihan silat. Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan
senjata. Tidak timbul ajenda nak lawan Yang DiPertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir Anak Lelaki
Iskandar Kutty.
AL-Maunah ini kes
terbaru. Saya mahu membawa pembaca
kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965.
Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah
meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan
Said ini telah disahkan oleh Yap Chin
Kwee Setisusaha Politik , Tunku Abdul Rahman.
Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri
bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka
Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis
Anglo-Amerika akan masuk campur sama.
Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini
dipanggil ‘memasang bendera salah’.
Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal
orang lain ketika menjalankan rompakan.
Dalam kes Bukit Jenalik bendera
itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangn licik Orang Melayu dan
rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.
HMS Eagel gagal
diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah
strateji ‘memasang bendera salah’ ini
dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian
memasang bendera salah.
Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan
berita bagaimana kapal perang
Amerika USS Maddox yang berlabuh di
Telok Tonkin telah diserang oleh tentera
laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar –
Amerika diserang. Warga Amerika bingong
memikirkan bagaimana negera sekecil
Viertnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.
KAH KAH KAH
ini juga jaafar
dapat hadiah dari pegawai polis
kerana peranan dalam sandiwara
al-maunah
Dewan Senate dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang
tergempar. Dengan sebulat suara elit
politik Amerika telah meluluskan : Gulf
of Tonkin Resolutiion. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah
menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan
bahawa TIDAK ada serangan keatas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku
hanyalah satu sandiwara.
Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan
kerana pada ketika saya menulis ini ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad
Datuk. Bandera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya
media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazzera
telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia telah menjadi cendawan –
disimpan dalam gelap dan diberi makan tahik lembu.
Mengikut laporan
awal Bendera yang tercacak di
Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid
Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak
jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja.
Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100
gerila lengkap bersenjata telah mendarat
di Lahad Datu. Tetapi tidak
diketahui pula dari busut jantan mana Sang
Gerila ini datang. Tetiba,
beberapa hari kemudian laporan mula
beralih. Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Kemana 60 orang lagi menikus
walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini
lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah.
Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.
Satelah beberapa hari , muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut
laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti
yang ingin ditemui ini? Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana Zain?
Atau personaliti yang dimaksudkan
ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.
Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu
yang sedang tercacak. Perangai
meneropong dari jauh telah menjadi tabiat Menteri Dalam Negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat
cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu. Apakah teropong
ini hadiah hari jadi dari Zaina Zain atau dari adik Ziana Zain. Ini masih tidak jelas.
Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat
Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar
Pilipina – jumlah gerila ini bukan 40
orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Pilipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan
senjata moden. Gerila ini datang untuk
mengancam.
Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa dibelakang
bendera ini?
Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan
berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja
Sabah tentang kad pengenalan palsu
sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita
juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah’ kini telah
runtuh. Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga
wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira
serangan Mahathir Anak Lelaki Iskandar
Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang
merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.
Satelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak
di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat
cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada
tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini.
Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk
memasang bendera ini akan meraih keuntungan.
Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek
untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib
untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu
yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin
dalam tahun 1982. Pada tahun`1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United
Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah
melompat-lompat berdemo di Kota Bahru.
Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di
gantung dan Parti Pas tersingkir.
Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga
minggu. Dalam laporan Bernama pada 24hb Febuari
yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi’
memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini
bodoh? Apakah Najib sudah nyanyok? Biji durian akan mengeluarkan hasil satelah 5 tahun
ditanam. Padi boleh dituai satelah 3 bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah
4 bulan ditanam.
Mustahil ‘transformasi’ ini akan memperlihatkan hasil dalam masa 2 bulan. Sesuatu dasar akan
dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih
lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya
berhasil 15 tahun kemudian.
Justeru soalan wajib ditanyakan : Apakah
salah pasang bendera di Lahad
Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini
pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditanguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United
Malays National Organisatin dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk
menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah. (TT)
NOTA:
tulisan ini keluar
di SUARA KEADILAN
minggu lalu
dihujung minggu telah berlaku
justeru tulisan ini TIDAK
menggarap perkambang ini
NOTA:
tulisan ini telah
dikeluarkan oleh
sesiapa yang ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40-45
JIKA miskin...maka kufur itu sudah duduk tepi kita.....jika terlalu kaya pun....kufur itu bertengek tepj kita juga........itu sebab bersederhana itulah lebih baik.......perancangan dan teory domino lahad datu adalah penyelesaian paling bangsat dan jijik.....bagi seorang pengecut yang banyak masalah......JANGAN KITA SIMPAN MASALAH INI.....MARI KITA SELESAIKAN MASALAH NI DENGAN MEREJAM UMNO SAMPAI MATI DI PRU13 INI.....KHALAS.
BalasPadamTerima kasih bro TT, dulu org Melayu ramai yg baghal2 boleh terima bulat apa2 yg tergolek keluar dari media, skrg nih org Melayu yg celik lebih ramai kenal apa itu gerombolan yg ada sikitol didalamnya. Apa2 yg dipegang oleh simonggol semua jadi tahi...
BalasPadam13 Mei 1969...?
BalasPadamTun Razak.....?
Najib Razak...Lahad Datu....?
Bapak borek,anak rintik....!!!
Bapa main burit anak main jubor Altantuya....kah,kah,kah
Bunuh je keling paria dari kerala tu..habis cerita....!!!!
Flase Flag! lama tak dengar frase ni
BalasPadamPilihanraya di sabah ditangguhkan. Pilihanraya di Semenanjung dan Sarawak seperti biasa. Jika Pakatan Rakyat menang, masih tak boleh bentuk kerajaan sebab piliharaya di Sabah belum selesai. Keputusan piliharaya di Sabah nanti akan di manipulasi utk memihak kepada BN....
BalasPadamSudah terang lagi bersuluh...Lahad Datu adalah sandiwara terbaharu....
BalasPadam