TULISAN DARI SIMPANAN
Sauk dan World Trade Center
Pada 11 September ini ialah tarikh ulang tahun kelima meledak dan runtuhnya bangunan World Trade Center (WTC) di kota New York. Pada 20 Julai yang lalu ialah ulang tahun ke-6 tragedi Sauk/Bukit Jenalik. Di dalam kedua-dua kes ini kita akan melihat ada beberapa persamaan jika diteliti atau dikaji.
Kumpulan Al-Qaida dan Usama bin Laden telah dituduh sebagai bertanggungjawab melakukan serangan ganas yang mengakibatkan lebih dari 3,000 nyawa melayang. Dalam kes Sauk yang dituduh ialah kumpulan Al-Maunah dan Muhamad Amin pula telah dituduh sebagai kepala yang bertanggungjawab ke atas 3 kematian.
Ledakan WTC pada hari pertama telah memeranjatkan rakyat Amerika. Malah rakyat dunia juga telah turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Amerika. Ini adalah serangan kali kedua yang datang dari musuh luaran dalam sejarah Amerika moden. Kali pertama serangan dari luar berlaku pada 7 Disember 1941. Pada hari itu tentera Jepun telah datang mengebom Pelabuhan Pearl di pulau Hawaii.
Serangan ke atas Pearl Habour ini telah menyemarakkan kemarahan rakyat Amerika ke atas negara Jepun. Ketika serangan ini berlaku, negara Amerika Syarikat masih lagi berkecuali dan tidak mengambil bahagian dalam kancah perang dunia kedua. Manakala Eropah ketika itu sedang diserang oleh kuam Fasis Hitler di Jerman, Muossolini di Itali. Di Asia Tenggara pula tanah-tanah jajahan kuasa kolonial Eropah telah ditawan oleh tentera fasis Jepun
Kemarahan rakyat Amerika ke atas Jepun ini telah membolehkan pada keesokan harinya presiden Franklin D. Roosevelt mengumumkan bahawa Jepun adalah musuh Amerika. Bala tentera Amerika telah bersedia untuk memasuki kancah perang dunia kedua dan membantu Eropah melawan Hitler, Muossolini dan Tojo di Jepun.
Hari ini telah banyak buku-buku dan kajian akademik yang ditulis untuk menunjuk dan membuktikan dengan fakta bahawa serangan Jepun ke atas Pulau Hawaii itu bukanlah tidak disedari oleh badan risikan Amerika. Malah Presiden Roosevelt sendiri telah tahu lebih awal lagi tentang perancangan Jepun ini. Di London Perdana Menteri Churchill sentiasa menggalakkan Amerika untuk turut sama memasukki kancah perang. Hanya sentimen anti-perang rakyat Amerika yang menghalang Presiden Roosevelt untuk masuk campur tangan. Justeru, serangan Jepun ke atas Pearl Habour adalah sesuatu yang memang ditunggu-tunggu oleh Presiden Roosevelt – pucuk dicita, ulam mendatang.
Pengeboman Pearl Habour ini tidak jauh berbeza dari kes ledakan WTC. Pada bulan-bulan awal sesudah runtuhnya WTC, Presiden Amerika telah mendapat simpati dari rakyat. Melalui simpati rakyat ini, Presiden Bush dengan serta-merta telah meluluskan pelbagai bentuk undang-undang yang tidak mungkin dapat diluluskan jika tidak berlakunya ledakan. Undang-undang seperti Patriot Act yang melanggar dan bertentangan dengan piagam Hak Asasi Warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan. Akta Patriot ini telah bercanggah dengan cita-cita Piagam Pengisytiharan Penubuhan Negara Amerika yang demokratik. Amerika juga tanpa segan silu telah menolak beberapa fasa dalam Geneva Convention, satu perjanjian antarabangsa.
Ledakan WTC ini adalah satu strategi politik yang diingini oleh puak neocon dan kabal-kabal Zionis yang mengelilingi Rumah Putih. Hasil dari strategi ini, Presiden Bush telah mendapat persetujuan Dewan Kongres dan Dewan Senat Amerika untuk menghantar bala tentera Amerika menyerang Iraq. Tanpa ledakan di WTC tidak mungkin serangan terhadap Iraq dapat dipentaskan.
Perkara yang sama juga berlaku di Sauk. Pada ketika sandiwara Sauk ini di pentaskan Mahathir Mohamad sedang menggelabah kerana diasak oleh Gerakan Reformasi. Rakyat terutama manusia Melayu telah berbondong-bondong meninggalkan parti United Malay National Organisations. Banyak mesyuarat bahagian dan cawangan United Malay National Organisations telah gagal kerana kekurangan kuorum. Ceramah-ceramah penerangan dari ibu pejabat United Malay National Organisations telah tidak dihadiri walaupun makanan dan duit saku disediakan. Dalam masa yang sama kebencian rakyat terhadap Mahathir dan United Malay National Organisations telah menyuburkan budaya parlimen jalan raya.
Dengan latar belakang ini, maka sandiwara Sauk yang dipentaskan itu samalah seperti sandiwara WTC di New York. Sauk dipentaskan untuk melahirkan simpati manusia Melayu terhadap Mahathir Muhamad. Sauk juga menjadi persediaan untuk mengolah persetujuan rakyat bahawa negara ini dalam keadaan ‘huru-hara’ dan ISA perlu digunakan. Buktinya, beberapa bulan sesudah kes Sauk, berlakulah penangkapan beramai-ramai terhadap aktivis Reformasi.
Pementasan dan konspirasi seperti ini akan ini dilakukan oleh jentera dan badan-badan risikan daulah. Dalam kes Sauk, hingga ke hari ini rakyat masih tidak percaya bagaimana 3 buah kereta Pajero boleh memuatkan 3 tan senjata dalam masa 15 minit. Kes Sauk terus tidak diyakini rakyat dengan serta-merta. Keyakinan rakyat telah merosot begitu sekali sehinggakan satu lagi sandiwara Sauk terpaksa dipentaskan secara resmi dan terbuka oleh kerajaan Mahathir Mohamad. Cerekarama Sauk 2 ini dipentaskan untuk membuktikan keupayaan 3 buah Pajero dapat dimuatkan dengan 3 tan senjata dalam masa 15 minit. Tunggulah masanya nanti, di Amerika juga akan diulang semula ledakan dua pesawat udara itu dalam usaha untuk meyakinkan orang ramai.
Antara Sauk dengan WTC ada juga perbezaan. Keyakinan rakyat Amerika terhadap jalan cerita rasmi terhakis sedikit demi sedikit. Tidak seperti Sauk di mana rakyat terus tidak percaya dengan serta-merta. Tetapi di Amerika hari ini hampir 30% rakyat Amerika telah percaya bahawa ledakan di WTC itu adalah kerja ‘orang dalam’. Angka ini semakin bertambah dengan munculnya pelbagai bahan bukti yang baru.
Kini ledakan WTC, sama seperti pengeboman di Pearl Habour telah dilihat oleh rakyat Amerika sebagai langkah jentera-jentera dan badan-badan risikan daulah untuk mengolah persetujuan rakyat agar menyokong apa sahaja tindakan kerajaan. Rakyat perlu ditakut-takutkan. Orang yang takut pasti akan meminta bantuan. Bantuan hanya boleh diberikan oleh yang memiliki kuasa.
Kalau di Sauk kita ditakutkan oleh kumpulan bersenjata yang ingin melawan Yang Di-Pertuan Agong. Manakala di Amerika rakyatnya ditakutkan dengan apa yang kini dipanggil ‘pengganas Islam’. Ada satu lagi perbezaan di antara kes Sauk dengan WTC - dalam kes WTC semakin banyak dokumen bukti dan bahan kajian muncul. Tetapi, sayang sekali, kerana kesempitan ruang demokrasi di Malaysia kes Sauk/Bukit Jenalik belum melahirkan kajian-kajian ilmiah yang terperinci. Tidak wujud filem-filem dokumentari yang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di Bukit Jenalik pada malam 2 Julai 2000 dahulu.
Dalam kes 9/11 WTC kini terdapat banyak buku-buku ilmiah, filem-filem cereka dan filem-filem dokumentari yang telah dihasilkan. Semua bahan-bahan ini cuba menerangkan kesangsian rakyat terhadap ledakan WTC. Persatuan dan kumpulan yang sangsi terhadap 9/11 telah membina berpuluh-puluh laman web dengan pelbagai bentuk data dan kajian yang mempertikaikan apa yang sebenarnya telah berlaku pada pagi 9 September lima tahun dahulu.
Akhir-akhir ini telah ditubuhkan satu badan yang dipanggil Scholars for 9/11 Truth. Kumpulan ini terdiri dari lebih 300 orang ahli akademik dan ilmuwan dari pelbagai bidang. Mereka telah membuat kajian dan membuktikan bahawa ledakan dan runtuhnya bangunan WTC lima tahun dahulu bukan akibat dari minyak kapal terbang yang membakar bangunan tersebut tetapi hasil dari bahan letupan yang telah sedia terpasang.
Hujah asas dari pihak yang mengajukan bahawa ledakan WTC itu adalah kerja orang dalam ialah kegagalan pihak berwajib menerangkan bagaimana bangunan WTC 7 yang tidak terkena dengan serangan kapal terbang pada pagi itu runtuh pada sebelah petangnya. Malah hingga ke hari ini fokus siasatan rasmi Rumah Putih hanya kepada keruntuhan dua bangunan sahaja. Bangunan ke tiga WTC 7 tidak pernah diselidiki secara rasmi.
Apabila tuan empunya bangunan ini, Larry Silverstein seorang Zionis ditanya kenapa bangunan WTC 7 runtuh, maka inilah jawapannya - ”We’ve had such terrible loss of life, maybe the smartest thing to do is to pull it.’ And they made that decision to pull and we watched the building collapse." ( Kami mengalami banyak kematian, mungkin yang terbaik untuk dilakukan ialah meruntuhkannya. Mereka membuat keputusan untuk meruntuhkannya dan kami hanya menyaksikan bangunan itu runtuh).
Melalui rakaman video dapat dilihat bahawa WTC 7 ini runtuh sama seperti runtuhnya bangunan WTC North dan WTC South. Bangunan-bangunan ini tersembam ke bumi. Lalu timbul persoalan jika WTC 7 diruntuhkan secara dirancang, ini bermakna bahan-bahan ledakan telah terpasang lebih awal. Memasang bahan-bahan ini sekurang-kurangnya memakan masa satu atau dua minggu. Ini bererti bahan-bahan letupan telah dipasang lebih awal lagi dari 11 September.
Ini sama seperti Sauk/Bukit Jenalik, pasti lubang-lubang kubu yang dikatakan wujud di atas bukit tersebut telah digali lebih awal lagi. Apakah tidak ada tanda soal yang muncul dari pihak yang berkuasa kerana kem Al-Maunah ini tidak pula jauh dari jalan raya dan tidak terlindung dari penglihatan orang ramai. Dan apakah penglibatan seorang Major dalam kumpulan ini?
Akhirnya pada 4 Ogos 2006 – Mohamad Amin dan tiga orang temannya secara senyap-senyap telah digantung. Kumpulan Al-Maunah kini telah digantikan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI). Peranan awal Al-Maunah untuk mengolah persetujuan rakyat untuk menerima hakikat bahawa ekstremis Islam wujud di Malaysia telah berjaya. ISA seperti Patriot Act di Amerika masih diperlukan kerana wujudnya ‘kumpulan-kumpulan’ seperti Al- Maunah ini. Sama juga dalam kes 9/11 WTC – Usama/Al Qaida kini telah dijadikan musuh unggul dan konsep ‘pengganas Islam’ kini telah diterima sebagai musuh dunia.
Kes ledakan WTC pada pagi 11 September 2001 ini tidak akan selesai. Pasti banyak bahan-bahan bukti yang akan terbongkar. Begitu juga harapan kita terhadap Sauk/Bukit Jenalik. Apa yang perlu kita lakukan sebagai warga ialah memahami ketika membaca berita sila berhati-hati kerana semua berita ada membawa makna yang lebih besar. Berhati-hati agar kita tidak disauk oleh kumpulan-kumpulan yang sedang mengolah berita untuk melancarkan agenda jangka panjang mereka.( TT)
--------
deyyyy macha..gua bukan org army
BalasPadamtapi ada teori sendiri dan kemusykilan
pertama
dalam tragedi Sauk...geng maunah tangkap senjata laik kat bukit dlm Mesia..then nak lawan army mesia yg ramai..umpama nyamuk nak stop lorry treller...
Kedua
dalam tragedi lahad datu...sikit punya org Sulu mengigau masuk Mesia nak lawan army mesia yg serba lengkap danramai...umpaya lalat nak stop kereta kebal
Kesimpulan
adakah Maunah/askar Sulu nie bebal ke bodah tahap sapi nak lawan army mesia di mesia...atau penulis skrip yg bebal wat skrip bangagan...dlm kes ini tragedi 911 ada jgk logik dan best gak berbanding di Sauk/Lahad datu nie
kalo di sauk utk menghalalkan undang2 tangkap ahli politik pembangkang yg extreme
adakah di Lahad Datu nie nak tangkap leader2 pembangkang pulak???
Di Mesia rakyatnya lebih sibuk untuk mencari Raja Lawak dari mencari Raja Akademik yang mungkin boleh membuat apa2 kajian ilmiah. Mesia sebuah negara malang ygmana rakyatnya telah di sumbat dengan mcm2 hiburan bukannya ilmu!
BalasPadamPfffttttt. ....
BalasPadamTEORI kau bernas tt.....teori aku pulak...1. Tausug bangga dengan tausugnya..mereka bukan melayu dan mereka bukan pilipinos....malah perang lahad datu bukan kerana jihad agama...jihad tausug...
BalasPadam2.kalau plan A kerajaan ini tersungkur maka plan B mereka ini akan dijalankan....iaitu...rakyat tempatan akan ditakutkan secara maksimum melalui media sejak PLD itu secara total....orang tausug pulak digeramkqn kan secara total melaui cara yang sama...untuk pengetahuan tt...tausug ini kebanyakan nya anti polis dan anti malaya...rakyat tempatan juga..mereka ini anti tausug dan anti malaya....so...anti malaya itulah yang cuba di isi oleh para cerdik pandai ini untuk dimanipulasikan untuk keuntungan diri.....contoh....pencerobohan itu telah terbarai dan gagal sejak mula lagi...dieram lama untuk diberitakan propaganda ketakutan.....tup tup mahu tak mahu...plan B dijalankan......Bom sampai mati.....ini strategi TAKUT JADI SUKA.....ini mungkin teori pemikir hebat putrajaya yang tak berapa nak cerdik....bagaiman pulak dengan anti malaya...?...biasalah....mereka jumpa tausug..mereka cakap lain....jumpa local mereka cakap lain...itukan perangai semula jadi kerajaan yang ada......
3. lihat perawi perawi mereka yang optimistik bertindak...berdemo pasal isu kecik...tian chualah...penafian sandiwaralah....jangan dengar khabar anginlah...isu sebenar disini..mereka cuba menutup kesilapan mereka menghantar polis dan bukan nya tentra....1985...sabah curvfiew...direct askar dihantar...itupun atas bantuan para tausug ini menimbulkqn huru hara.....double standard action kalau kawan yang cari pasal...itulah malaysia mahathir......so aku pun berteori bahawa dalam masa terdekat ini.....mana mana rumah yang isi rumah nya yang akan dipindahkan dikawasan yang bergolak akan bertambah 5 kaliganda isinya...sebab ini saja ruang yang masih kosong perlu diisi oleh kerajaan untuk menang piliharaya nanti...tengoklah kalau tak percaya.....?...ini sebagai balasan kerana mereka tausug berjaya membantu dalam strategi untuk misi TAKUT DAN SUKA ini.......nantikanlah kemunculan mereka......
Betui kata seorang pengkomen. Di Malaysia Raja Lawak yang paling memb odohkan rakyat dan saya ksian tengok orang yang sanggup bersusah payah pergi ketempat pementasan dan mereka yang 'tune in' menerusi TV 3suku. Lihat bagaimana UMNOBN membodohkan rakyat agar lupa tentang permasalahan dalam negara. Sayang sekali ada graduan yang masih belajaq tidak tumpu mencari ilm u tetapi sebaliknya sibuk ngn FB dan Raja lawak dan banyak program2 yang tidak memberi ilmu kepada meeka.
BalasPadamDemi harta dan kuasa, ada ketikanya sesuatu perlu dikorbankan.
BalasPadamAl-lancapan wal-locokkan mungkin adalah nama terbaru untuk kumpulan militan sulu ni...kahkahkah...
BalasPadamKita berperang dengan Komunis 1945 hingga 1989,Berperang dengan Indonesia 1962 hingga 1966.Askar Indonesia turun di Labis dan Pontian mengharap bantuan orang Jawa peranakan!! Tapi mereka salah perkiraan walaupun pendatang mereka menumpah kesetiaan pada negara yang memberi mereka rezeki dan kemamuran.
BalasPadamRaja Kiram pun sudah terkena. Orang Sulu pun setia.Peperangan proses mempertahan dan membina negara. 1941-1945 ada bumi yang menyokong Jepun tetapi Kedah,Perlis dan Kelantan di jajah Siam macam Patani,Setui dan Bukit. KITA PERLU BERWASPADA. Contoh negara Israel tidak ujud sehingga 1947.