Jumaat, 22 Mac 2013

SEMAKIN RAMAI TIKUS TERJUN KAPAL



KOMENTAR TUKAR TIUB
semakin ramai yang cuba membeli insuran
semakin ramai yang menyokong pakatan
ini petanda yang baik
kita alu alukan
dengan hati terbuka


hanya satu pertanyaan
kenapa agaknya
sekarang baru sedar
kenapa selama ini mereka tidak sedar

inilah persoalan yang wajib dipecahkan

apakah kurang penerangan
apakah propaganda tak sampai
apakah mereka dulu dapat habuan
sekarang tak ada habuan

jika dapat dipecahkan soalan ini
maka pasti berbondong bondong 
menyokong pakatan

BERSEDIA!
BILA KAPAL NAK TENGGELAM
TIKUS AKAN MULA BERTEMPIARAN
UNTUK MEMBELI INSURAN
 AJK Pemuda Umno Bahagian sertai PAS di Johor


JOHOR BHARU: Tindakan berani ahli-ahli Umno Bahagian Tebrau yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut, Jayen @ Supaat Taros, menyertai PAS, bukan sahaja memberi tamparan yang cukup hebat kepada Umno Bahagian Tebrau malahan tindakan tersebut juga membuktikan Umno semakin ditolak oleh rakyat.

(Javen [kanan sekali] bergambar kenangan selepas menyertai PAS)

Jayen yang juga Ketua Pemuda Umno Zon Taman Nora Ulu Tiram bersama mantan Ketua Pemuda Umno Zon Bandar Tiram, Azmi Sarmin, telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Tiram Ulu Tiram.
WASPADA
KETIKA KAPAL NAK TENGGELAM
ULAR JUGA AKAN KELUAR DARI LUBANG
UNTUK MENCARI KERUSI


----------

7 ulasan:

  1. jumpa ular tak pa tarak bahaya dari jumpa mamak kutty ! jumpa kutty katuk kapla dia ! ABU jangan lupa!

    BalasPadam
  2. TAHNIAH! Orang22 Johorku akhirnya kau orang nampak juga cahaya!

    BalasPadam
  3. kah kah kah
    terjun kapal pasal tak lama lagi kapal nak karam
    bila kapal karam diganttikan dengan kapal baru...
    nnt ada la tikus muncung panjang offer diri nak join kapal baru tu

    kah kah kah
    macam Zol Nordin laa

    BalasPadam
  4. nnt boleh hasut sekali kaki umno p.gudang jayen.. haha

    BalasPadam
  5. Aku bukan apa. Aku bimbang kalau tikus2 inilah jugak yang akan mengkaramkan kapal PR nanti. Jadi kapten kapal PR kenalah sentiasa waspada. Kalau ada ciri2 tikus nak karamkan kapal, cepat2 la bubuh racun tikus...bukan apa, menurut kajian sejarah tikus ngan katak ni ada aura yang hampir2 sama!

    Tak gitu en TT?

    BalasPadam
  6. Bandan tegap sasa perkasa
    Kalau makan kira waktu
    Masuk pakatan jangan mengada
    Kang kena sumpah jadi batu

    Melihat pelangi diangkasa lepas
    Mata terbeliak mulut ternganga
    Kalau ikhlas nak masuk PAS
    mesti alim dan kuat ugama

    Sorong makan tarik makan
    Itulah gergaji mata dua
    Jangan takut kalau tak makan
    Rajin berusaha kuat kan doa

    Tujuh puluh lima pintu
    Tujuh puluh lima jalan
    Kalau hati sudah jitu
    Jom kita belajar melawan

    Masuk pkr dap dan juga pas
    Yang sampai hanya satu jalan
    Kalau anda inginkan bebas
    Jom tumbangkan rejim barisan...........selamat masuk dan datang....kalau nampak tabiat umno...kami terajang sampai terpancut........

    BalasPadam