Ahad, 7 April 2013

BICAT ROSMAH TERSOMBOL LAGI


BINCAT ROSMAH 
TERCICIR DI  SENAWANG
Cincin RM24J: Mengapa Plot 7 Hadir 

Selepas Hampir 2 Tahun?

Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan. 

Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran 'cubaan' untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;

1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.  

2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu 'cincin Imelda Rosmah RM24 juta' menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.

3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.

4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah 20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat 'pemilik asal' selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?

5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?

Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan "Zebra Safari" berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.

Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang rakyat.

Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24 juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada pihak 'jahat'.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia



UNTUK PENDATANG HARAM

----------

8 ulasan:

  1. Rosmah ni boleh buat apa saja...orang melayu tak ambil peduli langsung...aduhai bangsaku...bila lah kita ni nak berubah dan matang dalam pemikiran kita?? UMPORNO boleh buatapa saja....org melayu tak kisah pun...duk sokong sampai mati...khas utk penyokong UMNO saja!!! Sedarlah bangsaku...Singapore dah jauh sangat tinggalkan kita...Indonesia sudah menghampiri kita dlm ekonomi..Thailand hampir2 nak potong kita..kita di Malaysia asyiklah kena kelentong dng UMNO ni...yg kaya pemimpin UMNO..Ketua2 Bahagian..mak cik, pak cik kat kg mcm mana?? Cukuplah dng UMNO..lets change...!Alahai bangsaku!!

    BalasPadam
  2. cer ko buat video berkaler kisah cincin plk. garenti box opis.

    BalasPadam
  3. TERBAIKKKKKK SAMM...tak merasa kak mah nak melaram, sakit hatinya!!!!!! biar dia rasa pedih,frust ,merana..., ingat khazanah negara harta mak bapak dia ke...org mcm dia sanggup jual negara nak memuaskan nafsu setan...meluat tengok perempuan yg tak ada iman ni...

    BalasPadam
  4. Inikali lah..tukar!

    BalasPadam
  5. SPR KENA KETUK DULU BARU KETUK UMNO

    BalasPadam
  6. nasib baik tak sempat cilok bhaii... kalau tak, terbang 24 juta!!!!

    BalasPadam
  7. aku balik kampung di batu pahat jumaat ptg. Mlm singgah kedai mi bandung di Parit Tengah. TV keluar gambar najib cakap pasal pembangkang. Sorang mak cik (jawa) entah kenapa agaknya cakap kuat dengan nada marah (mungkin sedang datang bulan).

    Perkataan yang dapat aku tangkap - celaka najib/ macam negara dia/ cara cakap eksen betul/ riak/ takbur/ tuhan cabut kuasa lepas ni....

    Pelik... pelik betul. Tempat ni (parit Tengah) kubu umno tapi mak cik ni dan mula nampak cahaya pakatan rakyat di batu pahat.

    Tahniah mak cik!

    BalasPadam
  8. Orang meluat le.. riak takbur BN ni..

    Saban hari tayang BR1M, betapa benilainya rm500 tu, Apa TAX PAYER yang ken tax lebih dari RM500 tak bernilai ke duit tu?

    Dah la cukai rakyat pastu claim BN ni hebat dapat beri kemakmuran dan beri BR1M ada berterimakasih atas sumbangan TAX PAYER?

    Johor aku tengok makin ramai sokong PR.. bukan saja bendera podok panas pun dah banyak berbanding PRU sebelum-sebelum ni.. bahkan ada banyak geng dari Johor yang join demo bersih..

    Ramai yang masih menyokong BN/UMNO adalah dari mereka yang duduk comfort zone.. selesa sangat sampai lupa buta dan pekak tak boleh menilai..

    BalasPadam