Selasa, 2 April 2013

MARI MENGENALI APA ITU BTN




BTN DAN RASIS MELAYU




BERWASPADA
ULAR BTN SEDANG 
KELUAR MENCARI KERUSI


RASISMA PERKAUMAN DAN  SEJARAHNYA

Pekerja parti tersebut menjeritkan “Bunuh Tian Chua” apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan “menghapuskan pengkhianat” seperti naib presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. – petikan Malaysian Insider

Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, "I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol." petikan  Lt. Gen. William G. "Jerry" Boykin dari Los Angles Times

Dua petikan laporan media diatas adalah  kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk  memahami makna dan tanda kenyataan  tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa  itu rasisma? Dari mana datangnya rasisma?  Bagaimana rasisma berkembang? Dari mana sejarah punca rasisma?

Ini adalah soalan-soalan  wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan  untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri : apakah aku ini seorang rasis?

Satu jalur rasisma ialah fahaman  perkauman. Fahaman perkauman akan membenci   orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisma bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit puteh.  Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau  berkulit kuning pun  berkeupayan untuk menjadi rasis. Asas rasisma bukan warna kulit.

Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisma. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari  prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya  ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana  orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan...ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.

Rasisma sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI  tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis.  Untuk rasisma bergerak ianya wajib dibantu dan disokong oleh  kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisma. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisma  berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisma ialah perebutan harta kekayaan.

Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menaklok dunia hari ini berasaskan rasisma. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini  bodoh , bebal dan hanya boleh bekerja di ladang.

 Justeru orang  kulit hitam dipaksa  untuk jadi hamba.  Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk menggunakan tenaga mereka diladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas  asas rasisma ialah pengumpulan harta kekayaan. Dibelakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.

Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh Agama. Ajaran agama   yang mengajar  dan mendidik manusia untuk hormat menghormati sesama manusia kini disongsangkan. Ada  rabai, rahib,  imam atau padri yang menggunakan ayat-ayat suci  untuk mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.

Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang Orang Melayu malas. Justeru  melalui  hujah ini  Tanah dan Bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini  British memiliki sebab untuk membawa masuk imigran India dan China ke Tanah Melayu.  Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan Bumi Melayu.

Konsep  Melayu Malas ialah falsafah,  idealoji dan   faham rasis dari British. Malah semua kuasa yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran  falsafah  yang memperkecil, menghina atau membodohkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijeh, emas dan perak yang tersimpan dalam perut Tanah Melayu.

Satelah memahami konsep  dan asal usul rasisma mari kita lihat politik terkini.   Lihat bagaimana penyokong United Malays National Organisation melaungkan   ‘bunuh Tian Chua’.  Ini adalah laungan rasis yang disokong oleh  kuasa. Bukan semua penyokong parti politik  bebas melaungkan bunuh Si Polan atau Si Anu. Kalau para aktivis Angkatan Muda Keadilan bangun dan melaungkan ‘bunuh Najib’ pasti dalam sakelip mata sahaja mereka akan digari.  Disini jelas peranan kuasa   yang menjadi pemandu rasisma.

Kumpulan Pemuda United Malays National Organisation itu sedar bahawa mereka boleh melaungkan ‘bunuh Tian Chua’ kerana mereka tahu  dibelakang mereka adalah kuasa yang menghalal  dan mempertahankan perbuatan  mereka.

Tian Chua dipilih untuk dibunuh bukan kerana sandiwara Lahad Datu atau kerana Tian Chua berkata ‘ soldadu Mati Ibrahim Ali’. Semua ini  tidak betul. Tian Chua TIDAK pernah menyuarakan pendapat  sademikian. Tian Chua hendak dibunuh kerana Tian Chua China. 

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat  di Dataran Sungai Air Tawar, dengan lantang menyatakan  Lahad Datu adalah  ‘wayang’ yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah. Tetapi Lajim TIDAK diusik kerana Lajim Melayu.

Banyak blog, bayak laman,  ramai warga Sabah  malah saya sendiri tidak  pernah berhenti menganalisa Lahad Datu untuk menerangkan kepada pembaca bahawa Lahad Datu ini hanyalah satu sandiwara.  Tetapi  hanya Tian Chua China dipilih kerana Tian Chua China.

Strateji rasis United Malays National Organisation ini mula disusun  terperinci apabila parti ini tewas dalam pilihan raya 1969.  Sebelum Mei 13  1969  yang wujud hanyalah sikap prasangka antara kaum-kaum – Melayu tak suka China, India tak suka Melayu atau China suka Melayu. Sikap prasangaka yang sedia wujud ini telah diolah  untuk dijadikan satu  idealoji  yang disokong oleh kuasa daulah.

Idealoji rasisma  disusun dan distrukturkan. Kemudiaan pada tahun 1974  lembaga  Biro Tata Negara (BTN) diwujudkan untuk mengembangkan ideloji rasis ini. BTN sebagai satu  organisasi  boleh disamakan dengan   kumpulan Brown Shirt yang membantu  Hitler mewujudkan kuasa Nazi di German. BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri,  menyebar dan mengembangkan idealoji rasis Ketuanan Melayu  yang menjadi falsafah pegangan United Malays National Organisation.

Kalau Brown Shirt bergerak untuk memboikot perniagaan orang Yahudi di German. BTN pula menyebarkan pandangan bagaimana Orang Melayu telah hilang harta kekayaan kerana kaum China dan India.  China dan India ditakrif sebagai imigran yang wajib dimusuhi dan dicurigai. Lirik lagu Anak Anak Kecil Bermain Api – lagu resmi BTN -   menjadi pedoman idealoji rasis  BTN.

BTN mengembangkan  idealoji rasis  untuk menyokong dan memperkasa  Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta kekayaan negara ini dibolot oleh orang China.  Keseluruhan Orang China mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh untuk  keseluruhan Orang Melayu.

BTN mengadakan kuliah dan bengkel tertutup. Anak-anak mahasiswa Melayu sahaja  yang diwajibkan datang ke khemah BTN.  Malah jika ada pelajar enggan datang ke khemah BTN mereka akan disenarai hitam. Para pelajar Melayu yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara menjadi mangsa BTN. Jika gagal datang ke khemah BTN biasiswa akan ditarik dan  mereka akan dinafikan hak belajar  ke luar negara. Kuliah dan bengkel BTN juga diwajibkan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu. Dalam  straterji BTN, untuk DEB berjaya maka para profesional Melayu wajib mendapat suntikan rasis. DEB     memerlukan sokongan idealoji Ketuanan Melayu dari kaki tangan kerajaan.

Laungan ‘ bunuh Tian Chua’  yang kita dengar itu adalah hasil dari penyebaran fahaman rasisma Melayu. Fahaman rasisma Melayu ini semakin berkembang. Ini kerana lembaga BTN ini masih lagi wujud dan bergerak cergas. United Malays National Organisation yang kini terdesak amat-amat  memerlukan idealoji rasis untuk terus bergerak. BTN diperlukan sebagai wadah fahaman rasis Ketuanan Melayu dapat dikembangkan.

Orang ramai dan bakal pengundi  tidak lagi menyokong  konsep  rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini  dengan bijak  menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung dbelakang Raja, Bangsa dan Islam.

Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka’ besar  dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisma.  Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini  telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN’  pada awalnya masuk ke dalam parti Pas, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko’ BTN, pada  awalnya memasuki PKR  - kini bergerak cergas sebagai Ketua Penerangan Perkasa.

Dimana akan berakhirnya  laungan rasis ‘  bunuh Tian Chua’ masih belum jelas. Apa yang jelas pada tahap ini kita wajib terus menentang dan menelanjangi rasisma ajaran BTN.  Kita juga wajib tegas dan berani melawan ‘tunggul-tunggul’ BTN yang bertaburan atau yang  sedang menyamar sebagai Pak Lebai. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-40-45

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

----------

7 ulasan:

  1. jangan lupa, pengasas BTN ialah Anwar Ibrahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua benda kat mesia ni anwarlah dalangnya kan?weh, 1974 anwar kat penjara kamunting sbb demo Baling..bila masa nk asaskn BTN?1982 baru beliau masuk Umno...semua benda pon nk fitnah...

      Padam
  2. Pundek la rasis melayu, paling bodoh dalam dunia. Tempat lain rasis mempertahankan hak dan cara hidup pribumi, kulit putih atau yahudi tapi di mesia rasis melayu habis semua di beri percuma pada pendatang! Rasis bapak tolol namanya!Kena tipu sepanjang masa oleh pengkhianat melayu nama mengok

    BalasPadam
  3. Satu kupasan yang simple dan mudah difahami oleh golongan biasa dan terpelajar walaupun mereka yang dah diracuni dengan dokrin rasisme boleh merenung semula untuk menyahkan minda rasisme yang sudah tepu mungkin.
    Penganut rasisme telah membantutkan perkembangan atau kemajuan pembangunan negara kerana potensi membebaskan minda rakyat bagi memanfaatkan kepelbagaian etnik /agama/budaya disekat apatah lagi dibantu oleh ajaran agama, parti politik dan buruk sangka yang telah mendarah daging mereka yang berkenaan.
    Syabas TT kerna boleh menulis perkara ini dengan mudah dan jelas, sangat baik untuk semua pengunjung TT.

    BalasPadam
  4. terima kasih pak TT..pencerahan yg bagus.. org yg terikut2 rasisma dalam malaysia bukan tahu apa itu makna rasisma.. semua ikot bodoh tuli je.. kalau ditanya pakcik2 yg sebuk nak tanah kt kelantan baru2 nie..mati hidup semula aku pun, dia tak tahu apa itu rasisma.. sama juga la org kaki2 yg nak bunuh tian chua itu..sangup nak membunuh bagi pihak yg nak kepentingan..jadi la kamu kambing2 hitam rasisma kaki2 tuli.. sampai 1 tahap..ugutan bunuh menjadi mainan tingting..ibarat mafia merebut kekuasaan..sampai masa bapak burik anak rintik..dan pada saatnya pusingan alam nnt..anak2 kamu yg terbunuh.

    BalasPadam
  5. Thanks for relating power with racism.

    BalasPadam
  6. Hasil btn ialah lahirkan melayu rasis. Yang nyata dalam ekonomi, melayu bukan kroni jadi mangsa rasis kepada bukan melayu. Bkn melayu ada btn gak ke..(rasis ke komen nih hahaha). Tepat dan tak dapat disangkal memang kuasa memandu rasisma..

    BalasPadam