Rabu, 24 April 2013

SALAM PERJUANGAN DARI PARTI RAKYAT









PARTI RAKYAT MALAYSIA MEMBERI LALUAN PADA PRU13 BAGI MENENTUKAN KEJATUHAN BN

Parti Rakyat Malaysia mempunyai matlamat yang jelas iaitu memastikan kesejahteraan Rakyat. Selama lebih limapuiuh tahun kewujudan parti ini kebajikan rakyat sentiasa menjadi agenda utama perjuangan kami. Ini telah menggerunkan parti pemerintah sehingga hampir kesemua pimpinan kami pernah ditahan dibawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA).

Dengan itu Parti Rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU13 bagi memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan yang Barisan Nasional akan tumbang pada kali ini.

Keputusan kami adalah untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang akan menjadi penghalang utama bagi menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Namun PRM juga menyokong penuh calon-calon Parti Sosialis Malaysia kerana khidmat rakyat yang telah mereka berikan selama ini tanpa mengira etnik. Ini adalah justifikasi utama untuk mereka dibenarkan bertanding pada pilihanraya kali ini.

Parti Rakyat Malaysia menyeru keada semua parti-parti pembangkang terutamanya parti-parti komponen Pakatan Rakyat agar bersama-sama menentukan yang tidak akan wujud pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kali ini. Rakyat, yang sepatutnya menjadi agenda utama di dalam perjuangan menegakkan keadilan, bukannya berjuang untuk parti politik. Sama-samalah kita menentukan kekalahan Barisan Nasional pada PRU13.

Hidup Rakyat!

Al Jafree Md Yusop
Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia.




----------

2 ulasan:

  1. ini baru nama pejuang rakyat. ini bukan jenis pakai kopiah tapi kejar pangkat

    BalasPadam
  2. Perjuangan untuk Rakyat tetapi membelakangkan dan meninggalkan Hukum Allah adalah HARAM dan SYIRIK sebagaimana Parti Sosialis dan DAP...Ikut Islam lah...tutup parti Kafir ini kali lah...

    BalasPadam