SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
AKHIRNYA TARIKH SAMPAI
Bila parlimen dibubar? Bila rakyat Malaysia akan mengundi?
Berbulan bulan soalan dan labon ini kedengaran. Ianya telah menjadi menjadi labon klasik setiap empat tahun. Bukan satu yang menakjubkan : apabila dua sahabat bertemu mereka bersalamam dan
bertanya khabar. Kemudian akan timbul
soalan kedua : bila pilihan raya? Fenomena sabagini hanya berlaku dan terjadi
di Malaysia.
Para pembaca yang budiman pasti telah pernah mendengar kesah Rosmah Mansor berjumpa Guru Ji – bomoh dari India. Atau mendengar kesah Najib Razak suka angka
terkangkang – numbor 11. Kita juga ada mendengar
bagaimana United Malays National Organisation cuba merancang untuk memilih 11 atau 12 Mei sebagai hari mengundi.
Tarikh 11 atau 12 Meli ini dipilih untuk mengingatkan mereka yang hilang ingatan kepada tarikah dimana United Malayas National
Organisation telah kalah terok pada
tahun 1969 – lalu meroyan , meraung dan mengamok.
Rosmah bukan menengok anak bulan dengan Guru Ji tetapi
mencari nujum ini untuk menilik tarikh
yang terbaik untuk isterinya...opps... suaminya
membuat pilihan raya. Najib pula dikatakan amat suka dengan angka 11 – angka dua kaki tegak
berdiri. Maka mungkin kerana suka dua kaki terpacak maka Najib akan memilih
hari ke 11 akan menjadi hari PRU13.
Semua labon-labon ini
betul. Semua labon ini ada asas. Malah bertanyakan bila PRU13 akan diadakan telah menjadi tajuk
perbualan dari hari Rosmah
Mansor dan isterinya...opss.. dan suaminya Najib Razak berjaya menempeleng Dolah Badawi. Sebenarnya Rosmah dan Najib hanya tumpang tempeleng. Yang
menerajang Dolah Badawi hingga sesak
nafas ialah Muhyiddin Yassin. Najib
dengan perangai takutnya hanya menunggu peluang untuk memijak Dolah yang telah jatuh tersungkur. Ini sejarah. Ini bukan
fitnah.
Sebenarnya sistem pimilihan wakil rakyat di Malaysia penuh
dengan tipu helah. Suruhajaya Pilihan Raya
yang diwujudkan oleh Parlimen untuk mengendalikan pilihan raya kini telah menjadi barua kepada United Malays National
Organistaion. Tugas utama yang dilakukan oleh SPR ini ialah untuk
memastikan United Malays National Organisation dengan Ketuanan Melayunya akan terus berkuasa. Ini juga fakta. Ini juga
bukan fitnah. Ini
rahsia umum. Malah orang ramai telah
diberitahu Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays National Organisation.
Dalam negara Malaysia hanya orang kurang siuman sahaja yang pecaya
bahawa SPR ini satu lembaga yang bebas. Tetapi,
masih ada suara-suara yang mengakui
bahawa SPR ini adalah lembaga yang adil dan telus. Untuk saya , mereka yang memiliki pendapat sademikian cukup senang untuk difahami.
Orang yang mengakui bahawa SPR ini satu badan bebas dan adil
kerana mereka memiliki kepentingan dan pertalian ekonomi dengan United Malays
National Organisation. Dalam hati kecil
‘orang-orang’ ini, mereka sedar tentang wujudnya penipuan yang dirancang oleh SPR.
Mereka ini pura-pura buat kurang arif.
Mereka cuba buat tidak sedar. Ini kerana
jika United Malays National Organsiation
tergelincir dari kuasa maka mereka akan hilang peluang perniagaan.
Mereka yang buat buat tak sedar bahawa penipuan berlaku dalam
pilihan raya ini pasti ada kepentingan
ekonomi dan politik untuk berbuat demikian.
Mustahil selama emat lima tahun ini – dari Bersih 1 hingga ke 12 Januari
2013 - Himpunan Kebangkitan Rakyat –
minda mereka tersimin ketat. Saya amat yakin ahli United Malays National
Organisation yang berkarat pun tahu penipuan berlaku. Tetapi, mereka semua ini
menerima penipuan kerana undi tipu ini
membolehkan mereka cari makan.
Justeru, saya merasa
amat marah apabila dituduh menabur fitnah kerana menuduh SPR dan United Malays
National Organisation menipu dalam pilihan raya. Mati-matian saya diminta untuk
menunjukkan bukti. Saya diasak. Saya
ditekan untuk memaparkan bukti.
Ada sosok yang meminta saya buktikan dimana penipuan SPR? Atau meminta tunjukkan
bukti dimana United Malaya National Organisation menipu? Awalnya saya marah
mendengar permintaan ini. Kemudian saya
beralih menjadi sedih.
Dengan rendah
hati - dengan sedih lagi pilu – saya
sedang melihat bagaimana anak semua
bangsa dalam negara tempat kelahiran
saya ini telah menjadi bodoh. Mereka yang bertanya , mereka yang meminta bukti penipuan - adalah contoh terbaik bukti kejayaan United Malays National Organisation
membodohkan orang ramai. Inilah yang saya istilahkan pengbonsaian warga Malaysia.
Bertanya dan meminta bukti dimana pilihan raya tipu hanya
keluar dari otak orang bangang yang
telah bonsai akal fikrahnya. Akal dan fikiran mereka tidak dapat lagi melintasi
pagar RTM, Utusan atau Tv3. Mereka telah diperangkap. Otak mereka telah
disimin.
Mari kita lupakan kaji selidik yang dilakukan oleh Dr.Ong
Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Projek (MERAP). Lupakan juga
penemuan 134,000 nama pengundi di Selangor yang tidak diketahui jantan
betinanya. Penemuan 134,00 nama ini adalah hasil kajian satengah tahun yang
ditaja oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lupakan juga fakta bagaimana MB Selangor sendiri
telah dialih kawasan mengundi dari
Seksyen 16 Petaling Jaya untuk menjadi
pengundi Lembah Pantai.
Lupakan juga bagaimana
beberapa orang ibu dan ayah yang telah membuat sidang akhbar kerana hairan nama
anak mereka yang sedang belajar diluar negara
tetiba menjadi pengudi, wal hal anak mereka TIDAK pernah mendaftar
sebagai pengundi. Lupakan juga puluhan ribu bakal pengundi yang nama mereka
hilang lesap entah ke mana.
Lupakan juga 4000 nama pengundi hilang dari kawasan
Perlabuhan Klang. Lupakan juga 4000 nama pengundi Taman Medan yang telah hilang. Kes-kes dan kajian diatas boleh dihujah untuk ditolak
kerana yang menjalankan kajian ialah mereka yang pro kepada Pakatan Raykat.
Kaji selidik didanai oleh kerajaan Selangor. YB Charles Santiago dari Perlabhuan Klang dan
YB Haniza dari Taman Medan adalah YB dari Pakatan Rakyat.
Tetapi bagaimana pula dengan
RCI Sabah? Bagaimana dengan Suruhanjaya
DiRaja Siasatan Kad Pengenalan Palsu di Sabah?
Mereka yang menuntut Suruhanjaya ini bukan orang Pakatan
Rakyat atau yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat. Antara yang menuntut penubuhan suruhajaya ini
ialah Bernard Giluk Dompok – bekas menteri kabinet Barisan Nasional. Antara
yang meminta kes kad pengenalan palsu ini disiasat ialah Yong Teck Lee, Maximus
Ongkili dan Joseph Pairin Kitingan.
Bengolan-bengolan ini bukan kecik anak – mereka adalah gedebe-gedebe
dari parti kaum kerabat United Malays National Organisation.
Untuk saya RCI atau Suruhanraya Di Raja Siasatanh Kad
Pengenalan Palsu ini adalah bukti penipuan undi
yang terpampang jelas untuk dilihat oleh orang ramai. Saksi-saksi awal tanpa segan
dan silu telah menyatakan kepada ahli
Suruhanjaya bagaimana kad pengenalan segera telah diberikan kepada pendatang
haram untuk membolehkan pendatang haram
ini mengundi parti yang menyokong United
Malays National Organisation.
Ini bukti saheh. Bukti ini bukan datang dari mulut penyokong Pakatan Rakyat. Bukti dan cara kad pengenalan
segera ini diagih-agihkan kepada pendatang haram telah didengar
dari mulut pegawai-pegawai tinggi
Jabatan Imigrisen, dari mulut pegawai tinggi
Jabatan Pendaftaran Negara atau dari mulut Tuan Pegawai Daerah Sandakan
yang terlibat pada ketika itu.
Sayangnya – selama lebih dari 50 tahun – ramai warga negara
Malaysia telah dibonsaikan. Atau lebih tepat lagi telah menjadi bodoh
sehinggakan tidak dapat menggaris dan
menyusun berita laporan Suruhajaya DiRaja ini ini sebagai satu bukti penipuan undi di Sabah. Bukti
penipuan terpampang luas dihadapan mata tetapi tidak dapat dilihat.
Kegagalan warga menyusun berita yang keluar dari laporan
siasatan Suruhanjaya DiRaja untuk
dijadikan satu naratif penipuan membuktikan bahawa proses pembodohan telah
sampai ke kemuncak. Penipuaan undi telah terang-terang dilaporkan tetapi masih
ada lagi yang bertanya : mana bukti penipuan berlaku?
Kadang-kadang saya teringin menempeleng orang yang meminta
bukti penipuan undi dalam pilihan raya. Kadang-kadang saya marah becampur
sedih. Marah kerana berhadapan dengan soalan bodoh. Sedih kerana mereka juga adalah kaum keluarga
kita, sahabat handai kita dan warga
negara Malaysia yang telah berjaya dibodohkan.
Pada 5 Mei 2013 rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Tarikh
telah ditetapkan. Sama ada tarikh ini dengan persetujuan Guru Ji atau dengan restu Pak Bomoh Najib saya tidak tahu.
Malah semua ini tidak penting.
Ada satu pekara yang saya sedar dengan jelas. Beberapa minggu satelah Najib
menempeleng Dolah Badawi ada
seorang kawan saya yang amat rapat
dengan Abdullah Badawi telah memberitahu
saya bahawa PRU13 akan diadakan satelah semua sistem penipuan disusun rapi.
Awalnya saya kurang yakin akan ‘borak kosong’ ini. Kawan saya
ini ada juga memberi saya tahu tentang strateji untuk memunculkan banyak NGO
Melayu Islam untuk ke hadapan mendindingi United Malaya National
Organisation. Saya juga diberitahu
bahawa ‘pembayaran’ dan duit akan
ditabur untuk membeli sokongan.
Saya perhatikan satu demi satu pekara yang saya difahamkan
empat tahun dahulu kini telah terjadi.
Ngo Melayu Islam mengulat taik, pemandu teksi diberi tayar, komputer dan buku
diagih untuk pelajar, gaji pelbagai
bidang telah dinaikkan, Mak Cik dan Pak Cik Felda dapat 15 ribu ringgit – duit
sedang ditabur disana sini.
Maka apabila tarikh 5
Mei 2013 itu diumumkan maka saya yakin
semua sistem untuk menipu telah dipasang dan telah bersedia untuk memastikan
United Malays National Organistion terus berkuasa. Atau apakah strateji jahat yang dirancang oleh SPR ini akan dapat mengalahkan kebangkitan rakyat? Tunggu
minggu hadapan. (TT)
NOTA
SUARA KEADILAN
telah menjadi 2 kali seminggu
hari selasa dan hari jumaat
SK terjual sebanyak 150,000
akhbar cool lagi melawan
tanpa lesen atau permit
boleh didapati di semua
penjual akhbar yang berani
tulisan ini telah keluar
dalam SUARA KEADILAN terbaru
------
Aduhai TT.
BalasPadamKepada sesiapa yang ingin melihat atau dibuktikan yang SPR adalah memihak kepada UMNO, maka sila tanya "Melayu Khinzir" (terlalu bodoh) tu, sila buktikan dahulu bahawa Emak dia adalah seorang perempuan dan minta bukti suruh emak dia kangkang tunjukkan puki(faraj), baru kita percaya.... bahawa emaknya adalah perempuan sejati.gSHOW
Salam Bang Isham,
BalasPadamSey dapek maklumat dr bapak mertuo yg dlm pertemuan Noh Omar bbrp mggu lopeh dgn ketuo2 pukida selangor yg diadakan di sebuah restoran tmn medan ado berbunyi;
kalau PR monang laie Selangor & Malaysia, puak2 false malay warrior ni diarah utk bersedia cotuihkan huru-haro n buek kacau...ini dah mcam modus operandi 13 Mei 1969 dulu...
mintak semuo jentera PR alert...mmg cilanat Noh Omar ni...jahanam negaro kalau manusio cam dio ni jd MB Sgor!!!!
enche tukar tiub,
BalasPadamsaya ada satu persoalan yang mungkin enche tukar tiub dapat hurai mengikut firasat dan keberangkalian yang paling utama.
katakan jika PR menang pilihanraya kali ini, apakah perkara-perkara yang tukar tiub rasa PALING UTAMA untuk PR address supaya kekecohan dapat dielak atau sekurang-kurangnya diminimalkan.
seperti semua maklum, media massa arus perdana semuanya dicontrol oleh umno dan associate. bagaimana jika laporan mereka semua menjurus ke arah pewujudan rasa tidak tenteram, huru hara akibat kekalahan mereka. television, radio, suratkhabar semuanya akan memainkan segala macam isu untuk cuba merealitikan 13 mei, sekali lagi.
ditambah pula dengan sistem SPR itu sendiri, diadu dombakan pula oleh pejabat attorney general. pihak penguasa, polis terutama bersiap sedia untuk "mengganggu" perayaan kemenangan dan BERSIH v2.0 akan ada ulangan. rakyat dituduh memberontak, sekali lagi, cubaan merealitikan 13 mei bagi memberi ingatan bahawa negara ini milik cuma umno dan associate.
apa pandangan enche tukar tiub supaya orang ramai bersedia dalam worst-case scenario.ugutan bertalu-talu dah datang dalam setiap peringkat. benar kita mahukan segala berjalan lancar, namun tiada yang mustahil. langkah berjaga-jaga harus diambil.
mencarut adalah amalan macai PKR
BalasPadamvideo sex adalah sunah umprono.
Padamsham,
BalasPadamko tempelengkan je...tak cukup tangan, dengan kaki ko terajang! baru ada akal...
MENCARUT LELEBIH BAIK DARI MENIPU DAN MERASUAH..MENCARUT KITA NMPK TERANG2AN..MENIPU DAN MERASUAH UNDERCOVER DAN LAGI MAHA KEJI!! PUIHHH!!
BalasPadam