BERITA SAHEH
DARI
TV BANGSAR UTAMA
DARI
TV BANGSAR UTAMA
Mesyuarat PKR, dipengerusi ADUN Seri Setia Nik Nazmi ...
.../video-mesyuarat-pkr... - Translate this page
2 days ago – Pada minit ke 4;11:00 wakil Ahli Parlimen PJS menentang keputusan Nik Nazmi untuk merobohkan jambatan tersebut, ini membuatkan Adun ...
Video Perbincangan Jambatan Besi Desaria
Baru-baru ini video perbincangan mengenai Jambatan Besi Desaria telah disiarkan di internet. Jambatan yang menyeberangi Sungai Penchala ini menjadi jalan pintas dalam menghubungkan Pangsapuri Desaria Fasa 1 dan Pangsapuri Desaria Fasa 2. Terdapat sebuah kuil berhampiran Pangsapuri di Fasa 2 ini dan sebahagian penduduk dari Fasa 1 akan menggunakan jambatan ini sebagai laluan untuk ke kuil tersebut dan beberapa kawasan lain di Fasa 1. Jambatan ini pada asalnya hanyalah merupakan binaan sementara ketika projek pembinaan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) kira-kira lebih 10 tahun yang lalu.
Perbincangan ini diadakan beberapa tahun yang lalu di pejabat lama saya di SS6 Kelana Jaya, dipengerusikan oleh saya sendiri dan dihadiri oleh beberapa pihak lain. Video tersebut dirakam secara diam-diam ketika perbincangan sedang berjalan, dan kemudiannya disunting dan digambarkan dalam bentuk yang jauh berbeza daripada tujuan asal perbincangan itu. Tindakan bersifat khianat ini bertujuan memberi gambaran buruk terhadap diri saya dan merupakan suatu usaha untuk mencemar imej saya.
Sebagai rekod, pihak NPE telah menimbulkan isu keselamatan jambatan ini kepada saya apabila saya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada tahun 2008. Setelah berbincang bersama penduduk setempat dan mereka yang berkepentingan, saya walaubagaimanapun mencadangkan agar kerja meroboh jambatan tersebut ditangguhkan kerana beberapa upacara penting akan berlangsung di kuil pada ketika itu.
Saya kemudiannya ada mengadakan beberapa siri perbincangan lanjutan dan menelan masa yang lama dalam mencapai kata putus kerana terpaksa mengambil kira aspek keselamatan penduduk dan pada masa yang sama harus menyediakan kemudahan untuk mereka menyeberangi Sungai Penchala.
Video ini dirakam dalam salah satu perbincangan yang telah diadakan. Tapak penempatan baru kuil tersebut telah dipersetujui oleh mereka yang berkepentingan dan saya telah melawat kuil tersebut beberapa kali termasuk bersama Hindu Sangam.
Dalam pada video ini menggambarkan perbincangan yang berlangsung adalah ‘panas’ dan rancak, ia turut jelas memaparkan yang saya ada menekankan bahawa perkara pokok adalah keselamatan penduduk itu sendiri. Saya mengambil kira tanggungjawab ini secara serius.
Akhirnya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat rasmi MBPJ dan dihadiri oleh antaranya, Timbalan Datuk Bandar Puasa Md Taib, Pengarah Kejuruteraan Cheremi Tarman, Ahli Parlimen Kelana Jaya YB Gwo Burne Loh dan Ahli Majlis MBPJ Halimey Abu Bakar. Wakil NPE dan pemaju kawasan sekitar seperti Masteron dan PJCC juga turut hadir.
Kata putus akhirnya berjaya dicapai dimana pemaju bersetuju untuk membina jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama sebagai sebahagian daripada syarat-syarat kelulusan pembangunan mereka. Pada masa sama, Jalan PJS 2 harus dinaik taraf. Jambatan Besi sedia ada juga dibenarkan untuk kekal beroperasi sehingga jambatan baru siap dibina. Semua pihak yang hadir bersetuju dengan keputusan ini termasuk diri saya sendiri.
Saya kesal jambatan baru masih belum dibina sehingga kini. Saya dengan ini beriltizam untuk bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk memastikan pembinaan jambatan baru ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin untuk kegunaan penduduk setempat dan saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai isu ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
JAM 4:00 PETANG
PASTILAH
DI TV BANGSAR UTAMA
--------
Dah 5 tahun Jodi Adun, Jabatan kecil pun tak boleh selesai. Apa you buat selana ni. Dah dekat PRU baru baik semangat nak selesai keys ni. Mana boleh macam ni bro. Dengan Khabarovsk Nik ni Ada masalas besar di Sri Setia, boleh kalah kalau tak Kenya gaya. Jon Jodi McMahon YB Umno bro, dekat pilihanraya baru nak sibuk. Nak jawab itu dan ini.
BalasPadamKepala otak ko Nik Azmi. Dalam video klip terang2 menunjukkan ko ni didaktor. Mengaku sajalah. Orang yang macam ko kalau suatu hari nanti jadi pemimpin, mesti kaki rasuah, kaki spin, kaki tipu. Jahanam ko!! Di akhir video, ko ingat meeting di tempat ko, ko ni besar sangat kah??? tak sedar diri!! Phui!!
BalasPadamNak bina jambatan baru itu mahal. Lebih baik memperkukohkan jambatan besi ini supaya selamat. Cara ini lebih murah agaknya. Tak payahlah roboh roboh jambatan ini.
BalasPadam