SIAPA CALON BTN
DALAM PKR?
FILEM DAN PROPAGANDA
Tarikh: Petang Jumaat 29 March 2013. Tit tit tit talipon
berbunyi. Satu Pesanan Ringkas masuk: Opis aku jab lagi akan ada tayangan
filem. Ada makan. Ada taklimat.
Untuk menjelaskan kedudukan saya menjawab pesanan ringkas
dengan bertanya. Pejabat apa? Taklimat
apa? Wayang apa? Lalu diberitahu
oleh Si Polan ini bahawa dia bekerja di
Jabatan Kerajaan bukan swasta. Lalu diberitahu bahawa taklimat ialah: Jati Diri
Mengikut Perspektif Islam. Lalu diberi tahu wayang itu ialah Tanda Putra.
Saya belum menonton Tanda Putra. Kerana belum menonton maka
adalah tidak adil untuk memberi pandangan tentang isi dan naratifnya. Ini sama
saperti saperti saya akan mempertaikaikan kewarasan sesiapa sahaja yang
menentang buku, filem atau kerja seni yang mereka TIDAK baca, lihat atau tonton
– jauh sekali faham.
Tanda Putra ini heboh dan sengaja diheboh-hebohkan. Di
katakan filem ini tentang Mei 13. Dikatakan ada imej Melayu bunuh China dan dan
dan. Semua ini mungkin betul. Semua ini mungkin tidak tepat. Saya tidak dapat
mengusik hal ini kerana belum melihat filem ini.
Tetapi apa yang jelas ialah cara pemasaran filem ini
diselaputi oleh mistik. Kabinet bermesyurat lalu mengambil keputusan ‘tidak benarkan’ filem ini untuk
umum. Tidak diharamkan - hanya dilarang.
Saya perhatikan ada sesuatu ajenda
tersorok disini. Saya berpendapat ‘ larangan’ ini adalah sebahagian dari
strateji pemasaran. Strateji pemasaran
yang ingin mewujudkan keberahian untuk menarik anak muda melihat ada ‘kepala bana’
apa dalam filem ini.
Sebagai metapora atau perbandingan saya sebutkan fakta
pokok ganja di Pakistan. Di Pakistan ganja
hidup meliar dan membelukar di tepi bukit dan gunung. Pokok ganja di Pakistan menjadi
belukar dibelakang rumah sama saperti pokok senduduk dikawasan kampong yang
tidak berjaga. Justeru di Pakistan tidak
ada siapa yang ambil pot tentang pokok atau daun ganja.
Di Malaysia pun satu
ketika dahulu tidak ada siapa yang pedulikan daun ganja. Tetapi apabila Mick
Jagger dari kugiran Rolling Stones dan arwah John Lennon ditahan di lapangan terbang
Haneda Tokyo pada tahun 60’an dahulu
kerana pernah memiliki ganja maka dengan serta merta ganja menjadi cool
dan mistik. Anak-anak muda ingin tahu. Lagi dilarang lagi ingin dicuba. Baginilah pemasaran Tanda Putra. Larangan ini
adalah sebahagian dari pemasaran.
Membuat filem untuk tujuan propaganda bukan satu yang salah.
Malah untuk para pengkaji bayang bergerak akan sepakat berpendapat bahawa imej atau bayang bergerak ini semuanya propaganda. Semua
imej yang dibuat ada tujuan dan ada
tanda dan makna.
Ada yang membuat filem
untuk mendapat nama. Ada yang membuat filem untuk mengajukan satu pandangan
hidup. Satu pandangan dunia. Ada membuat filem sebagai tempat cari makan. Ada
juga yang membuat filem untuk mencari kekasih jantan dan betina. Hakikatnya membuat
filem pasti ada tujuan. Mustahil membuat sesuatu tanpa tujuan. Orang gila pun jika membuat
filem ada tujuan. Orang gila buat filem
kerana untuk membuktikan yang dia gila.
Contoh terbaik kerja propaganda ialah pembuatan iklan yang menggunakan bayang bergerak. Iklan ialah
propaganda untuk mempromosi, untuk memperkenal atau pemasaran produk. Lebih
halus, lebih licin iklan dibuat maka lebih
menerjah masuk ke sanubari penonton.
Propaganda yang baik lagi berseni
ialah propaganda yang tidak disedari yang ianya sebenarnya satu propaganda.
Sebuah filem propaganda yang akan terus dikaji dan dibincangkan sehingga dunia kiamat ialah filem Triumph des Willens
atau Triumph of the Will atau Kejayaan Semangat. Filem ini dibuat oleh seorang
gadis German bernama Leni Riesfenstahl pada tahun 1935. Filem dokumentri ini ialah tentang perhimpunan Nazi di
Kongres Nuremberg German pada tahun 1934.
Penerbit Eksekutif filem ini ialah Hitler sendiri. Filem ini
dibuat untuk Parti Nazi yang sudah mendapat kemenangan di German. Filem
dokumentari ini memperlihatkan kekuatan 700,000 ahli parti yang datang berkongress.
Filem ini diselang seli dengan ucapan para pemimpin parti.
Apa yang menjadikan
Triumph of the Will ini satu perdebatan yang tidak kunjung padam kerana sebagai satu kerja seni ianya tidak
boleh dinafikan. Sudut kamera. Sudut subjek dan objek. Cahaya dan ambiance –
semuanya digarap dengan seni yang penuh teliti.
Malah hingga ke hari ini belum ada satu
dokumentari yang mungkin ada keupayaan
untuk mempengaruhi ramai pembuat filem yang lalu dan yang akan datang.
Dokumentari ini memperlihtkan keupayaan seorang seniman untuk melaku kerja seni yang amat cemerlang tetapi untuk tujuan paling jahat.
Dokumentari ini ialah tentang rasisma. Tentang bangsa German Aryan yang berkulit
puteh yang dinobatkan oleh Hitler untuk menjadi
pewaris dunia ini. Mengikut ajaran Nazi – sesiapa yang tidak berkulit puteh
dan bukan Aryan maka mereka hanyalah pekakas untuk dijadikan hamba.
Kerja seni Leni ini saya samakan dengan kerja ahli saintis pisik Julius R Oppenheimer yang
mengepalai Manhattan Project yang berjaya meledakan
bom atom pertama didunia pada 16 Julai 1945 sebelum bom yang sama dijatuhkan ke Nagasaki
dan Hiroshima. Oppenheimer menggunakn
fikrah terbaik manusia untuk melakukan perbuatan manusia yang paling keji. Leni Riesfenstahl dalam Triumph of the Will juga telah
menggunakan fikrah terbaik seorang seniman untuk melakukan kerja terhodoh dan terjahat.
Saya tidak akan menyamakan Tanda Putra dengan Triumph of the
Wills. Juga adalah satu penghinaan terhadap Leni Riesfenstahl jika saya samakan
dia dengan pengarah Tanda Putra.
Mustahil saya akan berbuat sademikian.
Apa yang ingin saya timbulkan disini ialah rasisma. Saya mengkait Tanda Putra dengan kerja jahat Biro
Tata Negara. Saya ingin memperlihatkan bagaimana BTN ini sedang bergerak
‘menyorok-nyorok ‘ merancang secara gelap untuk mengapi-apikan
semangat rasisma Melayu. Ini bertujuan untuk
menimbulkan kekacauan antara bangsa bangsa.
Pesanan ringkas yang saya terima dari Si Polan itu itu menerangkan juga bagaimana para pegawai kerajaan telah diperangkap pada hari Jumaat itu dengan taklimat Jati Diri Mengikut Perspektif Islam. Sepulangnya pegawai kerajaan dari berjumaat mereka telah didorong ke dewan kerana dikatakan satu taklimat akan diadakan.
Taklimat karut ini tidak wujud. Tidak ada siapa yang memberi
taklimat. Dalam dewan telah pegawai BTN sedang bersedia untuk menayangkan Tanda Putra.
Apakah saya berani mengatakan Tanda Putra ini sebuah filem
rasis? Untuk saya sesiapa sahaja yang
berkerjasama dengan BTN pastilah memiliki falsafah atau bersimpati
dengan fahamkan rasis. Kalau tidak mustahil BTN
berusaha bagitu gigih sekali secara ‘gelap-gelap’ menayangkan filem ini
kepada kaki tangan kerajaan berbangsa
Melayu. Dari satu Kementeraian ke yang
lain – dari kampus ke kampus - pegawai
BTN secara ‘rahsia’ telah mengatur penonton.
Jika pun filem ini
tidak mengandungi fahaman rasis pasti
ianya tidak menyangkal atau menentang
falsafah Ketuanan Melayu yang menjadi
panduan United Malays National Organisation. Jika filem ini bertemakan
perjuangan menentang rasuah atau menentang ISA atau menentang kezaliman pasti BTN tidak segila ini
berkerja menyebarkan filem ini.
Apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh BTN ini? Lembaga BTN yang bergerak dibawah Jabatan Perdana Menteri ini sedar bahawa anak-anak muda telah tidak ambil pot tentang Mei 13. Untuk anak-anak muda sekarang Mei 13 hanyalah satu tarikh kosong.
Sikap anak muda yang tidak ambil pot tentang Mei13 ini amat
amat merungsingkan para pemimpin United
Malays National Organisation. Mei 13 ini
adalah raison d’etre - oxygen talian hayat
- untuk penerusan hegemoni dan kuasa Ketuanan Melayu. Justeru BTN telah
tampil untuk menghidupkan kembali mitos Mei 13.
Saya tidak akan mempersoalkan apakah Tanda Putra ini tepat dengan
fakta sejarah atau tidak. Sama ada filem
ini menunjukkan peranan jahat Harun
Idris , Razak Husin atau Mahathir Anak Lekaki Iskandar Kutty secara tepat bukan satu yang penting. Saya yang juga terlatih dalam ilmu filem
sedar dan menghormati apa yang dipanggil
lesen kreatif untuk penulis dan pembuat filem. Mereka bebas ketika mengadun naratif filem ini. Filem
tidak pernah membawa kebenaran.
Filem ialah naratif
propaganda bayang bergerak.
Apa yang seharusnya dipertikai dan dipersoalkan oleh rakyat
Malaysia yang waras ialah pembuatan Tanda Putra telah menggunakan duit orang
ramai. Duit kita kita ini digunakan untuk mengembangkan pandangan rasis. Ini
bezanya Hitler dengan Najib. Ketika Leni
Riesfenstahl membuat filem rasisnya dia mendapat dana dari Parti Nazi. Tetapi Tanda Putra ini dibuat dengan dana dari Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional - FINAS.
Rakyat Malaysia wajib terus bangun dan bertanya kenapa
kerajaan memberi dana untuk mengembangkan kejahatan. Kenapa dana diberi untuk
membuat filem propaganda yang mengadu
domba antara Melayu dengan China? Apakah
pada ketika ini BTN melalui Tanda Putra
sedang merancang untuk menaikkan
semangat Melayu agar benci kepada China?
Atau ini sebahagian dari ajenda ‘gelap’ BTN untuk
menakut-nakutkan orang ramai dari mengundi Pakatan Rakyat. Atau
menakut-nakutkan China untuk jangan
bersama Melayu atau bersama anak semua
bangsa untuk mengtalkinkan United Malays National Organisation. (TT)
SIAPA DIA CALON BTN
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talion 03- 22-72-40-45
NOTA
bermula dari minggu ini
SUARA KEADILAN
akan diterbitkan
dua kali seminggu
-------
Aku rasa yg calon BTN dlm PKR tu mesti yg kat batu Pahat tu kan??? Bab Batu Pahat tu, aku memang tak puas hati, pasal apa Syed Hamid Ali tak dicalonkan di BP, kenapa dicalonkan anak Jauzi tu sbg calon. Padahal Syed Hamid Ali byk berjasa kerja kuat di Batu Pahat. Lagipun, aku pun ada dgr jugak yg dia tu org BTN asalnya.
BalasPadamBro,
BalasPadamKonon2 nye..nanti kalau org cina dan india memerintah..melayu akan
kojolll.. Bumi di pijak milik orang le konon konon nye ..
sekarang ni UMNGOK pun dah pijak2 kepala org melayu pun tak sedar..
Aku ni.. hari2 ..kena bayar tol nak p keje..rumah aku ngan tempat keje 20km je..bayar tol LDP pun dah 4 kali satu hari..jem tetap jemm..bersilat kaki aku dalm kete..
Sapa sebat duit tu??
Aku lagi rela dari org bukan melayu jadi YB kat tempat aku..
Yb la ni..time raya je ..tayang muka kat tepi jalan ngan muka bini dia, anak dia..
tapi aku yang hari2 berenjut time jalan jem ni tak pulak diambik kesah!!
Tanya kat pemandu2 kat Bdr Putra Permai, Seri Kembangan...Tak berasap bontot pagi2 nak p kerja??
admin, tolong promote page ini, terbaik..
BalasPadamhttps://www.facebook.com/kempenpilihanraya
Terima kasih..
Tidak salah membenci kaum cina...saya amat benci orang cina...saya benci kemahiran mereka berniaga...saya benci kesatuan mereka yang saling membantu dan megalakan dalam perniagaan..saya benci kerajinan mereka..saya benci sikap mahu menjadi best of the best anatara mereka..saya benci sikap suka memonopoli mereka kerana mereka nampak sesuatu peluang apa yang orang tak nampak...saya amat benci cina kerana sikap mempertahankan perniagaan mereka yang extrim dan yang saya amat amat benci pada kaum cina ialah kerana.saya tak berpeluang kahwin dengan wanita cina...kerana saya tak pandai cakap cina......so tenda biru...ke...tenda hidung lembu ke...tenda jalan ke...tenda memanjat pokok ke.....walaupun belum tengok...saya tak akan tengok kerana lebih baik saya membenci sesuatu yang baik dari membenci tak tentu pasal......di seluruh dunia...revolusi suara kemuncak seks sentiasa berubah...dari senyap senyap...yes baby omg...ahhhhh..ikikikikik sambil mata hitam hilang...tapi cina dia maintain....old school dan masih kekal.....contohnya...jika mereka sampai kemuncak...bunyi nya satu je....lai lai lai...mau ah..mau ah.....sambil tutup mata...tapi sebenarnya mereka tak tutup mata...jangan silap...memang mata mereka nampak tertutup tapi mereka nampak peluang perniagaan dengan jelas...ini bukan jenaka atau sinis....ini kenyataan...saya respek orang cina..mereka hebat.. Dari bisness hingga making love...dorang nak berniaga saja.....itu hebat bagi saya.
BalasPadamHuarrghhh, 3x terlelap baca tulisan TT kali nih. PanjangXlebar mcm rosmah. Bukan tak menarik@ tak logik. TAPI TAK MASUK AKAL!! Sejak aku kenal politik, nama umno, menteri & perjuangan amno langsungg tak masuk kat akal aku. amno nak buat apa, jadi apa, gi mamposs sama dia.
BalasPadamJohn Lenon memang tak rasis, khawin dgn Ono Yoko. Hisham Rais kahwin dgn Eli Wong adalah semangat John Lenon. Eli Wong ketawa saja , bila di interbiu olih Hisham Rais, di Radio B Utama. Ini bermakna Eli Wong ada pikat kpd Hisham lah.
BalasPadam"Justeru di Pakistan tidak ada siapa yang ambil pot tentang pokok atau daun ganja."
BalasPadamWell done sir. *slowclap*
Daripada buat filem propaganda murahan peristiwa 13 Mei yang diputarbelitkan itu...lebih baik buat cerita kisah Menteri Rogol Amah ka....ada juga kelainanmya......
BalasPadam