Jumaat, 3 Mei 2013

BACA INI DULU SEBELUM BALIK KAMPONG




JAM 2:00 PETANG
TV BANGSAR UTAMA
Add caption


PILIHANRAYA DAN REALPOLITIK

Pada jam  11:38 malam Ahad  5 Mei 2013 Anwar Ibrahim  dinobatkan sebagai  Perdana Menteri Pertama dalam negara  Malaysia Baru.  Yang DiPertuan Agong telah diberitahu  bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat mandat dari rakyat.  United Malays National Organisation hanya berjaya mendapat 77 kerusi.    Berita RTM  jam 12:00 tengah malam melaporkan bahawa Najib Razak telah menerima kekalahan partinya,  United Malays National Organistion dan kuncu-kuncunya dalam  Barisan Nasional.   

Media tempatan sibuk  macam murai tercabut ekor. Media pembodek ini kini tidak  tahu apa yang hendak dilapor. Manakala media antarabangsa  yang  telah berkampong satu minggu    sebelum 5 Mei kini sibuk  mencari  ‘pemecah berita’.  Satu kumpulan media telah berkampong di Putrajaya  untuk menunggu perkembangan terkini.

Pada pagi Senin 6 Mei 2013 satu lagi kumpulan media telah berbondong-bondong  berkampong di Bukit Segambut. Dihadapan Rumah Anwar  Ibrahim ramai penjaja telah mula membuka gerai. Sibuk – semua menunggu perkembangan terkini.

Di Putrajaya - para jurukamera – Paparazzi – telah memasang lensa besar jarak jauh  untuk merakamkan gambar klasik kurun ini. Kalau di Manila ada gambar Imelda Marcos membungkus kasut meninggalkan Istana Malacanang. Kini Paparazzi sedang  menunggu Rosmah Mansor  yang bersendirian masuk ke dalam kereta  dan meninggalkan Rumah PM untuk pulang ke Rembau?

Manakala  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty telah  berkali-kali cuba  menalipon Ananda Krishna. Anak Lelaki Iskandar Kutty  ini  mahu Ananda menyediakan sebuah lagi jet  di lapangan Terbang Subang. 

 
Diberitakan pada petang 5 Mei lagi  Datuk Johan Jaafaar, dalam pejabat beliau di Media Prima telah mula melakar sebuah sajak untuk Anwar Ibrahim. Kalau dulu  Dinsman telah menulis Sajak Panjang Untuk Mahathir kini Johan Jaafar yang tak mahu kalah telah mula menulis sajak  bertajuk – Jangan Kau Sangsi Kesetiaan-ku.

Semua yang saya tulis itu akan  terjadi jika PRU13 ini satu pilihanraya yang bersih dan adil. Hakikatnya tidak.  Realpolitik membuktikan apa yang saya tulis itu hanyalah imajinasi. PRU13  pada 5 Mei ini TIDAK akan dijalankan dengan bersih dan adil. PRU13 yang akan  dijalankan oleh SPR adalah satu pilihanraya yang amat bersejarah.

PRU13 ini bersejarah kerana PRU13 menampilkan hampir 1 juta Orang Asing. Orang Asing ini  yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi  dan memenangkan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Saya cukup yakin United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 ini kerana tipu. Keyakian saya bukan kerana yakin semata-mata. Bukan yakin membabi buta.  Pengalaman dan maklumat yang saya dapati membuktikan bahawa penipuan sedang dirancang dan sebahagianya  sedang berjalan.

Contohnya : Malam kelmarin – malam Ahad 28 April 2013 – saya telah  berkempen  dan menghhasut di  Kuantan.  Sebelum jam 11.00 saya telah sampai ke tempat ceramah yang betul-betul dalam badar Kuantan. Disini saya telah disambut oleh Datuk Fauzi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini calon PKR di Indera Mahkota.

Belum pun sempat saya bertanya khabar , Datuk Fauzi dengan marah telah menayangkan skrin talipon bimbitnya ke muka saya. Ada gambar seorang Mat Bangla  yang telah ditangkap oleh Datuk Fauzi pagi tadi.   Mat Bangla ini dicurigai  dan ditangkap dalam kawasan Indera Mahkota. Justeru Mat Bangla ini  telah  ditanya.

Hasil siasatan,   Mat Bangla ini didapati TIDAK  memiliki  Passpot. Tetapi  Mat Bangla ini  berkeras mengakui bahawa dia ada Kad Pengenalan  yang kini dipegang oleh  Pegawai Polis Kuantan.  Mat Bangla ini menayangkan satu  Surat Polis  yang membenarkan dia bebas berjalan di Malaysia ini. Dan surat ini bukan permit kerja. Surat ini untuk menghindarkan Mat Bangla ini  dari  ditahan sebagai Pedatang Haram.  Pada hemat Datuk Fauzi Mat Bangla ini berpotensi menjadi pengundi hantu di Indera Mahkota.

Satu lagi contoh : Tiga hari dahulu Pejabat Bersih telah menerima satu  panggilan talipon dari seorang Lelaki Melayu yang saya beri nama Husin. Si Husin ini ingin datang sendiri ke Pejabat  Bersih kerana dia memiliki bahan bukti tentang penipuan  SPR. Husin ialah seorang guru di Kampong Pandan. Dia akan bertugas  membantu SPR pada  5 Mei ini. Justeru Husin ini adalah  seorang dari 240,000  orang yang dipanggil Pengundi Awal.

Bila Husin  sampai ke Pejabat Bersih, dia  telah menunjukkan satu bahan bukti yang amat-amat memeranjatkan. Husin telah menerima melalui pos  4 kertas mengundi. Dua untuk Parlimen dan dua lagi untuk Dun. Semua dalam kawasan yang berbeza.  Kantoi! SPR kantoi mantoi!

Ini bukan fitnah. Ini bukan cerita yang saya buat-buat. Yang saya alih hanyalah nama si Husin ini. Selainnya adalah fakta untuk membuktikan bahawa ada perancangan sulit untuk menipu dibelakang tabir dengan menggunkan sistem Pengundi Awal.

Kalau pun kita terima  bahawa  4 kertas undi untuk Husin adalah satu kesilapan.  Atau ini hanylah kesilapan yang memasukan   kertas undi yang berganda.  Kendati pun, kesilapan ini masih menimbulkan ribuan soalan akan ketelusan SPR dalam menjalankan sistem undi awal.

Apa yang diterima oleh Husin adalah bukti wujudnya peluang SPR untuk menipu. SPR memiliki peluang untuk mengedarkan lebih dari 240,000 kertas undi kepada Pengundi Awal. Siapa memantau proses  ini? BERSIH 2.0 TIDAK diberitahu hal ini.  Tidak ada Ngo yang tahu menahu hal ini.  Tidak ada Pemantau yang tahu. Saya juga yakin parti politik juga tidak sedar tentang perjalanan Undi Awal ini.

Realpolitik Malaysia ialah Politik Dunia Ketiga. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga  penuh dengan penipuan. Di Mesir Mubarak menipu rakyat Mesir dalam pilihan raya, Saddam Hussein menipu di Iraq , di Tunisia  Ben Ali menipu. Ditaktor dan rejim  zalim menggunakan pilihan raya hanya untuk mengkaburi mata orang ramai ketika mereka menjalankan  rompakan.

Di  Malaysia Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty bukan sahaja menipu  rakyat Malaysia dalam PRU. Sejarah membuktikan bagaimana Anak  Lelaki Iskandar Kutty ini telah menang untuk menjadi Presiden parti Ketuanan Melayu dalam tahun 1987 dengan cara menipu. Tengku Razaleigh yang seharusnya menang tetapi jumlah undi telah diubah. Lampu dibilik pengiraan undi telah dipadamkan. Undi ditambah untuk memenangkan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty.  Penipuan yang mengalahkan Tengku Razaleigh  dalam tahun 1987 adalah fakta sejarah. Fakta ini ialah realpolitik. Penipuan ‘lampu padam ‘ ini adalah  contoh terbaik  gambaran politik dalam negara dunia ketiga.

Apa yang berlaku di Zimbabwe tidak ada bezanya dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia.   Zimbabwe negara Dunia Ketiga. Malaysia juga negara Dunia Ketiga. Ada letupan bom di Harare. Ada letupan bom di Nibong tebal. Penyokong Morgan Tsavangirai dari Movement For Democratic Change  sering kena belasah oleh samseng Mugabe. Penyokong Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat sering di belasah oleh samseng Ketuanan Melayu. Tidak ada tangkapan di Harare. Tidak ada  di Kuala Lumpur. Ini realpolitik.

Dalam masa lima hari lagi  sejarah akan dibuat.  Semua warga Malaysia – anak semua bangsa -  sedang mengambil  bahagian dalam melakar  sejarah Malaysia Baru. Sebelum membuang undi pada 5 Mei ini saya ingin memberi  tahu tentang  realpolitik yang sedang berlaku dibelakang tabir. Ini agar para pembaca tidak akan merasa kecewa apabila  gagal untuk melihat munculnya Malaysia Baru.

Akabar mingguan Egde telah membocorkan bagaimana 1MDB - Malaysia Development Cooperation – telah memindahkan  7 bilion ringgit dari Kuala Lumpur ke Cayman Island. Pemindahan ini bertujuan untuk memastikan harta kekayaan Najib dan  Rosmah selamat. Ini hanya satu pemindahan yang diketahui umum. Berapa bilion lagi ringgit Malaysia telah dipindah kan ke luar negara tetapi tidak ada sesiapa yang tahu?

Apa makna pemindahan ringgit ini?  Sekali pandang memperlihatkan  bahawa United Malays National Organisation  sedang menerima hakikat bahawa  bahawa  mereka akan kalah. Justeru mereka mula membawa lari harta kekayaan.  Tetapi dari satu sudut lagi  menunjukkan bahawa pertempuran dalam PRU13 ini cukup hebat.

Realpolitik memperlihatkan bahawa pilihanraya ini  bukan perebutan gasing atau  guli.  Ini bukan perebutan satu dua juta ringgit.  Ini bukan perebutan 100 atu 500 juta ringgit. Realpolitik ini ialah  perebutan berbilion-bilion ringgit harta kekayaan Malaysia.  Malah perebutan ini mungkin mencecah beberapa  trilion ringgit.  Bayangkan dari laporan media kita diberitahu hutang Syed Mokhtar  sahaja kini berjumlah 30 bilion ringgit. Yang lain-lain kita tidak tahu.

Maka,  jika berbilon ringgit yang dipertahan oleh Najib dan Rosmah apakah Najib  dan Rosmah akan bersedia untuk menerima kekalahan dan  mengundur?  Apakah Najib dan Rosmah akan menerima hakikat bahawa United Malaya National Organisation telah ditolak oleh majoriti warga Malaysia.

Pada hemat saya Najib – yang diketahui umum  sebagai penakut - akan menerima kekalahan. Najib akan bungkus fail, tutup kedai  dan mengundur. Rosmah mungkin dan memaksa Najib untuk melakukan sesuatu – untuk terus melawan.  Untuk saya tim Najib Rosmah ini bukan tim yang ditakuti. Tetapi awas dan waspada - di belakang  tim Rosmah dan Najib ialah Mahathir dan Muhyiddin.

 Dibelakang Mahathir dan Muhyiddin ialah pemodal bumiputera dari Gergasi hinggalah ke Kontrektor Kelas F.  Juga dibelakang mereka  ada  segala jenis macam towkay -  dari pemilik Astro, pemilik Jana Kuas Leterik, towkay lendir , towkay judi, towkay arak, towkay dadah – semua  berpayung dibawah Mahathir.  Kesemua mereka menjadi kaya raya kerana Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kesemua mereka ini adalah musuh rakyat.

Justeru, pertempuran yang hakiki sesudah keputusan  diumumkan ialah pertempuran antara  majoriti rakyat Malaysia yang mahu mendirikan Malaysia Baru  yang demokratik dengan segala macam towkay dan cukong yang merasa mereka akan hilang harta kekayaan. Inilah sebenarnya realpolitik. Inilah sebenarnya inti dan isi  PRU13. (TT)

NOTA:
tulisan ini
telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
siapa yang masih belum bertemu
dengan akhbar ini sila letak jawatan
dari menjadi manusia

 3 TUNTUTAN JANJI BERSIH

1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13
2 - tubuhkan satu spr baru
3 -  spr  baru akan membuat  satu pilihan raya yang adil dan bersih



-------

8 ulasan:

  1. Bro..

    Pilihanraya ni kira main judi lar..
    Sapa menang dia kaya..yang kalah ..tergadai semuanya..


    Harta, kuasa..manusia tamak..
    Rakyat macam sampahje..dah dapat kuasa..kita ditindasnye..janji tingal janji...

    INI KALILAR

    BalasPadam
  2. ayuh bangun semua rakyat2 tertindas, bangun rakyat2 mahren, bersatulah ..kita lawan mereka2 durjana. mrk yg merompak dan menindas. mrk2 yg zalim yg merasakan bumi ini mak bapak mereka punya. kepala2 yg bersengkokol, kepala2 yg xmau rakyat menikmati malaysia yg lbh baik.. lu org jaga!!!

    BalasPadam
  3. kepada yang tahu..TAHU...kepada yang belum tahu perlu DIBERITAHU..dah lama BN amat mengharapkan undi pos, pengundi hantu sebagai nyawa untuk terus menyamun..ini direalisasikan oleh barua2 BN (baca UMNO) seperti SPR,JPN, ATM bla dan bla...dan yg terkini AIR ASIA...hanya rezki yg ditentukan Allah saja membolehkan PR menguasai Putrajaya..BN kalau tak menipu dah lama LINGKUP!

    BalasPadam
  4. Ingat saudara2ku...BN 50++ baru janji nak d tepati...50++tahun,(1)lambakan pekerja asing(2)lambakan ic segera(3)menjadi tempat pegedar dadah spt dari iran,pakistan,negara afrika dan kerosakkan budaya malaysia di jajah dari dlm...ini kalilah beri peluang pada pakatan rakyat...beri peluang fahulu dan lihat lah apa yamg d laungkan ...dan jika tidak berubah kita tolak dan undi kerajaan baru....

    BalasPadam
  5. kah kah kah...

    hishamuddin dah gabra...
    dah tau nak kalah...
    padan muka kau hishamuddin rais

    kau buat la cerita apa pun
    orang tak kan percaya.... tak laku
    macam kau buat filem jugak... tak laku

    padan muka kau pkr...

    BalasPadam
  6. Mat Saga ...anjing syaitan yang d kenali@pemfitnah durjana@mahataik@taukey arak sam maguill....ingat mat saga...keturunan ko akan meyumpah dgn perangai anjingharamjadah ko...mat saga

    BalasPadam
  7. SIPULAN 7:22PTG

    SIPULAN INI SEPERTI RAKYAT YG TIDAK PERNAH MERASA TERTIPU, DIZALIMI..PADA HAL HAKIKATNYA SUDAH TAHU KECENDERUNGAN MASALAH DIMALAYSIA.. TERUTAMA MASALAH SOCIOEKONOMINYA.. BIARKAN LA SIPULAN ITU.. DIA SUDAH HIDUP SENANG.. DIA TIDAK INGIN MENOLEH KEBELAKANG..UNTUK MELIHAT SAUDARA2NYA YG MERANA.. SIPULAN ITU BUKAN DIPIHAK KITA.. SIPULAN ITU DIPIHAK YG ANGKUH..BIARKAN SAHAJA...O

    BalasPadam