MERAYAKAN
KEMENANGAN 51 %
MCA Merajuk, Beri Laluan Isu
Perkauman Dibakar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghidu sentimen perkauman yang seolah-olah telah disusun, menyeru kepada semua agar tidak terpedaya dengan sebarang permainan politik perkauman.
Ekoran daripada tindakan parti komponen Barisan Nasional yang memperjuang nasib kaum cina, MCA yang telah menolak semua lantikan kabinet di peringkat negeri dan nasional sebenarnya telah mengkhianati pengundi. Memang benar MCA telah ditolak oleh sebilangan besar pengundi di seluruh negara, namun ia bukan alasan untuk MCA menolak perlantikan menteri dan seharusnya ia satu pengkhianatan kepada pengundi BN.
SAMM melihat situasi ini agak pelik, berkemungkinan untuk memberi tekanan kepada masyarakat cina betapa tidak ada wakil cina dalam senarai menteri kabinet berakhir PRU13 yang menyaksikan pola pengundian cina memihak kepada Pakatan Rakyat. Dari satu sudut yang lain, SAMM lihat ia satu taktik berbaur ugutan dan isu perkauman selepas ini menjadi 'makanan' kepada pihak yang rasis begitu mudah untuk dibakar.
Sebagai kumpulan anak muda, SAMM tegaskan hasrat pemerintah untuk amal 'pecah-perintah' berskala besar, meletakkan melayu itu kerajaan dan cina itu pembangkang adalah satu kemunduran yang jelas.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
---------
Kepada Dato Seri Najib Razak,
BalasPadamPerdana Menteri Malaysia
Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:
1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan Barisan Nasional hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi walaupun telah membelanjakan begitu banyak wang untuk berkempen terutama iklan di laman-laman web gergasi seperti Youtube, Facebook, Google, Yahoo dan lain-lain.
2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.
3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.
4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.
6. Prestasi Dato Seri Najib Razak mengetuai jentera Barisan Nasional diakui sendiri oleh Tun Mahathir di mana ia lebih teruk daripada prestasi Pak Lah semasa PRU12 (Sumber).
Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)
Maluler tu...nak berguling dah tuo....hehehehe......kqngkqngjerler......hehehhe....fuhhhh...nasib baik pr tak menang ....kalo menang...semua duduk dalam....heheheh......biar dio bernafas dulu...merah dah tur tahan nafas dua hari......hehehehehehe.......
BalasPadam