BERI SOKONGAN
DATANG BUAT RAMAI
Himpunan Hitam Tolak Penipuan SPR
Perjalanan dan Keputusan PIlihanraya Umum 13 baru-baru ini memberi gambaran kematian demokrasi di Malaysia. Pelbagai penyelewengan, penipuan dan konspirasi untuk memenangkan sesetengah pihak adalah tidak perbuatan yang amat memalukan nama baik negara di mata dunia. Konspirasi pendaftaran kewarganegaraan sementara, dakwat kekal yang tidak berkualiti, 'blackout' dan pelbagai lagi penyelewengan menjadi penanda aras bahawa PRU 13 adalah paling tidak bersih.
Namun sehingga kini tiada lagi kenyataan yang bertanggungjawab dari pihak SPR. Justeru mahasiswa akan mengadakan satu himpunan serta serahah memorandum sebagai tanda bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab pihak SPR dalam mengendali pilihanraya.
Selain memberi kerakyatan sementara kepada warga asing untuk mengundi, perjalanan pilihanraya yang tidak bersih ini mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Ini sangat memalukan imej serta mencalar kedaulatan negara.
Ini bukan persoalan tidak terima Pakatan Rakyat kalah sekadar sentimen tidak suka kepada BN. Tapi ini adalah bantahan terhadap penyelewengan SPR. Sekiranya PR menang dengan cara yang tidak demokratik, kita akan bantah juga.
Kami menyeru seluruh aktivis dan rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama dalam himpunan di Pejabat SPR, Putrajaya pada 10 Mei ini. Himpunan akan bermula kira-kira jam 2 petang. Datang dengan pakaian hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian demokrasi di Malaysia.
Safwan AnangPengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
bro....lari ka...
BalasPadamkah...kah...kah...
bagi la ulasan sikit...
jangan la wat tak paham...
jangan diam ja....
kah...kah...kah...
tak marah aih...
nanti kami turun jalan raya desak penjelasan bro hisham nanti...
kah...kah...kah...
Pengundi hantu ...itu pasti....dakwat tak kekal...itu pasti....spr kaki kodem...itu pasti.....beli undi...itu pasti.....satu jer aku tak pasti.....pengerusi spr tu anjing ke chimpazi........kakakakakakaakakka......ini kali lah.....no no no....kita tukar sekarang....tukar ker........tukar motto ini kalilah...tukar ke......DEMOOOOOZZZZZ.....BILA LAGI NI..........HEHEHEHEHE
BalasPadam