Sabtu, 18 Mei 2013

SOALAN YANG PERLU JAWAPAN


NOTA

paling menarik ialah maklumat tentang india
penduduk 1.1 bilion
menteri kabinet hanya 32 orang

dimalaysia penduduk 28 juta
menteri kabinet 35 orang

terlalu ramai?

kalau tidak ramai
bukan di malaysia namanya

inilah ciri ciri unik malaysia
inilah acuan sendiri

menunggu masa
untuk masuk  tiger book ot record
atau buku rekod cap sauh
kah kah kah





Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008

Harakahdaily,16 Mei 2013
KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya  Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM  Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.


--------

48 ulasan:

  1. Tangki septik rumah aku dah overload......apalai...aku buat saluran ke tangki septik jiran sebelah plak...mana dia tahu...yang penting taik aku anak beranak selamat berlabuh kat septik......metafora untuk kabinet 35.....apa orang putih cakap....cover cover the smell shit......pui.mengabihkan cukai je.

    BalasPadam
  2. lg ramai menteri, lg banyak habuan nak di rembat, lg bertimbun hutang kerajaan! 1 penggal najib perintah, hutang dah 1/2 billion, tmbah lg 1 penggal, kot2 boleh jd 1 triliion! cnfirm boleh masuk buku rekod cap sauh!

    BalasPadam
  3. Tolong kira betul betul jumlah menteri dimalaysia bukan 35 orang tapi 36 orang yang sebenarnya.yang satu orang lagi tak payah bertanding atau angkat sumpah. MENTERI PERMATA......R M

    BalasPadam
  4. 1.akai tak dak punya orang!!biarpi la berapa orang menteri kabinet yang hendak dilantik!!ko susah apa!!macam di universiti jugak la!!kalau jawatan prof di hadkan!!melolong dan melalak pulak ko nanti!!
    2.sepatutnya ko bincangkan mengenai 40,000 puak bangla yang mengundi pada pru 13!!ko bincang tentang fakta dan bukti-bukti yang sahih!!setakat ni tak dak pun bukti tentang kewujudan 40,000 bangla yang mengundi tu!!sekeping gambaq pun tak dak nak dijadikan bukti!!
    3.kalau dikatakan prof kangkong marah!!tapi memang kankong punnn!!

    BalasPadam
  5. apa ni... kata nak merusuh kat jalanraya.... tapi bila..... hahahahahahahaa.... makan lalat la kau nuar....

    mana kau punya "road warrior".... hahahaaaa... entah entah dorang dah join askar KIRAM... tengah nyorok kat hutan Lahad Datu....

    kesian kau... road warrior kau telor dah tak de keee....

    BalasPadam
  6. Aku rasa kalo PR jadik gov,lagi ramai menteri.silap2 ada timbalan menteri 1,2,3...

    Aku rasa la...jangan maree

    BalasPadam
  7. Lainnkali kalau pkr menang lantik lah professor kangkung ni dgn kau tt jadi menteri cukup lah dua org saja.kah kah kah.

    BalasPadam
  8. sekarang baru 35 ekor penyamun....nati jadi 40 ekor...hau hau hau hau....apa nasib rakyat negara ini lebih 50 tahun di perintah oleh penyamun penyamun!

    BalasPadam
  9. Inilah contoh prof yg benar..

    Inilah contoh prof yg bukan kangkong..

    Tidak lama lagi prof nie kena gam..

    Inikali lah prof....

    BalasPadam
  10. Hati2 prof...menteri KDN dah tunjuk taring...MB Terengganu dah tunjuk kuku...tinggal nasha sahaj belum tunjuk gigi...

    TT...nantu lu pun kena dgn zahid...sikalang Adammadli dah kena..percayalah cakap aku...seorang demi seorang pemimpin Pakatan akan kena...lastskali...amwar Ibrahim akan kena...then PRU pun akan berlansung bila line dah clear..

    TT...nie ramalan aku within next 5 years...nie kabinet sembelih Pakatan..sembilih Cina...

    BalasPadam
  11. menteri byk sebab nk jaga kroni... setiap menteri ada kroni yg boleh kaut harta rakyat dan titik peluh rakyat... rakyat hanya medium nk buat kekayaan BN saja...

    BalasPadam
  12. Wowww...mb kedah dah guna kuasanya...tak benar himpunan 505!!!mahataik dah mulaaa...aapaaa...namaaa..setan yang di kenaliii....emmmm.

    BalasPadam
  13. Kurang 5 (lima) untuk jadikan mcm Ali Baba dengan 40 orang penyamun bro... Lagi ramai lagi senang buat kerja merompak harta negara. Kualiti menteri2 memang tak diperlukan janji kebolehan merompak mesti ada! Kah...kah... 47%...

    BalasPadam
  14. setiap satu kementerian.. ada proejk sakau yang sedang diusahakan.. u tolong i.. i tolong u..

    BalasPadam
  15.    

    Berita Yang Tidak Disiarkan Oleh RTM, Utusan & Bernama

    Dikutip dari wikipediaPRS mendapat enam kerusi Parlimen danSPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik. MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dandua timbalan menterisementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. Waytamoorthy yang berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia satu ketika dulu dihadiahkan jawatan timbalan menteri. Perkasa, JATI dan **** telopong mulut setelah berkempen untuk BN.  Rasa tidak puas hati di kalangan parti BN berkenaan jawatan KabinetKUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran. Pembahagian Menteri dan Timbalan di SINIBeberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”.PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

    Tt..sebagai penghasut yang disegani..kasi taruk minyak. Tambah panas biar api semakin marak. Jangan kasi padam. Saya org iban. Dayak bersatu kerana pemimpin. Jika pemimpin goyang..bn juga goyang di sarawak.

    BalasPadam
  16. Pe la duduk di india dah suka sgt cara pemerintahan sana.

    BalasPadam
  17. Bro tt, apsal kau tak dtg kat tmn melewar semalam? Jenuh aku nunggu nak dgr kau punya hasutan...

    Sekali kena kencing, siul tul lah...

    Panel2 yg ada smlm semuanya disqualified...

    BalasPadam
  18. Pelik dan ajaib Malaysia membazirkan wang untuk gaji menteri, raja, raja muda bini bini raja dan segala juak juak dan pengiring.
    Bayangkan Perlis dengan penduduk tak sampai 1/2 juta ada 10 exco dan MB dan raja serta raja muda serta segala macam belanja istana.
    bandingkan dengan Melaka yang ada satu saja gabenur.
    Alasan kedudukan Raja Melayu ialah YANG PERTAHANKAN RAKYAT bukan perabis duit rakyat.
    Dah samapai masa kos belanja semua Istana mesti diisytiharkan kepada semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  19. Sham,

    Dah 2 hari lu ilang, lu lepak dalam ke? Gua masuk blog lu dah berpuluh kali ni lu tak update lagi.terseksa woah tak baca hasutan lu...

    BalasPadam
  20. apa kot???
    apa pasal pak tt tak ternowww
    utk adam adli???
    kami mahu laporan tukartiub!!!!
    kahkahkahkahkah

    BalasPadam
  21. kenapa bro lama tak update???

    please...

    BalasPadam
  22. tt apahal lama x update lu punya blog. kalau satu hari x baca lu punya update bole gila tau tak. wa ingat lu sudah kena tangkap polis sama itu adam adli ataupun lu sudah lari luar negara...kah..kah..kah..

    BalasPadam
  23. apesal takdak update? blog tuan kena hack ke?

    BalasPadam
  24. jangan cakap banyak laaa... mana kau punye road warrior... hahahahaha baru kena gempak dengan zahid hamidi dah tertelan teloooo..... hahahaha... nak merusuh konon... baru kena gempak terus tukar nama ke "PESTA" ....

    lawak siul.... orang penakut nak merusuh kena gempak terus tertelan gigi.... hahahahaha...

    BalasPadam
  25. Pegi mna TT? Cuti kawin le? Senyap tk update.aku raselh x lama lh jangka hayat k'jaan BN ni...camne nk bendung org yg marah kerna dtipu hidup2...tangkplh...dibendung,dtahan bagai menahan org yg nak berak...pasti gagal punya...

    BalasPadam
  26. Ku cari ke mna,namun tk dpt bertemu..ku pergi radio bngsar...(uji rashid ke sharipah aini ku cari mama...tt...

    Anyway,nk mntak penerangn lnjut Zahid Hamid? Aku ade terbaca yg Zahid tu buat pusingan U d awal2 era reformasi dr sokong Anwar ke sokong Mahathir krn semasa dlm tahanan isa tu buah nya kena piuh pulas smpai dia jadi spt dia sekrg...betul ke..mntak pencerahan

    BalasPadam
  27. Kah kah kah kah

    Kah kah kah kah

    WOi penghasut

    Dah la muka macam mat pit

    Woi nampaknya perhimpunan bodoh engkau orang makin menyepi

    Blog pon dan lama x update

    Nape bang? Dah hilang semangat? Ke dah xde modal fitnah?

    Puiiii puiiii puiiii.

    Kah kah kah kah

    Kah kah kah

    Kah kah kah

    Kah kah kah kalah wei..

    BalasPadam
  28. aku rasa hisham lari keluar negara la sebab dia dah janji mat sabu kalah di pendang....

    BalasPadam
  29. mana tukar tiub nih? lama tak update. dah kena tangkap ke?

    BalasPadam
  30. mana tukar tiub nih? lama tak update. dah kena tangkap ke?

    BalasPadam
  31. mana poi jang...udah kono tangkap ko...

    BalasPadam
  32. U still have not updated your blog & I'm bored & sad. Adam Adli has not been released yet & I dunno what to do...

    BalasPadam
  33. LAGI BERITA NEGERI TERENGGANU DARUL RUNTUH..

    SINAR HARIAN


    Ahmad: Siasat segera masjid yang guna reka bentuk sama


    22 Mei 2013



    AHMAD SAID
    AHMAD SAID

    KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.

    Ahmad berkata kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada runtuhan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.

    Sambil menyifatkan kejadian seumpama itu boleh dielak, beliau mahu JKR melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap beberapa lagi masjid yang menggunakan reka bentuk sama di negeri itu bagi memastikan ia selamat digunakan.

    "Reka bentuk masjid Kampung Binjai Kertas yang dibina dengan kos RM1.7 juta itu turut dijadikan model reka bentuk membabitkan beberapa masjid di tempat lain," katanya yang memberi tempoh dua minggu kepada JKR untuk menyerahkan laporan siasatan itu.

    Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco pertama selepas pilihan raya umum ke-13, Ahmad berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika JKR melakukan pemantauan ketat terhadap sesebuah projek.

    Dalam kejadian itu, 12 jemaah masjid yang masih berada di masjid itu selepas menunaikan solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid berkeluasan 30 x 30 kaki persegi itu runtuh.

    Ahmad yang jelas menunjukkan reaksi kecewa dengan beberapa siri runtuhan sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008 itu mahu JKR memantau semua projek pembinaan dengan mengikut prosedur terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.

    BalasPadam
  34. Tt kena faham bahawasanya malaysia kena juga cover pentadbiran negara submalaysia....iaitu banglasia. Oleh sebab itu saya rasa 35 orang menteri sebenarnya sangat ideal dengan kadar populasi rakyat kita.

    BalasPadam
  35. Are you ok? Why you never update your blog? Have been 4 days...

    BalasPadam
  36. mana pegi mamat nih....

    BalasPadam
  37. mana lu pergi bro isham? aisehhh! !jangan bikin risau derrr!

    BalasPadam
  38. woitt bro, mana pergi?
    ke dah cabut lari. kihkihkih

    BalasPadam
  39. woi!!!
    Apsal dah lama tak update..??
    Dah kena tangkap ker..?
    Rindu la kat ko..
    Update la cepat...!!

    :(

    BalasPadam
  40. Operasi lalang be4mula...dan zahid hamidi qkqn tercatit dwlwm w3jarah menjadi anj8ng yang lagi setia dari nazri hummer....eyabas anak hamidi.......k9 6ang te4baik....terbaik untuk diterbalikan oalau berlqku rusuhan.

    BalasPadam
  41. Politician Sabah Sarawak bodoh xmau ambik peluang dimana kerusi mereka lah yg mmbolehkan BN printah lagi. Sepatutnya waktu inilah mereka kena bentuk pakatan politik seborneo sama mcm BN dan buat tuntutan lebih besar, iaitu mereka mahukan jwtn TPM mesti Dari Borneo

    BalasPadam
  42. hoi bacul lu menyorok dalam jamban mana?

    BalasPadam
  43. kenapa blog ni dah lama tak update?

    BalasPadam
  44. Admin dah takder ker????

    BalasPadam
  45. nuspegi mana bos... lari ke.. tak kan takda telo kot

    BalasPadam
  46. Dah lebih seminggu tuan tak update blog. Lebih seminggu juga saya tak dapat news dari blog tuan. Tuan pi mana atau dah kena kidnap dgn b end.

    BalasPadam
  47. Alah mak apasal bodoh sangat mat gay ni - pasal tu lah India teruk nak mampus - kaum wanita jadi rakyat kelas dua - jenayah berselerak pasal menteri kabinet yang macam ko cakap tu lah - hmmm awat lah bodoh sangat

    BalasPadam
  48. nisbah 1menteri:34.38juta rakyat di negara india.nisbah dimalaysia 1menteri:800ribu rakyat[termasuk cambodia,indonesia,myanmar,bangla].ini belum termasuk senator,wakil rakyat,jkkk,aakk masjid dan pelbagai jawatan yang tak perlu sengaja diadakan.tak perlu berhujah memberi penjelasan jika sekiranya jawapan itu setakat untok menyakitkan hati rakyat,biarlah dikubor mereka jawablah dihadapan malaikat dan allah nanti.apa yang amat pasti serta yakin sebagai rakyat sebesar abok dilayang angin tidak akan dapat memaafkannya,apatah lagi menghalalkan cara perlantikkan mereka menipu dipiliharaya.

    BalasPadam