SURAT AKU KEPADA KAU
Kawan ku yang aku ingati,
Aku mulakan surat ini dengan bertanyakan khabar. Aku mulakan
juga dengan pintaan maaf kerana agak lama
aku tidak menulis. Bukan niat aku ingin melupakan kau. Bukan aku terlupa
bahawa kau masih wujud. Tidak. Kalau aku
katakan sibuk mungkin kau tak yakin.
Sebenarnya aku juga tidak ada jawapan atau alasan kenapa aku tidak
menulis surat kepada kau.
Aku masih ingat lagi dimalam-malam akhir aku dengan kau.
Dikelilingi oleh kawan dan rakan. Betapa enaknya soiree dimusim panas. Setiap
kali soiree dirumah kamu, kau akan
membuat roti jala. Kau juga tidak lupa membuat kueh
Melayu yang aku panggil Kueh Gulung. Kau
katakan aku bersalah kerana namanya Kueh Ketayap. Ingat atau tidak betapa kita bertengkar. Awalnya tentang nama-nama
kueh. Akhirnya kita bertelagah – siapa lebih Melayu – kau atau aku.
Kenapa agaknya kita selalu bertanya – apakah kita ini Melayu? Apa ertinya menjadi orang Melayu
di Malaysia? Walau pun kita sering bertelagah tentang hal ini. Aku tidak pernah menemui jawapan. Hujah dari
dunia akademi kau sering aku dengar. Ada yang meyakinkan. Ada yang
membosankan. Aku bukan pengumpul ijazah saperti kau.
Akhirnya aku pulang ke tempat asal. Kau terus berkelana. Aku
berkelana bukan kerana hati yang
luka. Aku berkelana untuk mencari lurah
dan denai. Aku tahu betapa hati kau
remok redam. Kau merasa bagitu kecewa dengan apa yang berlaku di tanah tumpah
darah kau. Sayangnya, kau tidak menterjemahkan kemarahan dengan melakukan
sesuatu. Kau hanya terus ingin berkelana.
Kawan-ku yang aku ingati,
Aku amat yakin kau tahu apa yang akan berlaku pada pagi Ahad 5 Mei ini. Kita akan akan menyambut Hari Raya. Aku tahu
hati yang jauh berkelana itu masih lagi teringatkan kampong dan halaman. Dalam kesibukan kau dalam kota besar itu ,
aku rasa sesekali kau ada terbaca juga tentang
kesah dan berita tanah tumpah darah kau.
Betapa jauhnya kau berkelana,
betapa lamanya kau berjalan tidak mungkin kau melupakan air Sungai Perak
yang melintasi kampong kau. Tidak
mungkin kau melupakan stesen keretapi yang membesarkan kamu ke sekolah. Mustahil
kau akan melupakan Batu Besar di Ayer Terjun yang pernah kau pahat dengan nama Kamu dan Dia.
Biar aku ceritakan disini tentang kampong kita. Tentang wilayah
kita agar kesah yang aku kesahkan ini
hendaknya akan membakar berahi kau. Semenajak beberapa tahun kebelakangan ini
orang-oarang kampong, orang orang kota , anak semua bangsa telah merasakan perlunya sebuah kerajaan baru didirikan. Aku sedar
apabila aku timbulkan persoalan ini kau akan ketawa. Kau akan berhujah dengan
data akademik kamu untuk menyangkal kemungkinan ini.
Tapi yakinlah wahai kawan ku – keinginan untuk berubah bagitu luas sekali. Berahi untuk berubah sedang mengampoh dan
membara. Bukan seluas Selat Melaka,
bukan sepanjang Sungai Pahang. Bukan seluas Laut China Selatan tetapi seluas
alam maya ini harapan orang dari kampong dan desa – dari pekan dan kota – untuk
membuat perubahan. Pekikan perubahan itu semakin melaung dan menderam. Siang
aku terdengar pekikan ini. Malamnya aku termimpi-mimpi.
Kau pasti tersenyum apabila
membaca surat aku ini. Kau akan menuduh aku sebagai seorang romantis. Kau akan menuduh aku seorang
idealis. Kau akan menuduh akau terperangkap
dalam zaman yang telah berlalu.
Kau dengan bangganya akan menuduh aku ini gagal memahami pascamoden. Kau
akan mengatakan bahawa aku masih memakai teori yang telah langsai. Akhirnya
kau katakan aku ini serpihan jenerasi
60’an yang tidak sudah-sudah dengan mimpi Perang Vietnam. Jenerasi rock n roll
yang masih tidak menemui kepuasan.
Kawan ku,
Kalau aku ceritakan kesah ini kau pasti akan menggelengkan
kepala. Kau akan berkata setiap fakta wajib dibantu oleh data. Setiap data ada
kajian dan bahan bukti. Yang hendak aku
kesahnya disini bukan kajian ilmiah. Bukan data dan angka-angka. Tetapi
harapan anak semua bangsa.
Kau tahu atau tidak
pada 6 Mei ini nanti negara kita –
kampong tempat kelahiran kau - akan ada
kerajaan baru? Aku bukan bercakap
bohong. Biarlah aku orang menjadi orang yang pertama memberitahu tahu kau tentang
maklumat ini. Biar aku yang menyampaikan
berita baik ini. Aku ingin melihat kau tersenyum puas.
Disini aku ingin memberi tahu kepada kau bahawa kerajaan baru
ini akan menjamin masa depan yang lebih baik. Aku difahamkan kerajaan baru ini akan membawa perubahan
saperti yang pernah kau suarakan. Apakah kau lupa tentang Syarahan Perdana
Ruang Demokrasi yang kau sampaikan ke Persidangan Anak-Anak Muda ? Kau
mengajukan bahawa tugas utama satu satu gerakan massa ialah untuk membuka ruang
demokrasi.
Disini aku ingin memberi tahu bahawa aku yakin Kerajaan Baru
ini nanti akan membuka ruang demokrasi yang selama ini kita sama mimpi-mimpikan. Apakah keyakinan aku ini memiliki asas? Tentang ini aku akui bahawa
kau tepat. Aku ini masih lagi romantis. Aku yakin kerana aku melihat
sosok-sosok yang mencadangkan demokrasi
ini dengan tingkah lakunya, kata
ucapannya bersandarkan dan bersalut demokrasi dan kebebasan. Dalam masa yang sama aku juga teringat apa
yang kau katakan satu ketika dahulu bahawa bukan ucapan yang menjanjikaan apa
apa. Ucapan tidak memberi apa-apa makna. Kau menerangkan kepada aku pendemokrasian wajib disokong oleh
perubaahan struktur ekonomi.
Kawan ku yang baik,
Aku tidak akan
melupakan kata-kata kau dikali akhir kita berjabat tangan. Kau mengingtakan
aku bahawa politikus adalah politikus.
Kau juga memberi aku ingatan bahawa
mereka juga adalah manusia saperti kau dan aku. Kau juga mengingatkan aku untuk tidak mernjadi
pengikut yang taksub membabi buta.
Semua kata-kata kau ini tidak pernah lari dari ingatan aku.
Kekadang berdesing ditelinga aku segala
kata-kata kau itu. Kau jangan risau. Aku
tidak akan kecewa. Hatika telah membatu dan tak mungkin kecewa lagi. Aku
hanya berkelana dari mimpi ke mimpi dari harapan ker harapan. Walau harapan aku
terkoyak.
Aku juga menyedari besarnya kekecewaan itu adalah sama
besarnya dengan harapan. Ini bukan bermakna aku tidak ada menyimpan
harapan. Maka disini aku seorang yang
kau tuduh romantis akan menjadi seorang realis. Aku
sedar bahawa dunia yang aku mimpikan itu masih dihadapan. Pada 5 Mei ini
hanyalah
Hari Raya Pertama dimana pintu demokrasi itu akan dibuka.
Aku ingin kau tahu
bahawa Hari Raya dikampong kita ini
tidak saperti dikota kau bermastautin. Aku sekarang bukan lagi duduk di wilayah dimana tvnya,
akhbarnya dan radionya bebas berbincang. Jauh sekali. Secara terang aku katakan
bahawa ketika kau mula berkelana dahulu – ruang media di wilayah kita masih boleh dipertahankan.
Kini semuanya telah berubah. Akhbar dan tv kini menjadi alat pemerentah. Ini tidak perlu aku tuliskan.
Wahai kawan ku yang baik,
Kau akan hairan kenapa aku bagitu yakin tentang kelahiran kerajaan baru ini pada 5 Mei ini.
Aku rasa kau juga hairan apakah aku telah kehilangan pertimbangan. Tidak. Apalah aku telah hilang perhitungan. Jawabnya juga tidak. Aku tidak hilang perkiraan. Dari apa yang aku
baca. Dari apa yang aku lihat. Semuanya
menjerat akal dan fikrah aku untuk
menjadi rasional. Maka aku menerima hakikat
bahawa rakyat sudah bersedia
untuk mendirikan kerajaan baru.
Aku juga amat sedar tentang elit politik dan elit ekonomi
yang akan bersekongkol untuk mengalahkan harapan orang ramai. Aku juga sedar bahawa tidak semudah itu elit politik dan elit
ekonomi akan menyerhah kuasa kepada kerajaan baru. Aku juga sedar bahawa dengan
dana dan wang ringgit – segala bentuk bantuan dan sokongan mudah didapati.
Kawan ku,
Kau jangan ingat aku ini naif. Jangan kau ingat aku kini
tidak menyedari apa yang sedang dirancang.
Aku sedar ada perancangan untuk memastikan
mimpi dan harapan orang ramai akan
terkandas. Aku sedar kekecewaan juga ada disebalik pintu.
Pagi tadi sebelum aku menulis surat ini aku telah membaca berita bagaimana perancangan sedang berjalan untuk menjatuhkan
kerjaaan Selangor. Aku telah terbaca
bagaimana Kuala Selangor, Sabak Bernam,
Sungai Besar, Hulu Selangor Tanjung Karang , Selayang, Kelana Jaya, Kapar,
Klang, Sepang dan PJ Selatan akan
ditewaskan. Bukan oleh pengundi anak tempatan. Tetapi oleh pengundi impot dari
Sabah.
Kawan-ku yang baik,
Kau ingat lagi akan pekan kecil bernama Broga - wilayah dimana satu masa
dahulu kita pernah berkhemah
mendaki gunung. Ingat? Disini telah didirikan kem tahanan Pedatang Tanpa
Izin. Mereka yang masuk ke Malaysia
tanpa kebenaran akan ditahan disini. Dari apa yang aku difahamkan di kem-kem tahanan
inilah bakal Pengundi Sabah ini sedang
dikumpulkan.
Kau pasti akan menggelengkan kepala apabila aku beritahu bahawa kedatangan Pengundi Sabah ini adalah satu perancangan
yang teratur. Mereka diterbangkan dengan
pesawat 747 yang disewa khas. Dari laporan media aku difahamkan semua ini
dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.
Kau akan bertanya kenapa aku berkesah tentang ini?
Aku menuliskan pekara-pekara ini agar kau tahu apa yang
sedang berlaku. Aku mahu akulah orang yang pertama memberi tahu kau apa yang sedang
berlaku. Jika CNN, BBC atau akhbar dikota kau melaporkan berita maka apa yang aku tuliskan ini adalah latar belakang berita itu.
Kawanaku,
Aku akhiri surat ini dengan harapan kita akan berjumpa dalam
sebuah negara Malaysia Baru yang bebas merdeka dan demokratik. Selama beberapa
tahun ini aku rasakan apa yang wajib aku lakukan telah aku lakukan. Malah surat
aku ini - yang aku tulis tiga hari sebelum 5 Mei adalah janji dan
tugas aku yang akhir. Segala apa yang
aku fikir molek untuk aku lakukan telah aku tunaikan. Jika sekiranya 6 Mei itu harapan anak semua bangsa digagalkan oleh undi
Pendatang Asing maka kau tunggu susulan dari surat ini. Wasaalam. (TT)
NOTA
ini adalah tulisan akhir
dalam keluaran spesial
SUARA KEADILAN
sesiapa yang tak pernah terbaca
atau berjumpa dengan SK
mereka adakah bani gagal
TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13
2 - tubuhkan satu spr baru
3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih
----------
Aku sungguh sebak dan menitis airmata membaca surat dari mu sahabat mayaku tt..aku akan turun pada 5 mei esok untuk sama sama mencipta sejarah untuk tanah tumpah darahku yang tercinta..ini kalilah..
BalasPadamYaaaaaaaa.......siapa belum Pernah terbaca suara keadilan itu BANI GAGAL.......dan siapa yang pernah terbaca suara keadilan itu adalah mereka ITU lah bani bani yang BERANI GAGAL......syabas bette........ko telah memuncakkan asal dan tujuan kami di sekompolan yang menentang ni...syabas....syabas....aku masih penganut mu...........
BalasPadamterbaik TT
BalasPadamterbaik TT
BalasPadamteda kata secantik bahasa
BalasPadamini kalilah!!
teda muka se ensomboi bercakap
tukar!!!
insyaAllah pakatan manang!!
Terbaeeeeeeek!!!Jom ramai ramai pakat tukaaaaaaar!!!!
BalasPadamHancurkan kezaliman!!!ABU!!!!!!!!!!!!
Sahabatku ..suratmu ku terima,sedih dan pilu jiwaragaku membaca suratmu...aku bertekat akan megundi@berjuang menamatkan legasi BN@mahataik....semoga perjuangan ini menjadi sejarah bangsa malaysia akan datang...lawannn tetappp...lawannn..
BalasPadamSahabatku,
BalasPadamKelana ini setgh mati merindu..
Ingin aku terbang padamu
Ku terabas lautan dan dataran mencecahmu..
Downunder tersesat aku..
Brocoli n cauliflower...atau pucuk paku
Apple,figs n grapes..manis lg nangka dan duku
Panas berdenting peluh asem...salju dingin beku
Sedih lagi haru
Nak mengundi depa pakat buat2 taktau
Mcm kita bdk darjah satu
Malaya tetap dijiwa malaya tanahairku..
Terus deras melawan sahabatku..
Usah takut gentar sama perampok2 itu..
Puan seri dtg konon dpt ijazah tp cuma shoping gitu2
Anak2 bigshots konon study obesi setakat ambik tourism or art study bwk sports car isik awek cun
Menteri2 kabinet dgn kroni2 beli property tepi laut duit sapa tah jgn korang taktau
TT tolongla bongkar..nak mutoh..mata kami dah naik bebulu!!