Jumaat, 17 Mei 2013

# TIPU505 #TIPU505 DITERUSKAN LAGI




PENGUMUMAN
sila ikuti tweet #tipu505
untuk perkembangan
tempat untuk behimpun

#TIPU505 DI NEGERI SEMBILAN, KEDAH, TERENGGANU DAN MELAKA


Gelombang #tipu505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#tipu505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #tipu505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

                        21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
                        23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
                        24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #tipu505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #tipu505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).  

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #tipu505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #tipu505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013 




------

2 ulasan:

  1. 1.kah1kah!kah!!
    2.tak payah tipula bhaii oii!!di kelana jaya akhbar sinar(neutral)kata antara 50-60,000 jee!!terbaru kat JB 5000 jee!!ko tau mengira ke bhaii!!
    3.dah puas melalak dan menyalak!!diam je le puak-puak mata sepet ni!!!

    BalasPadam
  2. Ui ......atas ada hantu...diam semua diam...hantu galah tengah melancap tu......hehhehe....usssss...diam...diam ....daim zainudin.......hehhehehe

    BalasPadam