Khamis, 30 Mei 2013

TUKANG HASUT MENGHASUT LAGI




SATU CADANGAN UNTUK SEMUA

Adalah satu harapan - harapan  anak semua bangsa untuk melihat negara kita ini membuka satu sejarah baru. Harapan ini amat besar sekali. Lebih besar dari niat Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang. Lebih besar dari niat Layla ingin bertemu Kais. Lebih besar dari niat Uda  datang meminang Dara. Besar sekali harapan ini sehingga tidak ada perkataan yang dapat menerangkan betapa besarnya harapan ini.

 Saat dan masanya telah tiba untuk kita semua - anak semua bangsa - untuk membuka satu sejarah baru untuk Malaysia.Saat dan masanya ialah sekarang. Saatnya ialah hari ini. Saatnya ialah sesudah para pembaca selesai membaca tulisan ini.

Saya akui , kelahiran Malaysia Baru ini bukan satu yang senang. Membuka sebuah naratif baru dan menutup naratif  lama bukanlah semudah turun ke kedai membeli kueh. Bukan semudah menuang kopi ke dalam cawan. Satu naratif  baru untuk satu tamadun adalah satu perjuangan. Perjuangan ini adalah satu naratif yang berliku-liku.

Disini saya ingin menerangkan apakah maknanya naratif. Naratif ialah penceritaan. Naratif ialah cerita dan kesah-kesah yang kita dengar. Semua kesah, semua cerita ada memiliki tanda dan makna. Kesah-kesah yang kita dengar tidak bebas dari tanda dan makna. Ada yang jelas tersurat. Ada yang jelas tersirat. Keupayaan kita ialah untuk memahami apa  dibelakang naratif ini.

Naratif juga wajib dikongsi bersama.  Cerita tidak akan menjadi  cerita jika kita tidak berkongsi cerita itu. Naratif tidak menjadi naratif jika tidak diketahui ramai. Kita wajib memiliki naratif yang boleh dikongsi.  Dengan perkongsian naratif ini akan menjadi ingatan bersama - atau collective memories. Ingatan bersama ini ama-amat penting untuk membuktikan wujudiah kita sebagai kita.  Perkongsian naratif  yang menjadi ingatan bersama ini akan mengikat kita untuk  melahirkan  kita sebagai kita.

Dua kekasih akan terus mengingati dimana   kali pertama  mereka bertemu. Apa ucapan pertama yang dilafazkan. Dipipi sebelah mana ciuman pertama diberikan. Apa janji-janji yang dibuat ketika bercengkerama. Anak lelaki yang pertama siapa namanya. Anak perempuan yang pertama sekolahnya dimana. Semua ini naratif orang berkasih. Semua ini akan menjadi ingatan. Kolektif memori ini akan mengikat setiakaseh pasangan ini untuk menuju ke dunia berumah tangga - satu dunia yang baru.

Negara bangsa juga memerlukan naratif. Ini untuk mengikat dan memunculkan negara bangsa. Kita menjadi kita kerana kita memiliki naratif. Tetapi pada hemat saya sebagai sebuah negara bangsa yang baru - kita masih belum kukuh - belum padu dalam satu ikatan naratif yang kukuh.  Kelahiran tamadun negara bangsa memerlukan satu naratif yang kukuh.

Negara bangsa yang kita panggil Malaysia ini sebenarnya hanya satu wilayah yang kita imajinasikan. Kita khayalkan bahawa kita ini Anak Bangsa Malaysia.Kita berkhayal bahawa kita sedang berada dalam sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Tetapi ikatan ke Malaysian kita tidak kukuh. Kita TIDAK memiliki satu naratif nasional yang mengikat kesemua kita untuk kelahiran satu negara bangsa yang sopan, bertamadun dan berilmu.

Mari kita lihat negara jiran kita Indonesia. Mereka memiliki satu naratif nasional walau pun  Indonesia dari Sabang sampai Marukee ada ribuan pulau-pulau yang terpisah-pisah. Tetapi sebagai satu negara bangsa  Indonesia terikat dalam satu ikatan yang amat kukuh. Mereka memiliki naratif dan ingatan bersama yang jitu untuk memboleh kan terdirinya negara bangsa yang dipanggil Indonesia.

Naratif nasional Indonesia ialah apabila orang Jawa, orang Aceh, orang Sumatra, orang Banjar dan dan... bangun dengan bamboo runcing menentang penjajah Belanda. Pertempuran menentang Belanda  menjadi nararif nasional.  Mereka bermandi darah menentang penjajah.Inilah kolektif memori yang mengikat setia kawan semua  suku bangsa untuk menjadi Banga Indonesia. Perjuangan bersama menentang penjajah menjadikan mereka terkumpul dalam satu ikatan kukuh.

Orang Asing - The Other - dalam konteks sejarah Indonesia ialah Penjajah Belanda. Orang Asing ini dilihat sebagai penindas, perampok dan penjarah tanah air mereka. Justeru kesepakatan menentang kezaliman ini melahirkan naratif yang dikongsi bersama. Dari naratif berjuang melawan Belanda inilah lahirnya negara bangsa yang dipanggil Indonesia. Tanpa naratif 'bamboo runcing' tidak mungkin kesatuan negara bangsa ini dapat didirikan. Apatah lagi ada ribuan pulau, ratusan bahasa dan  budaya yang berbeza-beza. Terikatnya Indonesia itu adalah kerana setiakawan semua suku bangsa bangun menentang Belanda.

Kedatangan penjajah dari Barat  ke wilayah kita adalah hasil dari perkembangan ekonomi kapitalis. British datang ke Tanah Melayu untuk mengambil emas, besi, bijeh timah, getah dan kayu kayan. Ini hukum dunia kapitalis yang  mendirikan tanah  tanah jajahan dan mencarai pasaran.
  
The Other - British - sebelumnya Portugis, Belanda - semuanya mendapat tentangan dan serangan dari anak tempatan.  Penentangan kaum feudal Melayu terhadap penjajah British adalah petanda awal bahawa kedatangan penjajah di bumi Melayu ini tidak akan diterima dengan hati terbuka. Keris dan tombak telah menunggu Portugis dan Belanda. British yang  datang ke Tanah Melayau sesudah Portugis dan Belanda - sedang menjajah India. British  telah  melihat kebangkitan warga India. Justeru British   telah mengumpulkan pengalaman tentang cara terbaik untuk memerintah Tanah Melayu.

British sedar sebagai 'the other' mereka memerlukan tali barut untuk mematahkan serangan dari anak tempatan. Maka peranan tali barut ini telah diambil oleh United Malays National Organisation. Parti ini telah didukung, dipilihara dan dipupuk oleh British. Peranan parti ini ialah  memandulkan dan menumpaskan gerakan bersenjata menentang British.

Peranan talibarut Britisah yang dimainkan oleh United Malays National Organisation ini jelas dapat dilihat pada tarikh 31 Ogos. Saya nobatkan tarikh ini sebagai Hari Malapetaka kepada Tanah Melayu. Kita melihat bagaimana naratif nasional kita  telah menjadi tunggang terbalik. Hari  Kemerdekaan seharusnya tanda hari perjuangan anak tempatan bangun menentang penjajah.Tetapi di Tanah Melayu agak lain. Pada 31Ogos - Hari Malapertaka  - ialah hari dimana United Malays National Organisation merayakan kemenangan bukan menentang penjajah tetapi menentang  Orang Yang Menentang Penjajah.

Talibarut  'the other' kini menjadi penentangan terhadapa mereka yaang menentang 'the other'. Justeru tidak saperti Indonesia. Tanah Melayu gagal  melahirkan naratif nasional.  Kegagalan  mewujudkan naratif nasional inilah yang kini melahirkan tajuk berita akhbar  - Apa Lagi Cina Mau.

Pada saat ini, amat  jelas United Malays National Organisation ini masih belum menerima hakikat bahawa satu ombak baru sedang  mengampoh. Parti politik yang masih berselimutkan Ketuanan Melayu ini gagal melihat bahawa selama 5 tahun ini   anak-anak muda  kian rancak   melakar kelahiran  satu naratif baru.

Penipuan yang berlaku dalam PRU13  wajib  dilihat dari  segi sebagai positif. Memang betul  anak semua bangsa merasa kecewa kerana ditipu. Memang tepat ada yang bersedih kerana ditipu. Tetapi dalam kekecewaan ini, dalam kesedihan ini  kita semua wajib menunda buka satu naratif baru. Dalam naratif baru ini - anak semua bangsa - wajib bersama-sama dalam satu  kancah. Jika ayah dan datuk kita  dahulu terikat dalam barisan bersatu AMCAJA- PUTERA - kali ini kita  wajib bersatu dalam Angkatan Rakyat untuk mewujudkan satu naratif baru.

Kita telah melihat Perhimpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya, di Pulau Pinang, di Kedah, di Johor, di Negeri Sembilan - ratusan ribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya.  Kehadiran mereka berhimpuan adalah tanda bahawa satu naratif baru sedang dilakar.  Inilah  tanda satu naratif nasional sedang muncul. Naratif ini  akan memangkin kelahiran Malaysia Baru.

Di Kelana Jaya - saya memerhati dengan mata terbuka - saya ternampak anak anak muda  turun berbondong-bondong.  Saya bertanya kepada diri saya sendiri apakah mereka ini PENGUNDI?  Dari amatan saya mereka kelihatan amat muda. Anak-anak muda ini adalah Facebook Revolutionaries,  Pejuang Siber dan Pendekar IT. Ratusan ribu mereka turun , dikumpulkan oleh FaceBook. Persoalan telah mengundi, telah mendaftar atau belum bukan persoalan. Yang wajib mereka lakukan ialah mendobrak  United Malays National Organisation.

Untuk saya, pada hemat saya   Malam Kelana Jaya  bukan hanya  permulaan terbukanya satu naratif nasional. Malam Kelana Jaya lebih dari itu. Sejarah akan melihat Malam Kelana Jaya  menjadi mitos.  Malam Kelana Jaya akan menjadi mitos  nasional saperti mitos  Mat Kilau, atau Datuk Bahaman, atau Tok Janggut yang bangun melawan Sepoi British. Sama saperti lajenda  Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch.  Inilah yang saya takrifan sebagai satu naratif baru.

Jika Mat Kilau dan Tok Janggut bangun melawan British. Jika  Tentera Rakyat Malaya Melawan Jepun, jika  Tentera Rakyat Malaya Melawan British - kali ini anak anak muda sedang mengampoh bangun menentang United Malays National Organisation. Menentang parti Ketuanan  Melayu ini adalah naratif baru.  Turun ke jalan raya memberikan makna bahawa anak semua bangsa kini berada  dalam satu kancah. Dalam satu kubu. Dalam satu barisan yang maha besar untuk menyambung dan menyelesaikan perjuangan  Ayah dan  Datuk kita yang telah digagalkan pada tahun 1957.

 Melahirkan naratif nasional ini ialah langkah pertama untuk mendirikan satu negara bangsa. Naratif berkongsi dan bersetiakawan. Naratif yang akan mengikat kesetiaan kepada bumi yang kita pijak.  Inilah adalah tugas sejarah untuk anak-anak muda. Tugas sejarah yang wajib diselesaikan oleh  para revolusiner facebook,  pejuang tweeter, panglima siber  dan  pemilik talipon bijak.  Ianya menjadi tugas anak muda kerana akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. (TT)

NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
akhbar mingguan yang bangun melawan

PILIHAN JALAN RAYA

 

------------

15 ulasan:

  1. 1.ko tu yang perlu bertobat bhaii!!hidup ko penuh dengan tandatanya terutama bab-bab agama!!kawan-kawan ko tu kebanyakkan kawan membawa rebah je bhaii!!!
    2.dari penceritaan ko tentang bulan puasa ko "berpuasa" di bali!tentang isu kalimah Allah!!ko ni nampak nya dalam zun "merah" apatahlagi umur ko dah makin senja!!
    2.lagi bahaya bila ko mempengaruhi budak-budak mentah macam siadam tu!!ko tu lainla!!ko tak dak tanggongjawab terhadap keluarga!!ko merempat sorang pun!!ada sapa-sapa kisah!!
    3.dah sampai masanya ko pencen berpolitik bhaii!!pihak yang ko perjuangkan tu 2 X 5 jee!!yang penting tu ko akan kemana bila ko mati nanti!!
    4.Oppppssss!!kubur masing-masing yeee bhaiiiii!!!kah!kah!kah!!siannnnnn!!didunia pun hidup susah!!di"sana" pun "susah" jugakla nampaknya bhaiiii!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pencerahan .

    Sangat tinggi ayat. idea dan jalinan pikiran dari awal hingga akhir saling bertaut membentuk wacana yang idealis, tuntas dan kemas.



    BalasPadam
  3. bongsai tak membaca.
    jika membaca pun tak faham.
    maka itu bongsai terpaksalah pakai cotar, maki hamun, buat fitnah, tunjuk lagak samseng, boikot kedai cina, buat video lucah..

    nak faham apa yg tt cakap tak boleh masuk otak.
    yg masuk otak bongsai, kominis! ada juga yg pandai sebut karl marx tapi tak tau apa bende pun.

    tt tulis ini pun harapkan mahasiswa yg benar-benar celik.
    celik bahawa kita ini masih dijajah oleh Inggeris melalui gerombolan!

    kesian siang malam kena tipu oleh kalipah sendiri bertopengkan Islam.
    senjata mereka wang dan undang-undang omputih.
    mangsanya melayu yang sedar mereka bukan bongsai walaupun sebelum merdeka.

    jika tt kena tangkap apa nak hairan?

    BalasPadam
  4. Naratif baru yang ingin dikentalkan harus terus berkesinambungan dengan erti ia pepejal dan menjadi waja mendobrak UMNO secara berkesan 'once and for all'.
    Ikatan naratif yang kini memutik segar dan terbina memang suatu yang bersejarah buat pada senario masa ini kerana ia mengambil masa lebih setengah abad untuk terbit konkrit dan peranan aktivis seperti TT antaranya memang murni dan patriotik. Gerakan sosial ini yang terbina dari semua anak bangsa dari kalangan pembandaran adalah sangat murni dan mulus. Salut pada semua anak bangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  5. walaupun aku dah tak berapa muda, aku tetap bersama anak2 muda dijalan raya. aku bermula di zaman bujang, seawal hari pertama Anwar di buang dari kabinet, Anwar di sumbat dipenjara dan tiap2 sabtu aku turun berdemo di jalan TAR di depan Sogo, dihambat Fru sampai ke dalam kompleks pertama, di kejar di kg. baru sampai ke jalan chow kit, di terajang sampai ke dalam masjid negara.

    sedar tak sedar dari tahun 98 sampai la ni 2013, anak dah masuk 2orang anak, saat teman2 lain tidak lagi turun ke jalan raya, aku masih menggagahkan diri berseorangan menghadiri setiap perhimpunan.

    khabarkan saatnya untuk Bersih 4.0, insyAllah aku akan sampai.Agaknya, aku ketagih minum air asid dan mencium baur tear gas FRU...

    oh Malaysia tanah air ku....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya ada 3 perkataan indah untuk mu. .." KAU MMG TERBAIK" Bak kata Hang Tuah ~ ciptalah sejarah melalui jln cerita mu sendiri. . . . .

      Padam
  6. Jangan lupa juga...umno juga menaratifkan kita ....mereka menaratifkan kita dengan kasih sayang brim..trim...permata negara deb dan segalak......mereka meraratifkan kita dan meletak kan kita didalam sangkar dan kandang yang ditandai dengan nombor dan kod.....SUPAYA SENANG KITA DICARI APABILA DIPERLUKAN........MACAM DALAM GUDANG STOK SPAREPART KERETA.......HAHHAHAHA....BODOH SAMPAI MATI.......PUKIMAK BEE END NI...AYUH KITA TAMATKAN RIWAYAT MEREKA SEKARANG....TIADA LAGI NI KALILAH......SEKARANG JUGA...KITA TAMATKAN BY HOOK OR BY CROOK......

    BalasPadam
  7. Terima kasih tuan. Mahu lebih banyak artikel Bahasa Melayu yang mempunyai nilai ilmiah seperti ini, bukan seperti Utusan Malaysia yang membantutkan akal, yang telah lari jauh daripada cita-cita Allahyarham Rahim Kajai.

    BalasPadam
  8. suatu pencerahan yang amat amat ditagih anak semua bangsa.

    BalasPadam
  9. Narratif Melayu dan Malaysia yg ada skrg hanyalah berasal dari satu perkataan keramat iaitu "pa chu cheng"... sbb itu kita sibuk mencari satu perkataan yg ampuh untuk sama2 kaum mudah faham, tapi tak muncul2..

    Narratif pa chu ceng inilah melahirkan melayu cina india yg haprak, lahir juga agama2 anutan yang haprak, langsung tak dinamik.. melahirkan ahli MP-MP pembangkang yang sayangkan elaun, gaji dan wang pencen..

    Fikrah TGNA tiada tandingan dan terbaik sehingga kini.. gua sokong PAS bukan kerana perjuangan PAS, tetapi lebih kpd fikrah narratif TGNA sendiri.. sementara PAS buat masa skrg telah terbongeng dilihat sbg rakan menunggu untuk mencuri kesempatan kekuatan PR sambil menjadikan alasan "online bersama Allah Taala" sbg jalan mudah untuk escapism.. alasan2 online dan kisah2 nabi ini menjadi bahan lawak org ramai dan lebai2 di kedai kopi starbuck masakini..

    Persoalannya, kita hanya ada narratif pachucheng jer... kalo safwan dan adam adli mati hancur badan dalam lokap sekalipun, polis sendiri edarkan video mereka dibelasah sampai hancur2 badan sekalipun.. sambil najib sendiri memegang kepala kedua2 wira rakyat ini dilambung2 depan media video sekalipun.. apakah narratif pachcheng ini akan hilang?

    Hinggut sampai rebah...

    BalasPadam
  10. Saya amat teruja dgn artikel ini Pak TT. Tinggi bahasa dan dlm maknanya di samping luhur hasratnya. Sehari tak menjenguk blog Pak TT rasa tak lengkap minda dan ibarat kosong. Teruskan perjuangan murni ini, syabas! -wasallam.

    BalasPadam
  11. Tqvm tt utk artikel naratif..

    UMGOK dan utusan meloya berpisah tiada..ibarat sudu dan garpu..
    Media gila ni bagaikan alquran yang wajib di khatam bacaan nye hari2..berbagai fitnah, dendam, memutar belit fakta...semua secukup rasa...
    Manusia yng bebal jiwanye akan kutip setiap inci ayat2 dari kitab Utusan ni utk dihadam tanpa rasa tercekik pun...

    Fitnah bukan sekadar gossip kak kiah tepi tembok..tapi fitnah kitab utusan lebih hebat!!


    BalasPadam
  12. Kadang-kala terasa spt sudah berputus-asa dgn keadaan & mainan politik di bumi anak bangsa ini tapi apabila dikenangkn kmbali perjuangan2 baby boomers & old school yg x pernah kenal erti putus-asa & penat lelah dlm perjuangan membebaskn bumi anak bangsa ini tetiba terasa malu pd diri sendiri pula... Lawan tetap lawan, lawan sampai menang!... Huhuhu

    BalasPadam
  13. Kadang-kala terasa spt sudah berputus-asa dgn keadaan & mainan politik di bumi anak bangsa ini tapi apabila dikenangkn kmbali perjuangan2 baby boomers & old school yg x pernah kenal erti putus-asa & penat lelah dlm perjuangan membebaskn bumi anak bangsa ini tetiba terasa malu pd diri sendiri pula... Lawan tetap lawan, lawan sampai menang!... Huhuhu

    BalasPadam
  14. Naratif Indonesia ko kuranglah tepat. Hari ini Atjeh, Papua, Maluku dan sebelumnya Timor Lorosae semuanya menentang Pancasila kerana hegemoni Jawa. Naratif sejarah mereka masih ditulis. Aku tak fikir apa yang ko cuba bandingkan antara Malaysia dan Indoensia sangat tepat.

    BalasPadam