TURUN TURUN TURUN
TURUN TURUN
TURUN
#TIPU505 DI PULAU PINANG, PERAK, PAHANG DAN JOHOR
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul. Perhimpunan #tipu505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh itu, gelombang #tipu505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara. Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa symbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan SPR.
KEADILAN telah menubuhkan 2 pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihanraya akibat penipuan berleluasa.
Satu pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan. Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.
Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.
Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepadasiasatpru13@gmail.com
Pasukan kedua diketuai oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan gelombang #tipu505 di seluruh negara.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
10 MEI 2013
'Nak demo tiap hari, tiap minggu, tiap bulan?'
BalasPadamhttp://www.malaysiakini.com/news/229750
Azmin ngan Zuraida tu apa hal?? Bila demer 2 orang tu nak masuk umno?? Pi la masuk umno!! Kalau nasib baik bole le jadi wakil mesra bn macam zul kulim ngan braheng ali mase pru14 nanti!!
BalasPadamPi laa lompat!!! Pi laa!!
wa caya sama lu bro rafizi. tiap2 hari wa pkai hitam sebelum ni.
BalasPadam-matrock putrajaya-
PDRM ni jenis yang makhluk yang pergi sekolah. Lihatlah Himpunan di Kelana Jaya, mulanya dia nak halang, tapi sebab makhluk ni pergi sekolah maka dia tahu jika dihalang malam tu pasti tumpah darah. UMNO/BN tak mau tumpah darah dalam keadaan mereka tengah busuk dan berulat di mata rakyat dan dunia. Kalau tumpah darah macam di dunia arab, makna pertubuhan antara bangsa akan campur tangan dan jika perlu akan membantu mengendalikan PRU. Maka mereka membiarkan sahaja orang berkumpul, pada mereka kau nak melalak pun melalaklah bukan nak luak pun. Lagi pun kau orang dah melalak lima tahun dulu namun dakwat kekal boleh hilang di jari ketika mana jari itu diguna untuk mengorek hidung.
BalasPadamOleh kerana PDRM makhluk yang pergi sekolah, maka kebanyakkan himpunan kita mereka takkan ganggu, tuan mereka dah dapat mandat untuk lima tahun, mungkin juga lebih jika jenis yang tak pandai jaga telur. Maka mereka akan biarkan rakyat berkumpul hingga boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, boring, hingga rakyat sudah malas nak keluar lagi.
Ini semua kerana PDRM makhluk yang pergi sekolah.
yg tulis banyak boring tu mcam boring je..
PadamLain kali lah.
BalasPadamgua dah blackened sejak 15 tahun dulu.
BalasPadam- Black Metal, Damansara.
Perhatian semua orang utara. Himpunan di Stadium Jalan Betek Bukit Mertajam di ubah ke Stadium Batu Kawan. Harap Maklum
BalasPadamLawannn...tetappp...lawannn...bravo yb rafizi dgn semangat pemimpin muda harapan bangsa malaysia...lawan anjing2 BN@syaitan di kenali...tumbangkn pimpinan syaitan di kenali...
BalasPadamsave
BalasPadamthe demo for when prices of important things went up?
Banyak perangai macai meresap dalam keadilan....banyak perangai mulai nampak semenjak penggal kedua sampai......hinggkan siapa telefon siapa pun kena berprotokol....ini semua lanchow.......tiada lagi sincerely perjuangan...yang memang kita miskin...tapi kita tidak menjual maruah......sedar diri lah para adun. dan macai....kalau kamu ada niat nak kaya...jangan berjuang dalam keadilan......KELUAR........perjuangan keadilan perlukan kesabaran dan masa....satu pantang dia....JANGAN MINTA DIBALAS DAN DIHARGAI MELAMPAU LAMPAU.PAHAM KE PARA EX MACAI YANG STILL MACAI FOREVER.
BalasPadamMalam esok jom kita pakat2
BalasPadambuat ramai kat penang.. takdak hai la kami.....
Sibaaaaittt....!!!
Hahaha
~~say no to<<<< corruption conspiracy cronism crosmahism....~~~~
Tak setim himpunan cam gini buat perabis duit gua. gua mau demo selama seminggu di KL
BalasPadamCAKAP ISLAM... BACA QURAN DAN SUNNAH... PATUT BAGI BUKTI DULU.. KALAU MAHKAMAH TIPU THEN SUKAHATI KORANG LA NAK BUAT APA...
BalasPadamaku rasa korang takde bukti kukuh tu sebab buat mcm ni... tak takut ke tuduhan jadi FITNAH...
TV3 kata Pakatan Rakyat sengaja gembar-gembur perkara tak benar tentang dakwat kekal.
BalasPadamSEKARANG SOALAN AKU PADA SPR:
DI KAWASAN MANA DAKWAT KEKAL YANG DICALIT PADA 5 MEI KEKAL SELAMA MINIMUM 5 HARI SEPERTI DIJAMIN OLEH SPR?
Pakatan Rakyat wajar siasat siapa songlap wang untuk beli dakwat kekal... sebab dakwat yang digunakan SPR adalah dakwat cap ayam.
Rafizi!
BalasPadamJangan lupa mlm tu bukan kt Kelana Jaya je org protes tapi kat Marang,Trengganu pun hebat juga....120000 + 30000....ada berani SPR? Sekarang diaorang harap polis pertahankan kejahatan mereka.....tapi dia lupa kalau sepandai2 mereka merancang perancangan tuhan lg hebat...apa macam kenakan tuduhan kepada kepala SPR melakukan perbuatan kianat kepada negara..hukuman mati tu...
Untuk mendapat kemenangan perlu ada pengorbanan, sekarang ni kalau ada sesiapa yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mencetuskan revolusi macam yang berlaku kat Tunisia dan Mesir barulah umno dapat dijatuhkan. Kalau tak segala usaha jadi pi mai pi mai tang tu atau walhasil balik asal.
BalasPadamCrarzyz Stupidz foolz idiotz moronz malay...
BalasPadamSatu negara serentak turun lepak d Putrajaya..mesej Jgn TIPU, sila TURUN sekarang!!! . berkumpul ALL at one go baru Powerrrr!!! Peace for Rakyat. PR menyatukan Rakyat Malaysia.
BalasPadambila nak buat di terengganu?
BalasPadam