Isnin, 24 Jun 2013

APA YANG BERLAKU DARI DALAM PARLIMEN





APA YANG  AKAN BERLAKU DALAM PARLIMEN PAGI INI

pagi ini akan  diadakan pemilihan  speaker parlimen
untuk pertama kalinya pemilihan  akan dilakukan

mengikut undang undang tubuh parlimen
pemilihan wajib dijalankan secara sulit

undi sulit ini telah diminta oleh pakatan rakyat
jika TIDAK dijalankan undi sulit
maka mengikut kata anwar ibrahim
' perang akan pecah' dalam parlimen

pakatan rakyat telah mencadangkan
abdul karim muhamad
bekas hakim mahkamah persekutuan
sebagai calon pakatan rakyat

united malays national organisation
masih mencadangkan speaker lama 
pandikar amin mulia sebagai calon

222 AHLI PARLIMEN

ada 222 ahli parlimen yang akan bersidang
semua  222 ini akan mengundi

pakatan rakyat ada 89 undi
united malays national organisation 
dan kuncu kuncunya ada 133 undi

pengundian pagi  ini memberi 
makna yang penting  amat amat penting
untuk najib razak

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya gerombolan  telah pecah
sokongan untuk najib sebagi pm telah pecah

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya geng 24 dibawah pimpinan ku li telah berjaya

ertinya yb dari sabah
ertinya  yb dari sarawak
ertinya ada yb dari semenanjung
TIDAK  menyokong najib sebagi pm

tetapi
awas dan waspada
jika undi kurang dari 89 untuk abdul karim
maka kita tahu siapa yang belot dalam pakatan rakyat


KOMENTAR TUKAR  TIUB


LATAR BELAKANG PAGI INI
dua minggu dahulu
najib telah pergi ke indonesia
diwaktu yang sama
ketika anwar menjadi tamu presiden susilo
tidak dapat tidak
jelas terbukti bahawa
najib ingin bertemu dengan anwar

tidak ada pertemuan
antara anwar dan najib 
di jakarta

najib telah dimalukan
susilo hanya angkat talipon
manakala anwar disambut hebat
malah disekitar kota jakartya
papan iklan  yang besar besar
memapar  gambar anwar dan wan azizah
dengan ucapan selamat datang

najib ingin berbaik baik dengan anwar
untuk mengelakkan  dari ditikam musuh dalaman
langkah najib ke jakarta ini
mengejutkan anak lelaki iskandar kutty
dengan segera anak lelaki iskandar kutty ini
memgubah pandangan
kalau dulu mahu najib disingkit
kini berkata 'tidak perlu ada perlawanan '
untuk presiden dan timbalan presiden gerombolan

dari segi ini
lawatan main golf najib
ke jakarta berjaya
najib telah diselamatkan 
oleh anak lelaki iskandar kutty




Tiada ulasan:

Catat Ulasan