Ahad, 9 Jun 2013

DARI ARKIB PENULISAN



BERSEDIA

NOTA
melihat kembali tulisan lama
kelihatan masih bermakna

DARI ARKIB 18 NOVEMBER 2008
HANTU RAYA HIDUP LAGI

Apabila saya dibebaskan dari Kamunting tahun 2003 saya telah mengeluarkan slogan Tangkap! Tangkap Madey ! Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini. Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil dari analisa politik.

Di hari Madey meninggalkan pejabat PM , pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil Malam Menghalau Hantu Raya. Di malam itu ramai kawan-kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan Tuan OCPD dari Brickfeild.

Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitoloji Melayu ada kepercayaan dimana seseorang yang telah berjanji dengan Setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metapora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat. Justeru slogan Tangkap! Tangkap Madey! itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Megahalau Hantu Raya itu juga memang tepat.

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisa dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: PERTAMA - penganalisaan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. KEDUA – penganalisaan politik ini dicampur adukan dengan harapan dan mimpi si penganalisa itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul dari ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan. Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang Buddhist, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa di halau. Keputusan pilihanraya tahun 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup. Eric Chia di bawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan di bawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek korek korek. Malah Hantu Raya sendiri telah di heret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Ini cukup mengerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa di halang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali. Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strateji untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan-tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, leterik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu dari dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasa parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporak perandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cerca merba.

Hantu Raya juga telah mengusut masaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada tahun 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk megistrate dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation. Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari tahun 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengistiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya. Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat patern siapa yang dilantik dan di yakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak Kecik, Megat dengan Penjual Kedai Video, Nazri dengan taxi-taxinya, Rafidah dengan APnya. Lagi banyak si menteri bermasalah lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau saekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki stateji berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat ditangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan di bawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang di wakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutung.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukung-cukung besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukung borjuis nasional yang di ketahui umum. Mereka ini semuanya menjadi polong kaya raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi , ECM Libra, atau Syarikat Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggudam Khairy Jamaluddin, menggudam Tingkat Empat dan menggudam Kalimullah Hassan. Peggudaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriot, dasar luar negara dan dan dan…Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.


Pada akhir tahun 2008 ini kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk di tunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Mahathir Muhamad. Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa ?(TT)


-----------

5 ulasan:

  1. panggil je harun din...lari lah hantu raya terkentut-kentut..

    BalasPadam
  2. Siapa dia Najib Razak. Satu soalan cepu emas kurun ke-21. Jawapannya, penyundal paling kuat di malaysia!kah..kah..kah..Ketua penyamun 1Malaysia. kah..kah..kah...

    PM paling lemah syahwat dalam sejarah Malaysia.Kah..kah..kah..
    hanya menang 47% undi popular dan tak malu jadi PM Malaysia.kah..kah..kah.. Muka tampal kulit babi!kah..kah..kah..

    BalasPadam
  3. kau memang cool la Bro TT,
    tulisan yang mantap.

    gua yg buta politik pon,
    dh paham skrang selok belok "perebutan kuasa" ni.

    BalasPadam
  4. hantu raya dah selamat melahirkan anak......

    BalasPadam
  5. Perak dia boleh rata terang terang...inikan malaysia...aku semenjak lahir lagi anti mahathir....mungkinn dari darah keturunan mangkali....nasihat aku kat najib....ko cantas mahathir cepat sebelum dio cantas ko.......mengaku je ko bunuh althantuya...habis cerita...semua pasti terduduk.....gerenti...mengakulah cepat....hehehehehhe.

    BalasPadam