Selasa, 18 Jun 2013

DEMO HINGGA LETAK JAWATAN


KOMENTAR TUKAR TIUB
pada 22 jun ini
ratusan ribu  anak anak muda
ratusan ribu anak semua bangsa
akan berhimpun di dataran padang merbok

tuntutan utama:
7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana menjalankan penipuan
dalam pru 13 yang 

himpunan ini akan diteruskan hingga
7 pesuruh jaya ini letak jawatan

TUNGGU 
HINGGA LETAK JAWATAN
 

Pengakuan SPR bukti mereka bersalah, harus letak jawatan, kata A Samad Said

A Samad Said mengatakan pengakuan dilakukan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kesal kerana kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik semasa Pilihan Raya 2013 membuktikan badan penggendali pilihan raya itu bersalah.

Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu, pengakuan  Abdul Aziz Mohd Yusuf membuktikan pilihan raya umum 5 Mei tidak berjalan dengan baik dan oleh itu beliau seharusnya berundur.
“Bunyinya agak tidak sedaplah. Tetapi secara hormat, sesudah mengetahui beberapa kesilapan, eloklah dia undur, letak jawatan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad apabila ditemui oleh The Malaysian Insider pagi ini.
-----------

1 ulasan:

  1. Kalau dia tak turun juga....apa tindakan kita selanjutnya

    BalasPadam