Jumaat, 14 Jun 2013

DUNIA INI AKHIRNYA ADALAH MILIK ANAK MUDA



DARI DATARAN  GEZI
ke 
DATARAN PADANG MERBOK

anak anak muda kota istanbul
anak anak muda seluruh benua
telah bagitu lama kau ditipu
oleh elit politik

mereka menjual agama
mereka menjual janji
mereka menjualkan  semua yang boleh dijual
bijeh emas 
bijeh besi
bijeh timah
ladang kampong  taman dan balak

apa yang boleh dijual akan dijual
apa yang boleh dirompak akan dirompak

elit politik yang telah tua
bersekongkol dengan cukong dan peniaga
rakus dan tamak
menjarah tanah dan bumi

elit politik yang telah tua
bercakap tentang moral
didadanya 
 terdampar manja seorang  anak muda

anak anak muda kota istanbul
anak anak muda kota melaka
anak muda  dari kampong kota dan desa
dunia ini milik kamu

udara yang dicemari hari ini
adalah udara milik kamu
hutan yang dijarah 
balak yang ditebang
adalah milik kamu

kau buka mata
kau lihat keliling
pegang erat tangan kekaseh
pelok kuat  motosikal mu
genggam tangan 
masanya telah sampai
untuk mendobrak kezaliman
untuk mendobrak kejahatan

anak anak muda  semua benua
anak semua bangsa
dunia ini akhirnya
adalah milik kamu


SALUT 
BERETIAKAWAN DENGAN YANG BERANI
 
 

KITA BERTEMU
di
DATARAN PADANG MERBOK



-------

3 ulasan:

  1. bro recep tayyib erdogan kan best fren anwar ibrahaim,ape cer bro? kapitalis gak ke?motif tv3 papar demo rakyat turki nak sindir anwar ibrahim ke atau nak sindir kerajaan pusat sebb kita kan planning nak setiakawan di merbok

    BalasPadam
  2. Hingga akhir zaman umno takan tumbang kalau merbok ini kita gagal........jangan usik dataran merdeka kata dbkl.....aku apa pedulik....kalau 1 juta datang apa punya bodoh tak ley langgar dataran merdeka.....gilo ko jang....melimpah sampai ke taman tun der kalau 1 juta....apa pedulik semua tu....kita langgar saja.....mereka langgar kita dulu....apo....tak bley langgar balik ke...ingat tunggul ke....wei...batang pisang boleh lah lu punch bhai....ini rakyat bhai....rakyat.....KALAU KAMU MEMAKSA RAKYAT DIAM...KAMI SIAPKAN UNTUKMU PERLAWANAN...celaka motto ni....melekat der...MELEKAT...........apa padulik.

    BalasPadam
  3. dataran kat turki aku takmo masuk sekali..buang karan ja .ko boleh la sokong geng angkat botoi arak ni TT.. kahkahkah..

    BalasPadam