Rabu, 19 Jun 2013

FAHAMI KENAPA TURUN KE JALAN RAYA





DEMO SAMPAI
PAGI RAYA
 
 

KENAPA PERLU KE JALAN RAYA
Pada jam 2:00 petang hari Sabtu  22 Jun 2013 ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaaan di Dataran Padang Merbok – Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.

Saperti biasa kita akan terbaca kenyatan PDRM melarang himpunan ini kerana  dikatakan tidak ‘bersunat dan tidak bersembelih ‘ – haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpura menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak  tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata  nista dan cerca tentang demo ini dari kaca tv.

Ngo Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru Silat dengan Ilmu Ghaib berjanji akan datang untuk membuat  demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membatah Perhimpun Satu Juta Rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan Mamat Pemandu Teksi  dan Mat Tuan Punya Warong yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.

Semua ‘heboh-heboh’ diatas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh Abang Polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya : Ratusan  ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi  oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai  marah maka mereka ke jalan raya berdemo.

Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut 7  orang Pesuruhjaya SPR meletak jawataan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi  projek  tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.

Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?  

Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan  diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini saheh atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?

Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan.   Untuk anak anak muda, untuk jenerasi yang lahir  sesudah tahun 70’an pasti   tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan – ada pengundian – untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipileh melalui undi orang ramai. Bagitu juga Ahli-ahli Majlis Tempatan – semua dipilih melalui  pengundian.

Sejarah membuktikan bagaimana disetiap kali pemilihan Kerajaan Tempatan ini dijalankan   yang menang ialah Parti Rakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti Buruh menjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kota  Melaka, bandar Seremban atau bandar Johor Bahru – semuanya dikendalikan oleh Ahli Majlis yang dipileh oleh warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi oleh PPP – sebelum parti ini menjadi mandul.

United Malays National Organisation  tidak dapat bernafas. Parti Ketuanan Melayu  tidak pernah dapat menguasai Kerajaan Tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun 1964 Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hari ini  ini semua Ahli Majlis – DBKL, MBPJ, MBS dan dan dan... semuanya dilantik.
Surah ini membuktikan dengan saheh  bahawa pilihanraya di Malaysia ini  jika dapat mengubah apa-apa maka pilihan raya itu  akan diharamkan.

Lalu timbul soalan sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Jawabnya: Menggulingkan kerajaan  yang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik jika ada sesiapa yang turun berdemo dengan niat  mahu menggulingkan kerajaan. Ini bukan satu niat yang salah.

Biar saya terangkan disini bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaaan Barisan Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama. Timbalan Presiden Pas Mat Sabu juga bercita-cita untuk mengulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahu menggulingkan kerajaan hari ini.
 
Malah Najib Razak sendiri secara terbuka  berniat untuk menggulingkan kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor. Datuk Mustapa Muhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk menggulingkan kerajan Pas di Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan satu jahat.

Lalu ditimbulkan hujjah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzah mahu menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya.  Tetapi  seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays National Organisation akan dapat digulingkan melalui pilihan raya.  

Dari sinilah muncul wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan  zalim ini digulingkan melalui pilihan raya.  Mustahil  kezaliman ini dapat  ditamatkan  melalui pilihan raya. Tidak mungkin United Malays National Organisation akan kalah dalam pilihan raya. Ini kerana sistem pengundian – sistem pilihan raya itu – telah direka dan  dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang.

Menuntut pilihanraya bersih dan adil – perjuangan  Bersih -  adalah satu kerja yang baik. Tetapi mustahil United Malays National Organisation akan melunaskan 8 Tuntutan Bersih. Mustahil Parti Ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang bebas dan adil. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan menang manakala United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah.

Kerana itu United Malays National Organisation telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan dalam pilihan raya. Telah dibuktikan bagaimana  dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telah ditipu. Pengundi Pakatan Rakyat telah ditipu.  Kemenangan rakyat telah dicuri. Kerana ini rakyat marah. Inilah sebab orang ramai turun ke jalan raya.

Lalu timbul lagi persoalan – Apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlaku perubahan.  Jawabnya: Boleh berlaku perubahan. Dalam satu demo yang besar ianya akan memberi tekanan yang kuat terhadap Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malaya National  Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun ke jalan raya. Kalau ratus ribu rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan mereka TIDAK berganjak dari menuntut 3 Tuntut #TIPU505  maka elit politik akan  retak dan pecah.

Lihat sekarang bagaimana Pengerusi SPR telah membuat kenyaataan bahawa dia telah menjalankan tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataan ini  bukan ditujukan kepada penyokong demo jalan raya. Kenyatan ini ditujukan kepada  tuanya bernama Najib Razak. Den dah  buat kojo jahat apo pulak kao nak buang  den – inilah isi hati si penjenayah yang semakin sedar tali gantung telah  semakin hampir.

Kenyataan terbaru dari Pengerusi SPR  ini lagi lawak dan lagi seram.  Si Mamat ini kini merasa sedih dan kecewa  kerana dakwat kekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah PRU13 dijalankan  Si Mamat ini amat anggkuh dan kurang ajar. Mamat ini telah menolakk wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidak wujud. Gambar lampu padam ditempat pengiraan undi  sengaja diada-adakan.  Semua hujah Pakatan Rakyat dianggap fitnah..

Kenapa hari ini sedih dan menyesal? Jawabnya:  Si Mamat ini merasa sedih dan kecewa kerana Si Mamat ini tahu pada 22 haribulan ini ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya. Ratusan ribu rakyat ini TIDAK akan pulang sehingga  Si Mamat ini bersama 6 lagi Pesuruhjaya SPR meletakan jawatan.  Tali gantung semakin hampir kerana itu si Mamat ini sedih dan kecewa.

Perubahan bunyi suara Pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah  membawa hasil. Kini rakyat Malaysia juga sedar bahawa elit politik dalam United Malays National Organisation sedang retak. Mereka sedang bergaduh – tuduh menuduh – menyalahkan  satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untuk menendang Najib. Ada rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.

Perubahan politik ini TIDAK akan berlaku jika rakyat TIDAK turun  ke jalan raya. Kalau  orang ramai tidak turun ke jalan raya menolak penipuan maka gerombolan United Malya National Organisation akan terus berkenduri kendara merompak  harta negara kita.

Jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuan yang telah berlaku dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22 Jun ini. Pada  petang Sabtu ini ratusan ribu rakyat di jalan raya adalah  papan poster rakyat Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis :Bahawa  rakyat  Malaysia  menolak keputusan PRU13.

Inilah  kejayaan politik jalan raya. Imej-imej orang ramai dijalan raya akan tersebar  luas ke seluruih dunia. Gambar-gambar anak muda di Dataran Padang Merbok  akan manaikkan taraf anak muda Malaysia sebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej berdemo akan menobatkan anak muda Malaysia  setaraf dengan anak- anak muda di Dataran Taksim.

Kita  bukan Arab Spring, kita bukan meniru Dataran Tahrir , kita bukan mengikut anak muda Turki adalah cakap cakap kosong. Yakinlah bahawa ramai rakyat  Malaysia ini mahu melihat Najib di tangkap saperti Husni Mubarak. Yakinlah majoriti rakyat Malaysi – 52% - mahu menghancurkan United Malays National  Organisation. Yakinlah bahawa ramai anak muda pada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama saperti di Dataran Tahrir  atau di Dataran Taksim. Ini kerana  dunia ini akhirnya adalah milik anak muda. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45


----------

10 ulasan:

  1. menang jadi arang, kalah jadi abu..

    BalasPadam
  2. Bukan setakat itu sahaja, Madey pon dah menyesal majukan internet di Malaysia..

    BalasPadam
  3. "YAKINLAH BAHAWA ANAK2 MUDA MAHU KEKAYAAN & KEMEWAHAN NEGARA YANG DICURI OLEH ANAK2 & KRONI2 TUN MUTAHIR DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT DEMI MASA DEPAN ANAK2 MUDA SEMUA BANGSA."

    ~ Menang jadi kentut, kalah jadi taik.

    BalasPadam
  4. Bosann... Rakyat dah penatla woii.. Buat plan lain lah, pujuk MP parlimen lompat PR lg bagus... Buat senyap2, esok tup tup k'jaan tukar, rakyat suka, lusa dah boleh keje mcm biasa, ni bil air letrik blum byar lg nih

    BalasPadam
  5. Selama aku hidup, org kata kalau ada manusia "tanpa nama" ITU HARAMJADAH. Manusia tak ada nasab keturunan. Berambus la wei.. ini bukan blog penakoot. Dataran Merbok... gua turunn

    BalasPadam
  6. hmm..ada jugak spesis yang tak paham2.ingatkan bila masuk TT, leh dapat pencerahan, lg bengap melantun2 pulak.

    wei, lu nk kalah jd abu ke, jadi taik ke, lu punya pasal!!tak payah nak kecoh kat cni.lu punya bil letrik lum bayar pun lu nak kecoh sini??apa lu ingat sini tempat kutip derma ke?? lu rasa tak nak join, lu gi duduk senyap2 la, apahal lu nk kondem macam2 pulak?!!

    apanye jenis la nak melalak tak kena tempat!! bingai!!

    BalasPadam
  7. Bang isam....kalau polis mula pukul pendemo.....kami boleh lawan balik tak????....Hutang polis dalam bersih 1..2..3 dulu pun belum dibayar. Muka polis dulu ada dalam simpanan kami siap keluarga dan tempat tinggal dia sekali....Kalau orang pukul kita tak tentu pasal...tak balas...dayus aku sebagai anak lelaki di Malaysia ni. Apa macam bang?????

    BalasPadam
  8. Penghasut orang ramai nombor satu19 Jun 2013 pada 8:12 PTG

    Apa lagi hari sabtu ni kita merusuh beramai-ramai macam rakyat Mesir lagi bagus kita buat macam rakyat Libya sampai berperang saudara. Sapa suka comment aku boleh buat kalau tak buatlah perhimpunan aman sambil dengar ceramah politik. Admin tolong siarkan aku pun nak menghasut macam kau gak takkan kau aje boleh menghasut orang lain tak leh.

    BalasPadam
  9. Aku setuju buat demo macam rakyat Tunisia,Mesir,Indonesia dan lain-lain buat sampai pemerintah mereka turun. Demo kat Malaysia ni dah jadi macam ceramah politik dalam skala mega, apa kata kita terus duduk kat padang merbok tu sampai semua tuntutan dipenuhi macam yellow/red shirt buat kat Bangkok.

    BalasPadam
  10. Kah.kah.kah.. Bangang punya... Tadok otot... Main jauh kalau takut... Kih.kih.kih... Turunnnnnnnnn Merbok Sabtu

    BalasPadam