Khamis, 6 Jun 2013

KITA KE JALAN RAYA SEKALI LAGI






KALAU PILIHAN RAYA 
BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti
PILIHAN RAYA 
TELAH LAMA DIHARAMKAN 
di malaysia

POLITIK – DUNIA KE TIGA 
Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505.

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13
Kedua : Menuntut ditubuh SPR baru
Ketiga : Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan

Tiga Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana  undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi  bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok  mata ialah kehadiran ratusan ribu  anak anak muda  di jalan raya – walau pun  mereka mungkin belum mengundi – tetapi mereka tidak mahu  menerima penipuan.

Ramainya orang  turun ke jalan raya itu adalah bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK dibekalkan dengan  nasi bungkus.

Mereka ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu  turun ke  jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.

Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara. Turun ke jalan raya ini  kini telah menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak  dapat tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale’ gerakan jalan raya ini.

Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya  PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan  raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke  jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang hak.

Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil   anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai  akan turun ke jalan raya.

Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung.  Anak muda  turun ke jalan raya  melawan  kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke  Bahrain,  ke  New York – dan terakhir ke Turkey. 
Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat. 

Masih ada yang bertanya : Kenapa kita ke jalan raya? Apa salahnya pilihan raya kita?

Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin.

Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga. Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini  amat berbeza dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada perbezaan hakiki antara  Negara Dunia Ketiga dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah.

Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara  pemisah dengan perjanjian  kuasa imperial Peranchis yang menjajah Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.

Sejarah Tanah Melayu  yang kemudiannya menjadi Malaysia  adalah sejarah kolonial Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk mengambil alih pentabiran Bristish  pada 31 Ogos 1957.

Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk kaum pemodal internasional.  Kerana mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation untuk mengembangkan  jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis  ini akan reput.

Ini perbezaan politikal ekonomi  yang wajib difahami. Inilah sebab utama  kenapa pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah. 

Menteri jaga politik – menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam  syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang  syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.

Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Daim Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan  – semua sedar jika United Malays National Organisation tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai diantara mereka akan diheret ke penjara.  Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak  masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga.

Ini tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden atau Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan  Kedua ini – kaum kapitalis telah kukuh bertapak. Kepentingan  ekonomi mereka berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain – perniagaan  Mark and Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General  Motors akan terus berniaga.

Pilihan raya  dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar.  Dasar parti politik mana yang akan dapat membawa  keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia  ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan  dapat  kontrek, dapat  tanah atau  dapat lesen cari gali.  Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.

Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar.

Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?

Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai kekuatan musuh kita.

Seluruh dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The New York Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram.

Najib dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk  melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13. Kita juga melihat  bagaimana Mufti telah direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.

Akhir ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong  telah direkrut untuk membuat rayuan kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13.

Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa  SPR ke bawah jawatan kuasa Parlimen  - memberi tanda  bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.

Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan   #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT)

ANAK MUDA #TIPU 505



NOTA

tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45












-------------

12 ulasan:

  1. Sudah la kau pun sama mcm umno tipu rakyat kau ingt kami rakyat tak tahu ke yg kau org belakang tabir Baik dgn pemimpin umno

    BalasPadam
  2. Jangan menghasut pak penipu

    BalasPadam
  3. Pegi MAMPOS sama kau lah PR...kena liwat lagi..ANWAR SUDAH GUBRA...

    BalasPadam
  4. Mari kita berpesta bergumbira di jalanan, the real street carnival.buktikan yang kita masih boleh berpesta tanpa k-pop yang membazir jutaan RM. kita berpesta dengan kos yang paling minimum. Pesta 54% rakyat malaysia. Yang 46% juga dialu-alukan untuk datang. Mari la.... Mari la.....

    BalasPadam
  5. Anak semua muda...mudalah masa melawan...mudalah masa mengasak...mudalah masa membuat sebanyak mungkin kesilapan....muda inilah masa kamu membentuk material perjuangan yang jitu...muda inilah masa kamu melanggar arus yang tipis tipis je kelihatan zalim tapi memang zalim...dan muda inilah waktunya kamu membongkar kebejatan batu karang yang telah lama menapak di lautan malaysia...dengar bebaik....pergi padang merbok...BUKAN PERGI PADANG MENGAMOK.....tapi kalau diajak..apa salahnya...hehehehehhe......

    BalasPadam
  6. Pehh isham.. Naik semangat gua.. Lu memang penghasut legend!

    BalasPadam
  7. "KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH APA APA
    pasti PILIHAN RAYA TELAH LAMA DIHARAMKAN
    di malaysia" -tt

    aku tertarik dgn katakunci "mengubah" dlm kata2 hikmat tt di atas.
    "mengubah" hampirsama maksud dgn yg didokong oleh slogan dap dlm pru13, "jom ubah".

    kata asas kedua2nya, "ubah", membawa maksud tukar pentadbiran negara, iaitu tukar daripada pentadbiran bn kepada pentadbiran pr, iaitu tukar dari memberi keputusan menang atas calon2 bn kepada memberi keputusan menang atas calon2 pr.

    malangnya bila kita teliti, ramai kalangan melayu masih liat untuk mengangkat bontot mengorak langkah ke arah perubahan. "ramai" di sini mungkin bukan majoriti, seperti kesimpulan yg ditulis dlam blog sakmongkol, tetapi "ramai" yg minoriti ini pun sudah cukup banyak jumlahnya utk membantut usaha perubahan.

    kenapa ramai melayu masih bersifat liat? kaum cina cukup ramai bilangan yg sudah ketagihkan perubahan menjelang pru13.

    sedangkan angin perubahan ini secara amnya mula2 bertiup di kalangan melayu, bila gerakan reformasi mula diatur ekoran isu anwar. di zaman reformasi, hanya sekerat saja bilangan cina bukan dap serta bukan melayu lain yg turut bergerak dan bersuara lantang menuntut perubahan, seperti tian chua dan sivarasa.

    tapi kenapa sekerat cina yg berpendirian inginkan perubahan dari zaman reformasi 1998 boleh berkembangbiak jadi kuasa cukup besar mempengaruhi banyak keputusan pru13, sedangkan bilangan melayu yg sangat besar bermulanya reformasi 1998 tidak menokok dgn lebih memberangsangkan setelah 15 tahun beredar?

    adakah kita boleh menuding telunjuk pada pakcik makcik di penempatan2 felda dan di kampung2 yg masih tidak berubah corak pemikiran mereka akibat terusmenerus diikat pengetahuan dgn skrip2 akhbar dan tv yg bertali arus?

    ataupun kita sepatutnya menoleh ke menara2 gading di bandar2 yg masih menghasilkan penuntut2 tahap universiti, tetapi berkeupayaan setakat tahap kumpulan belia 4b berbaju batik atau ahli2 kemas di kampung tajaan wanita umno, yang dari dulu hingga kini masih tak berubah2 hanya mampu heboh bangga dgn rekod 1malaysia mereka (2010 buat apam, 2013 buat donut dan jadual berkala) yg sebenarnya hanya jadi bahan lawak yg tidak mengubah halatuju masyarakat dan negara sebaliknya hanya jenaka yg mendukacitakan???

    melayu... janganlah terus me-layu,
    bangkitlah berubah jadi jauh lebih maju pemikiran, keupayaan dan penghasilan!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  8. aiseh, sejak bila pulak makin banyak lembu terlepas masuk dalam TT ni? dah la berebut nak bagi komen tapi komen taraf duli* je! hampeh!

    *debu di tapak kaki. ngeee.... Isham yang ajar....

    BalasPadam
  9. ada juga lembu umno haprak lagi bangsat ni yang ngok tak abis2???upah pun dapat dari duit lendir dan judi sbb tu perangai samseng dari ketua sampai kepada mat gian felda yg dapat 15ribu satu dunia kalau bolih nak round!!!kesian melayu ditipu dulu kini dan sampai mampos!!!!!

    BalasPadam
  10. 1.tak sabar nak tenguk petisyen oleh puak PKR nanti!
    2.Persoalan tentang bangla 40,000,blackout,beli kertas undi dll!!
    3.macam gelihati dan lawak betul pak-pak pandir dan pak kaduk ni!!
    4.kah!kah!kah!70-75% melayu memangkah umno pada pru 13!!tinggallah pak-pak pandir dan pak kaduk ni di buai mimpi dibawah naungan puak-puak kafir latnatullah!!
    5.setakat 40-50k yang turun(80% puak kafir latnatullah)!!dicelah gigi rosmah je bhaiii!!!apatah lagi perhimpunan yang terbaru macam perhimpunan pagi budak sekolah kat kl jee!!

    BalasPadam
  11. 1.kah!kah!kah!hasil buah tangan budak arts tahun 70an!keputuan spm dan hsc ciput!!kalau ta dak dasar DEB masatu!!layak angkat tong taik cina jee!!kemudian buat bidang perfileman!!dahla tu!!filem tak laku hingga sekarang!!dari merapoh ke manchester kununnnya!!habuk pun tak dapat!!gelak je yusoff haslam kat ko bhaii!!faktanya!ko gagal dalam kerjaya bhaii!!
    2.meneliti penulisan ko sebelum pru 13!!dah nampak tindakan ko selepas pru 13!!apatah lagi dengan kekalahan Pr!!lakonan ko boleh dibaca walaupun oleh budak tadika jee!!
    3.melalak la ko bhaii!!dicelah-celah hanyir bau lendir kaum kafir latnatullah!!telah ditakdirkan Allah pada ko!!menjadi cai dan hamba kafir latnatullah keakhir hayat!!!

    BalasPadam
  12. 222 parlimen

    - elok Blackout505 dibuat di setiap kaw parlimen
    - program bulanan/mingguan
    - hingga habis 222 kaw tu

    BalasPadam